Monday, December 31, 2012

Selamat Tinggal 2012...



Assalamualaikum
Tahun 2012 hampir melabuhkan tirai. Lagi beberapa jam tahun 2013 akan menjelma.
Apa yang aku harapkan untuk tahun 2013 ini?? Entahlah, aku menerima sahaja segala apa yang telah ditetapkanNya. Yang pastinya umur aku semakin bertambah setahun..hihi
Tahun 2012 adalah tahun yang sangat mencabar aku rasa setakat ini. Macam-macam perkara dh berlaku, perkara yang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi untuk menghadapinya. Namun begitu, aku tak nafikan masih banyak perkara-perkara yang menggembirakan telah menjelma dalam hidup aku sepanjang tahun ini. Tapi, entah kenapa, yang pahit itu lebih kuat melekat di fikiran berbanding yang manis. Mungkin yang pahit itu menjadi perkara penutup untuk tahun ini. Semestinya aku sentiasa memohon kepada Allah untuk dikuatkan hati ini......


Wajarkah jika kita hanya mengharapkan datangnya pelangi tanpa berusaha?

Friday, December 28, 2012

Buku...



Asslamualaikum

Dah lama blog ni aku tinggalkan. Almaklumla, cuti sekolah, cuti sakan. Agaknya kalau fizikal blog ni macam rumah, dah lama cik lelabah buat rumah tumpangan, berhabuk, dan mungkin cik anai-anai pun sibuk nak check-in....
Tiba-tiba hari ni rasa rajin pula. Nak ceritakan sesuatu, nak luahkan sesuatu. Tentang buku.
Semalam aku ke kedai buku dengan 2 orang kawan, seorang Melayu dan Seorang Cina. Nak melepaskan gian, dh berapa bulan aku tak beli buku baru. Entah berapa kali aku khatam buku-buku yang ada di rak aku ni. Sebenarnya, aku ni bukannya cukup duit sangat. Tapi hati ni nak juga beli. Last-last aku terbeli juga buku, Bukan satu tau, tapi dua. (Melepaskan 'dendam' 2-3 bulan ni)..
Semasa di kedai buku, sebelum ke kaunter bayaran, aku menjenguk kawan-kawan aku tu. Saja nak tau barang apa yang dorang beli. Rupanya mereka tengah berbual pasal penulis-penulis buku-buku inggeris. Dorang berdua ni cikgu cikgi bahasa inggeris. Aku pasang telinga je, tak menyampuk. Sebab aku bukan kenal pun penulis-penulis mat salleh ni. Tiba-tiba aku tersenyum, tersenyum mengenangkan diri sendiri. Nama je aku ni guru Bahasa Inggeris, bukan main lagi mak ngah, opsyen bahasa inggeris kat IPG dulu. Teringat kata-kata mentor aku kepada kami sekelas 'You are TESLian'...haha...Tapi aku memang tak berminat langsung nak baca buku Bahasa Inggeris, selain buku berkaitan pendidikan. Dulu aku selalu terpikir, macam mana la aku boleh berani-berani apply subjek ni sebelum masuk IPG. Masa nak interview dulu, aduhai, sabar je la hati ni. Berdegup kencang dalam bilik interview, kena interview dalam bahasa inggeris, fully English..Dengan muka yang konon-konon confident, speaking english. Aku pun tak tahu betul ke tak. Betul la kot agaknya kan, dah lulus interview tu..hihi...Dah jadi cikgu pun sekarang, Alhamdulillah, rezeki yang diberikan-Nya.

ni lah buku2 yang aku beli semalam.
bukan buku berbahasa inggeris ye...

Wednesday, November 7, 2012

Cuti Sekolah..



Assalamualaikum

Tinggal beberapa hari lagi cuti sekolah akan bermula...yeeehhaaa....Mood nk pergi sekolah tinggal separuh je..hehe....Kadang-kadang terfikir. Bestnya jadi budak sekolah. Dh akhir tahun macam ni, exam dah habis, buku teks dah kutip, boleh ponteng sekolah..hehe..Tapi jadi cikgu sekolah tak boleh ponteng sekolah. Akhir2 tahun macam ni la sibuk nk siapkan kerja. Selesaikan apa yang belum selesai...Mungkin orang nampak aku macam relaks je kat sekolah. Sampai kena sindir2 positif oleh cikgu2 lain..hehe..Tapi dorang tak tahu kerja aku.
Aku ada masa sendiri untuk buat kerja aku. Sama macam aku ajar kelas pemulihan..Orang kata tu kerja senang...Tak banyak kelas....(ye la tu tak banyak kelas)...Tu apa yang mereka nampak. Macam mana pula dengan apa yang mereka tak nampak?...Kesabaran di dalam hati aku?? (sabar ke aku??..hihi)...Bukan senang nak ajar murid yang tak tahu apa. Murid yang sentiasa fikir dia tak pandai. Perlu motivasikan budak2 ni. Jadi next year, sama ada aku ajar pemulihan atau tak aku akan menghargai dan menghormati guru2 yang mengajar pemulihan...






Saturday, October 13, 2012

Orang beriman dan orang kafir



Assalamualaikum
Semalam aku ada kelas (kelas kecik je). Dalam kelas tu antaranya membincangkan tentang amalan orang yang beriman dan orang kafir. Kenapa amalam orang kafir tidak di terima Allah. Kerana walau sebanyak mana pun amalan baik yang mereka lakukan, tujuan mereka bukan untuk mendapatkan keredaan ALLAH, bukan kerana mengikut perintah ALLAH. Aku tertarik dengan kisah yang aku baca (sorry, tak pasti tajuk dan penulisnya). Selepas baca kisah ni, aku lebih faham perkara ni, insyaALLAH..

Seorang lelaki masuk ke dalam sebuah kebun yang luas yang bukan miliknya. Kemudian dia mendapati di dalamnya terdapat buah-buahan dan pelbagai jenis makanan dan minuman. Lalu dia pun makan dan meminumnya. Selepas itu dia melakukan kerja di dalam kebun itu, ada pokok yang dicabutnya dan ada yang ditanam. Kemudian seorang lelaki lain masuk ke dalam kebun itu, dia berkata pada dirinya: " Aku tidak akan melakukan sesuatu di dalam kebun ini sehingga aku bertemu pemilik kebun atau wakilnya ".
Dia terus mencari orang tersebut. Apabila wakil pemilik kebun menemui kedua-dua lelaki tadi, dia menegur kerja-kerja yang dilakukan oleh lelaki pertama, tetapi lelaki itu tidak mengendahkan teguran tersebut. Dia terus melakukan kerja di kebun itu tanpa mendapat kebenaran pemiliknya. Lelaki kedua pula mendengar segala arahan wakil pemilik kebun itu dan melakukan kerja mengikut arahan yang diberikan. Sekarang, siapakah yang berhak menerima upah?
Adakah orang yang masuk ke dalam kebun tanpa kebenaran dan melanggar arahan pemilik yang dibawa oleh wakilnya layak menerima upah? Adakah dia layak menerima upah walaupun ada kerja baik yang dilakukannya di dalam kebun itu?
Tidak syak lagi setiap yang berakal akan menjawab, upah akan diberikan kepada orang yang mengikut segala arahan pemilik kebun. Orang yang menceroboh dan melakukan kerja mengikut kemahuan sendiri tanpa kebenaran pemilik walaupun ada orang yang melarangnya, tentu tidak layak menerima upah walaupun sebahagian daripada kerja yang dilakukannya adalah baik.
Begitulah alam ini dan segala isinya. Ia adalah milik Allah. Manakala para rasul-Nya adalah utusan dan wakil Allah Taala. Orang yang beriman adalah orang yang melakukan amalan berpandukan petunjuk Tuhannya. Manakala orang kafir adalah orang yang menggunakan segala milik Allah tanpa keizinan dan petunjuk-Nya serta pada masa yang sama menentang para rasul-Nya...

Wednesday, October 10, 2012

Baik vs tak baik?





Assalamualaikum

Siapakah orang baik? Siapa pula orang tak baik? 
Aku baik ke? Aku tak rasa aku baik...
Sebab? Sebab aku tau la, diri aku kan (aku banyak dosa tau)
Aku jahat ke? Apa pula definisi jahat?
Mereka kata aku budak baik..
Aku tak pernah sekali pun mengaku aku baik (atau aku perlu buat press conference mengaku aku jahat???)
Aku baik sebab aku begitu, begini???
Aku begitu begini sebab aku memang begitu begini 
Mereka kata aku berpura-pura?
Terpulang...aku sudah penat melayan orang sebegitu
Teruskan berfikir bahawa aku berpura-pura, teruskan
Aku tidak marah
Sebab...Tak guna aku marah-marah
Nanti muka berkedut, cepat nampak tua...hehehe

********************************** PEACE NO FIGHT ******************************


Tuesday, October 2, 2012

Orang yang baik



Assalamualaikum
Sepanjang 25 tahun aku bernafas di atas muka Bumi Allah ini, baru kini kali pertama aku rasa sakitnya di khianati, di tikam dari belakang. Apa maksudnya tu? Dengan kata lainnya, kawan makan kawan. Sakitnya, sedihnya hanya Allah yang tahu. Sakit dan sedih kerana ditikam oleh kawan sendiri. Aku menangis, menangis dan menangis....
Kenapa aku menangis? Bukan aku yang sepatutnya menangis kerana bukan aku yang menikam. Ya, aku menangis kerana dia adalah kawan, sahabat aku sendiri. 
Ooopppppssss.....mungkin aku tak patut menggunakan perkataan 'sahabat' itu lagi. Terlalu istimewa bunyinya, cukup la sekadar aku gunakan perkataan 'kawan'. Lebih umum bunyinya kan....
Kita hanya manusia. Sekilas ikan di air, kita masih tak tahu jantan betina nya. Sebab ilmu kita terbatas. Begitu juga dalam menilai manusia. Luarannya nampak baik, bagus....Hakikatnya tegarnya hati mengkhianati kawan sendiri. 
Apabila berdepan dengan situasi begini, aku mula teringat kata-kata ayah dulu. JANGAN KATA SESEORANG ITU BAIK SELAGI DIA TIDAK BERPEGANG DENGAN ISLAM.....

Wednesday, September 19, 2012

Rezeki



Assalamualaikum
Aku hanya nk berkongsi kisah diri sendiri. Tentang rezeki dari segi wang ringgit. 
Sebelum Ramadhan yang lepas, aku memang dah berhajat nk hulur duit kat mak ayah untuk perbelanjaan hari raya. Walaupun tak banyak, tapi aku tetap nak hulur. Bukan apa, takut ni saja kesempatan yang ada untuk aku. Ramadhan dan Syawal tahun depan aku tak pasti lagi macam mana keadaan aku di dunia ni. Jadi sebelum Ramadhan, aku dah mula berjimat. Walaupun berjimat, aku masih ada baki duit gaji bulan sebelumnya bila dapat gaji yang baru. Walaupun duit ada sikit je dalam wallet, ake tetap boleh makanan, beli topup, isi minyak kereta.  
Lepas tu tiba bulan Ramadhan. Aku mula berangan-angan, mesti aku boleh lagi berjimat sebab tak beli makanan sangat. Beli makanan sehari sekali je. Berbanding sebelum ramadhan, kadang-kadang aku beli makanan sehari 2 kali. Siap belanja kawan2 lagi. Kadang-kadang aku share2 makanan aku tu. Aku belanja kawan, share makanan, tapi duit dan makanan aku sentiasa ada dan cukup.
Tapi rupa-rupanya jangkaan aku meleset. Bila tiba Ramadhan, rezeki duit aku jadi sempit. Bonus yang aku dapat pun habis aku gunakan. Aku pun tak pasti kemana duit aku mengalir. 
Lepas je Ramadhan dan raya, aku mula berfikir-fikir, bermuhasabah diri. Kenapa rezeki aku jadi macam tu. Padahal ketika Ramadhan, aku belanja duit untuk sekali makan je.Mustahil cepat sangat duit aku habis. 
Tiba-tiba aku terfikir kembali, rupa-rupanya ketika Ramadhan yang lepas aku sangat jarang beli makanan untuk di kongsi dengan kawan-kawan. Walaupun aku berbuka puasa beramai-ramai, tapi aku hanya beli makanan untuk aku seorang saja. Masa tu aku fikir, dah banyak sangat makanan yang kawan-kawan aku beli. So, kalau aku beli lagi, mesti akan membazir. Tapi rupa-rupannya aku silap. Dari situ aku mula nampak salah aku. Tak salah jika aku beli makanan lebih sikit untuk di kongsi-kongsi. Agaknya duit aku jadi tak cukup sebab keberkatan tu hilang, walaupun dalam bulan Ramadhan. Sebabnya aku tak berkongsi rezeki yang ALLAH dah bagi pada aku.
Pengajarannya, jangan lupa berkongsi setiap rezeki yang ALLAH bagi. Sebab tu semua kepunyaan ALLAH. Takkan habis pun kalau kita berkongsi......

Monday, August 6, 2012

Tahajjud...



Assalamualaikum
Minggu lepas aku ada beli sebuah buku. Almaklumla, sejak-sejak menjadi manusia bergaji ni, boleh la bershoping buku tiap bulan, hehe. Tajuknya '111 TIP UNTUK MUDAH BERTAHAJJUD' karya Muhammad Bin Soleh Abu Abdillah. Diterjemah oleh Ustaz Mohd. Suhail dan di semak oleh Dr. Muhammad Sabri Bin Sahrir. 
Seperti yang kita semua maklum, solat tahajjud ni adalah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau penghujung malam. Ustaz aku pernah bagitahu dulu, kalau nk buat solat tahajjud  mesti tidur dulu, walaupun sekejap. Kalau tak, tak jadi lah tahajjudnya. 
Selepas baca buku ni ( walaupun belum khatam), baru aku tahu, ada banyak galakan (ayat Al-Quran dan Hadith) yang mengajak kita (umat Islam) untuk mengerjakan solat tahajjud ni sebagai ibadat tambahan. Antaranya (aku senaraikan apa yang termampu) ;

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

1. " Wahai orang yang berselimut ( Muhammad )! Bangunlah (untuk melaksanakan solat) pada waktu malam hari, kecuali sedikit (darinya). (Iaitu) satu perduanya atau kurangkanlah dari satu perdua itu sedikit. Atau lebih dari satu perdua itu dan bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan."                                                                                                                           
(Al-Muzammil: 1-4)

2. " Pada sebahagian malam hari laksanakanlah solat tahajjud sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Rabbmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji."
(A-Isra': 79)

3. " Pada sebahagian dari malam, maka bersujudlah kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada bahagian yang panjang di malam hari. "
(Al-Insan: 26)

4. " Bertasbihlah kepada-Nya pada beberapa saat di malam hari dan di waktu terbenam bintang-bintang (di waktu fajar)."
(Ath-Thur: 49)

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :

1. " Rabb kita ( Allah ) Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi turun di setiap malam ke langit dunia pada satu pertiga malam terakhir. Dia berfirman, 'Barangsiapa berdoa kepada-Ku, pasti Aku kabulkan. Barangsiapa meminta kepada-Ku, pasti Aku penuhi. Barangsiapa memohon ampun kepada-Ku, pasti aku ampuni."
(HR. Bukhari dan Muslim)

2. " Solat paling utama setelah solat maktubah (wajib) adalah solat pada satu pertiga akhir malam, sedangkan  puasa paling utama setelah puasa Ramadhan adalah puasa pada bulan Muharram."
(HR. Muslim)

3. " Solat yang paling dicintai Allah adalah solatnya Nabi Daud a.s dan puasa yang paling dicintai Allah adalah puasanya Nabi Daud a.s. Dia tidur hingga pertengahan malam, lalu solat pada satu pertiganya kemudian tidur kembali pada satu perenam akhir malamnya. Dia juga berpuasa sehari dan berbuka sehari."
(HR. Al-Bukhari dan Muslim)

4. " Waktu paling dekat antara Rabb dengan seorang hamba adalah pada tengah malam terkahir. Oleh kerana itu, apabila kamu mampu menjadi sebahagian dari orang-orang yang berzikir kepada Allah (solat) pada waktu itu, maka lakukanlah."
(HR At-Tirmizi, An-nasa'i dan Al-Hakim)

5. " Dirikanlah solat malam kerana ia adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya solat malam dapat mendekatkan diri kepada Allah, menghalang dari dosa, menghapus kesalahan dan menolak penyakit dari badan."
(HR. At-Tirmizi, Al-Baihaqi dan Al-Hakim)

Jadi apa tunggu lagi, sempena bulan Ramadhan yang mulia ni mari lah kita sama-sama cuba untuk mengerjakan solat tahajjud!

Saturday, July 28, 2012

Trip to Bukit Tinggi, Pahang (pics)



Assalamualaikum

Sebelum puasa hari tu, aku dan kawan-kawan pergi ke Bukit Tinggi, jalan-jalan. Best jugak, bayaran masuk RM12 je untuk dewasa. Kanak-kanak kalau tak silap RM6. Orang macam aku ni suka la tempat macam ni, tak habis duit, hehe... Tengok keindahan alam je. Tapi makanan kat sana mahal. Aku beli ais krim 'solero' RM3 (sebab dahaga sangat). Biasanya tak sampai pun harga tu. Minuman 100 plus lagi la mahal, sampai mencecah RM6 setin (aku tak beli pun, tengok harga je). So, moral of the story, kalau nak 'budget' duit, jangan lupa bawa bekal minuman dan makanan....
























Tuesday, July 17, 2012

Feeling better....



Assalamualaikum

Sudah 6 bulan mengajar di SJK(C). Dan sudah hampir 4 bulan aku mengajar kelas pemulihan. Aku dah mula serasi dengan sekolah tu dan pelajar-palajarnya. Aku mula nampak hikmahnya aku ditempatkan di sekolah tu dan mengajar pemulihan. 
Semasa aku mula-mula mengajar, aku seorang saja guru perempuan Islam dan Melayu bagi sesi petang (Cikgu Azreen belum ada time tu). Semua aku rasa serba tak kena. Pertama kali 'join' perhimpunan sekolah, aku rasa 'lost'. Aku tak faham satu perkataan pun. Kalau ada apa-apa hal yang penting, yang turut melibatkan aku, mujur ada cikgu yang sudi bagitahu aku. Walaupun kadang-kadang aku terlepas beberapa perkara penting (Aku pernah tak masuk meeting sebab tak diberitahu, huhu). Sekarang aku dah faham sikit-sikit kalau berada di perhimpunan. Yang simple2 tu aku faham la. Kadang-kadang aku boleh agak apa yang disampaikan. Mungkin sebab aku faham 2-3 patah perkataan. So aku buat la andaian sendiri, hehe....
Bila aku mengajar pemulihan, aku mula belajar buat 'filing'. Sebelum ni aku memang tak tahu apa-apa pasal fail. Bila kena handle kelas pemulihan, aku mula belajar. Walaupun tak banyak, tapi ada sesuatu yang aku dapat. Aku mula faham apa itu 'disleksia'. Dulu aku ingat ke cara nk kenal murid yang disleksia ni, just tengok tulisan je, tulis huruf terbalik. Tapi sebenarnya ada lagi ciri-ciri yang lain. Aku mula kenal kanak-kanak. Sucinya hati mereka. Aku marah macam mana pun, bila tiba waktu balik, masih sudi melambai-lambai di pintu pagar. 'Bye2 teacher', 'bye2 ckgu Nadiah', 'bye2 cikgu Siti'... (Touching kejap rasa, huhu)..
Bagi pelajar perempuan Islam pula, aku mula nampak perubahan. Ada seorang pelajar tahun 3. Dia memang pakai tudung ke sekolah. Tapi bila dalam kelas, dia buka tudung dan tudungnya dijadikan bahan untuk dimainkan oleh pelajar lelaki Cina. Bila aku masuk kelas tu, pe lagi, hangin la aku bila tengok. Aku suruh dia ambil tudung tu. Dengan muka yang masam dia ambil tudung tu. So aku boleh nampak tiap kali aku masuk kelas dia, dia macam rasa tak senang. Tapi lama-lama aku tengok dia dah jarang tanggalkan tudung dia. Kebetulan sekarang Cikgu Azreen mengajar dia. Jadi, adalah cikgu yang boleh tengokkan dia di dalam kelas. Cikgu Azreen pun ada ajar Pendidikan Jasmani. Mungkin budak tu tengok Cikgu Azreen jarang pakai baju lengan pendek. Kalau pakai baju lengan pendek, Cikgu Azreen akan pakai 'inner'. Baru-baru ni Cikgu Azreen ada bagitahu aku "hari tu budak tahun 3 tu tanya, 'pakai macam ni ok tak cikgu?'". Rupanya budak tu tunjuk, lengan dia yang dah berbalut dengan 'inner'. Baju sukan sekolah tu berlengan pendek, so budak tu pakai 'inner'. Kau mula terfikir, ada kemajuan budak ni, hehe.. Mungkin selama ni dia tak tau nak ambil contoh dari mana akibat ketiadaan guru perempuan Islam untuk sesi petang. Aku mula rasa semakin selesa dengan murid-murid sekolah tu. Walaupun kadang-kadang memang aku naik angin sebab dorang memang tak pandai hormat cikgu. Mungkin kerana dorang masih kanak-kanak, mak bapa yang sangat sibuk bekerja dan faktor didikan agama. Aku mula nampak betapa Islam itu adalah cara hidup....



Tuesday, June 19, 2012

Dulu dan sekarang



Assalamualaikum

Dulu, sewaktu zaman belajar di USM, IPG Kampus Kent, setiap kali mak call, antara soalan-soalan yang sering mak tanya adalah

1. Dah makan?...Makan apa hari ni?
2. Tak ada kelas ke?
3. Cukup duit tak?
4. Tak keluar ke hari ni?
5. Bila nak balik?

Antara soalan-soalan dan pesanan yang sering ayah tanya dan bagi pulak adalah

1. Sihat?
2. Cukup duit tak?
3. Jangan lupa sembahyang, banyak zikir, banyak doa
4. Jangan keluar sorang (tapi anak ayah sorang ni selalu je ingkar pesanan yang satu ni, hehe)

Sekarang, bila dah kerja, mak selalu tanya

1. Tengah buat apa?

2. Pergi mana tadi? (kalau mak call, tapi aku tak sempat angkat)
3. Keluar dengan siapa? Balik pukul berapa?

4. Masak apa hari ni? (Anak mak sorang ni baru nak belajar masuk dapur, hehe)
5. Beli apa?
6. Tak keluar ke hari ni?
7. Dah bayar duit kereta? Bil broadband? sewa rumah?

Ayah pulak

1. Nadiah sihat?
2. Jangan lupa banyak zikir, baca ayat kursiy....

That's my mak and ayah.....:)

'KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA, KASIH AYAH SEPANJANG MASA'




Tuesday, June 12, 2012

KFC n McD




Assalamualaikum
Ahad lepas, aku sampai Klang pada waktu Zohor. Selesai angkat barang dari kereta ke dalam rumah, jiran sebelah ajak makan. Walaupun aku masih kenyang, tapi aku gagahkan diri jugak teman dia. Kesian pulak, nanti kelaparan dia. Aku cakap "Aku solat zohor dulu ye"....Lepas solat kami keluar. Kami terus ke Jusco Bukit Raja. Cari makan kat situ. Almaklumla la, kalau dh time macam tu susah nk cari nasi berlauk. So ke Jusco la kami, cari fast food yang memang 'fast'..hehe....

Amboi, ramai betul orang kat Jusco. McD penuh, KFC penuh, Nando's penuh, Kenny penuh...semua restoran Fast food penuh..."nk makan mana ni?"...aku bertanya......kami bergerak ke KFC...."Kita tunggu la, orang bangun kita duduk"..aku menambah...."Meh kita tgk kalau2 ada orang yang boleh kita 'halau',hehehe"...kawan aku membalas...Baru tunggu 5 minit, kawan aku ajak ke McD. 
Sebenarnya aku ni teringin nak makan KFC. Bukan teringin tahap mengidam, cuma aku dah bosan makan McD dan teringat kat kawan2 di Sabah dulu. Bila dapat je elaun atau baru lepas siap assigment yang berlonggok-longgok tu, kami mesti 'ziarah' KFC. Kononya nk rewards ourself la selepas penat menyiapkan assigment..hehehe..Tapi hakikatnya KFC je la yang ada kat pekan Tuaran yang kecil tu. McD, Pizza hut memang tak ada. Jadi KFC la yang menjadi pilihan. Kalau nak celebrate birthday pun kami ke KFC. Rindu saat-saat tu. Betul la orang cakap, waktu belajar memang best!

celebrate birthday Josie (tiga dari kanan)
<oopppssss...gambar blurrr sikit>

Saturday, June 9, 2012

Destinasi Cinta...



Assalamualaikum
Entah kenapa sejak akhir-akhir ni, hati ni menjadi kurang sensitif. Bukan sentitif a.k.a kecil hati yang aku maksudkan, tapi hati seolah-olah terasa gelap, hitam. Sebelum ni kalau aku ternampak apa-apa yang 'tak elok' berlaku di depan mata, hati ni cepat rasa marah. Lama-lama aku mula buat tak peduli dengan semua tu sebab hati ni rasa 'penat' dan nak ambil langkah tak nak jaga tepi kain orang lain. Dan inilah akibatnya. Rasa sensitif tu mulai hilang. Aku mula tak terasa apa-apa. Aduhai, bahayanya. Sebab apa? Sebabnya rasa peduli dan menjaga tepi kain orang tu perlu. Tapi biarlah bertempat, kena dengan ajaran agama kita. Supaya kita dapat mengamalkan amar maaruf nahi mungkar. Tapi aku bukan nk ceritakan tentang amar maaruf nahi mungkar kat sini. Terasa belum cukup ilmu untuk membicarakan soal itu, biarlah yang lebih arif mengulas tentang hal ni ye. 
Straight to the point, aku cuma terasa hati ni semakin hilang sensitif. Kenapa agak-agaknya? Hati ni mula terasa 'hitam' (aku yang rasa, sebab hati aku kan).... 

“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).”

Aku mula berfikir tentang segala perbuatan aku, apa amalan aku. Kenapa 'rasa' tu telah hilang. Aku berfikir-fikir, mana aku nak dapatkan kembali 'rasa' tu. Aku mahukan 'rasa' tu kembali. 
Mungkinkah amalan aku semakin berkurangan (I guess so)? Mungkinkah pergaulan aku juga menjadi punca ( maybe)? Mungkinkah aku berteman dengan orang-orang yang tak sesuai dengan jiwa? 
Aku mahukan 'rasa' tu kembali....'Rasa' yang sukar untuk aku jelaskan kat sini. For those yang faham 'rasa' yang aku maksudkan, anda-anda semua mesti setuju kalau aku kata 'rasa' tu sangat indah kan. Aku cuba mencari 'rasa' yang pernah ada dalam hati ini, dan sekarang 'rasa' itu telah hilang. Aku MESTI cari balik 'rasa' tu. 
Tetiba teringat pulak lirik lagu "Destinasi cinta" dari Mestica, dan aku mula bersetuju dengan kata-kata dalam lirik tu.....


"Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi"














Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru



Assalamualaikum
Hari ni 16 Mei...Happy Teacher's Day kepada semua guru. 
Teringat pulak. Masa aku sekolah rendah dulu, memang excited nak bagi hadiah kat cikgu bila tiba Hari Guru. Dan insan yang selalu tolong aku pilih dan beli hadiah mestila mak aku. Tapi aku tak pernah pun bagi hadiah sempena Hari Guru kat MAK dan AYAH aku. Sedangkan mak dan ayah aku lah guru pertama aku sejak aku dapat melihat dunia ni..Mak yang ajar aku mengenal alif ba ta... Ayah yang ajar aku cara-cara nk sembahyang....Hmmmm......So mulai hari ni, tarikh ni, aku nak pesan. Kalau tiba je hari guru, dahulukan hadiah untuk mak dan ayah kita. Sebab mak dan ayah la guru pertama dalam hidup kita.....Selepas tu, boleh la fikirkan hadiah untuk cikgu-cikgu kita di sekolah. Bukan bermakna cikgu-cikgu di sekolah tu tak penting (marah cikgu2 kat aku nanti, huhu), tapi dahulukan lah mak dan ayah kita. Dalam apa-apa tindakan kita, jangan lupa minta pendapat mak ayah kita dulu. Sebab mereka tahu apa yang terbaik buat kita....

"Redha ALLAH terletak pada redha kedua ibu bapa, kemarahan ALLAH juga terletak pada kemarahan ibu bapa"

ps: Happy Teacher's Day to my mak n ayah, myself (ececeh, hehe) n cik mila.....






Friday, May 11, 2012

Is the way of life...



Assalamualaikum
Hari sabtu minggu lepas, aku ikut my housemate (kak wahida) n my future housemate (natrah) pergi ke masjid negeri. Ada ceramah. Lepas ceramah, aku n natrah merayap-rayap la di perkarangan masjid tu. Banyak gerai jualan, macam-macam ada (cewah...,hehe).... Tiba-tiba aku n natrah stop kat satu gerai tu. Ada jual jajan, Natrah pun bersuara 'budak-budak suka la ni'......'aah', aku jawab. Then kami ternampak ada jual sticker yang tampal-tampal kt cermin kereta tu...Hish, aku tak tau la orang lain panggil apa benda tu. Tapi aku panggil sticker je. Aku n natrah pun belek-belek la sticker tu. Mana tau ada yang berkenan. Aku cakap kat natrah, 'Mesti orang yang jual ni orang kelantan'...Natrah buat muka pelik, tak paham la tu maksud aku...'Ni ada sticker negeri kelantan ni'......'Ooooo' Natrah menangguk-angguk kepala. Sticker negeri lain  tak ada pulak, so memang boleh di terima la andaian aku tu kan3..... Tiba-tiba aku ternampak sticker yang tertulis 'Islam Is The Way OF Life'....Aiseh, cam terberkenan la pulop.....Eh, jap. Tetiba aku terfikir. Ayat ni sangat besar nilai dan maknanya. Kalau aku tampal sticker tu kat cermin belakang, for sure kereta yang di belakang aku boleh baca. Then, kalau aku bawak kereta macam hantu, tak ikut undang-undang, main suka hati ja masuk lorong tak bagi signal, sampai buat orang lain marah dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain, mesti aku kena 'bambu' dengan pengguna jalan raya yang lain. Mesti dorang kata 'Bukan main lagi sticker tu, tapi bawak kete macam hampeh'.....Oppppssss, aku rasa aku dah mencemarkan agama sendiri tu.....So aku tak jadi beli. Sebab apa? Sebab aku tak nak orang lain memandang serong pada agama aku hanya kerana pengikutnya (aku la tu salah sorangnya) yang tak mematuhi peraturannnya. Salah ke aku fikir macam tu??? Terpulang........

pssss..: always remember ----->> i'm a muslim.....


Thursday, May 10, 2012

Pandai....tapi tak ada back-up



Assalamualaikum
Semalam, waktu rehat aku dan Azreen sempat berbual-bual dengan Ustaz sebelum ustaz balik (ustaz masuk sekolah pukul 10pg, balik pukul 4 ptg).
Entah apa topik yang kami bertiga bual kan (aku pun dh lupa), tiba-tiba aku tanya ustaz, 'Si ***** tu pandai mengaji tak ustaz?'....Menyibuk je aku ni tanya pasal pelajar ustaz kan. Tapi oleh kerana 6 orang je cikgu Islam di sekolah tu, dan pelajar Islam adalah golongan minoriti di situ, aku sengaja menyibukkan diri ambil tahu pasal budak-budak yang seagama dengan aku tu. Bukan apa, aku rasa macam aku juga menggalas tanggungjawab yang sama dengan ustaz. Bukan aku je rasa macam tu, rakan-rakan guru Islam yang lain juga rasa macam tu. 
Ustaz kata, 'Si **** tu boleh mengaji. Tapi yang sorang lagi tu tak berapa (tak lancar sangat membaca). Budak-budak ni sebenarnya pandai. Tapi cuma tak ada back-up. Kelas agama seminggu 2 hari je.'
Aku yang tak paham ni tanya ustaz balik ' Tak ada back-up? Maksud ustaz?'
Ustaz jawab 'Macam ni, budak SK dan SJKC ni lain. Yang kat SK tu, walaupun tak berapa pandai tapi dorang ada back-up, iaitu sekolah agama (waktu petang/pagi). Jadi,dorang jadi pandai. Budak kat SJKC ni, dorang pandai (kalau ajar apa-apa memang cepat dapat), tapi dorang tak ada back-up. Mak bapak tak hantar pergi sekolah agama.'...Macam tu la kurang lebih penjelasan ustaz...Ooooo, baru aku faham. Tapi tak di nafikan, ada juga di kalangan budak-budak ni yang pergi sekolah agama lepas habis sekolah kebangsaan. Tapi mungkin tak ramai. Isu pandai dan tak pandai dalam entry aku ni merujuk pada ilmu agama budak-budak ni- pandai mengaji ke tak. Aku tak maksudkan dengan keputusan akademik ya. 
Bagi aku, bukan isu sekolah agama ke tak. Kalau mak ayah boleh ajar anak di rumah dengan ilmu agama yang cukup, tak hantar anak ke sekolah agama pun tak pe. Tapi kalau mak ayah rasa tak mampu nak ajar anak (mungkin sibuk kerja), lebih baik hantar je anak ke sekolah agama. Itu adalah HAK seorang anak untuk mendapat pendidikan yang secukupnya.


Sunday, May 6, 2012

Kehendak manusia



Assalamualaikum

Hari ni aku rasa sangat bosan. Melepak je kat rumah. Nak tengok tv, tV9 je yang betul-betul 'clear' kat rumah ni. Kalau petang tu, tak ada dah cerita lain, kartun3.... kalau aku ni budak-budak, tv9 tu memang dah jadi favourite channel aku dah. 
Aku call mak. Saja je aku call mak. Mak tanya, banyak ke beli buku semalam (i went to pesta buku yesterday)?... Aku jawab, ada la jugak. Kejap je pergi. Kalau lama2 kat sana memang lagi banyak la duit habis......Hehehe,ketawa mak aku...... Aku tanya mak lagi, mak, nak beli phone baru boleh?....ikut hang la, duit hang..... hehe, saja ja aku mintak kebenaran mak.....Tapi hakikatnya, aku nak bagitau mak yang aku teringin nk phone baru indirectly...hihi....
Kenapa nak beli phone baru? Biasa la, aku kan manusia biasa + perempuan. Bila ada duit sikit mula la teringin macam-macam. Eh, kenapa aku salahkan 'manusia biasa + perempuan' pulak?? Sebab manusia ni memang sinonim dengan nafsu dan kehendak. Tak pernah rasa cukup dengan apa yang ada..Kalau ada satu, nak dua. Bila dah ada dua, nak tiga... Betul tak?
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud ;
"Sekiranya manusia memiliki dua buah lembah harta sekalipun, nescaya mereka akan mencari lembah yang ketiga. Dan tidak dapat dipenuhi perut manusia melainkan tanah dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat". (Riwayat Ahmad).
Tapi tu bukan bermaksud kita harus ikut je kehendak dan nafsu kita. Oh, mentang-mentang manusia memang dijadikan begitu sifatnya, jadi kita ikut je hati kita ye.... Jangan macam tu.... Lupa ke Allah juga berikan akal kepada kita supaya kita dapat berfikir. Bukan setakat akal, Allah juga berikan agama pada kita sebagai panduan supaya kita tidak sesat di dunia ni. 
Jadi, jangan salah kan sifat yang ada dalam diri kita jika diri sendiri tidak pandai menilai kebaikan dan keburukan.

Thursday, April 26, 2012

Tanah Besar China...



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Semalam (hari rabu) aku di arahkan untuk batalkan semua kelas Pemulihan, hanya untuk 1 hari je. Sebab ramai cikgu kena hadir taklimat sempena pilihan raya (hanya Allah dan PM je tahu bila pilihan raya tu). So, aku kena ganti jadual cikgu-cikgu yang tak ada tu. Seperti biasa, SAYA YANG MENURUT PERINTAH (SYMP), ikut je la. Tapi aku lupa nk bagitau dengan cikgu2 yang lain, tak ada kelas pemulihan, jangan keluarkan budak waktu BM. 
Akibatnya, kesian budak2 Tahun 2. Setengah jam dorang tunggu aku di luar bilik pemulihan. Mujur si Venessh dapat cari aku. Aku pun apa lagi, terus berlari ke bilik pemulihan, panggil budak2 tu, bawa dorang masuk ke dalam kelas dorang balik. Tiba-tiba aku terperasan. Eh, kenapa ada budak perempuan, dah jadi 5 orang pulak budak-budak ni? Biasanya semua lelaki, n semuanya 4 orang je. Aku pun tanya, Siapa ni?...Dia tak pandai baca, cikgu....owh (aku mengangguk)....Aku pun ligat berfikir, rasanya aku tak diberitahu pun ada murid baru....
Sampai je kat kelas dorang, aku terus tanya Cikgu BM dorang. Cikgu tu jawab, Ni pelajar baru. Dari China. Apa pun dia tak tau.....Aduh, aku rasa macam nk garu je kepala yang tak gatal ni, DARI CHINA....Aku tanya lagi, Dia faham English tak?...Cikgu tu jawab, Tak....Adoi, aku telan air liur. Kalau dia faham English, senang la sikit aku nk bercakap dengan dia.... Cikgu cakap mandarin dia faham tak?, aku tanya lagi...Cikgu tu pun balas, Dia faham...Ooooo (aku mengangguk)....Cikgu tu kata lebih kurang macam ni, budak tu tak reti ABC, tak pandai baca BM. U kena ajar lah......(memang la, kat Tanah besar China nun mana ada subjek BM kt sekolah rendah, huhu..).
So petang tadi, aku mula mengajar dia. Susahnya nak berkomunikasi. Aku tanya semua dia angguk je. Alahai, kalau tak faham jangan la angguk. Bukannya cikgu nk marah pun. Aku nk suruh dia bawa buku tulis esok, terpaksa aku minta kawan sekelas dia translate kan apa yang aku cakap. Bila aku suruh dia baca ABC, boleh je dia baca. Cuma bunyi je yang lain dari kita orang Malaysia ni. H jadi HE, S jadi SI. Aku tak tahu la, sama ada memang di China sebutan macam tu, atau dia yang salah sebut. So aku ajar dia sebutan macam budak Malaysia. Alhamdulillah, senang dia ikut, terang hati budak ni. Mudah kerja aku..hehe..

Kata-kata dari seorang cikgu kepada aku : mengajar pemulihan adalah satu kerja yang mulia di tengah-tengah bandar ni...Hmmmm, mungkin dia jz nk bagi aku semangat je kot......


Wednesday, April 25, 2012

Fesyen Muslimah...???



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Ah, muak aku mendengar perkataan 'Fesyen Muslimah'. Bila tengok TV je, rancangan yang konon-kononnya Islamik, mesti ada segmen Fesyen Muslimah. Bila aku tengok pakaian yang diperagakan, bukan semua betul-betul menutup aurat pun. Perlu diingatkan di sini, menutup aurat BUKAN setakat pakai tudung je!! Pakai tudung bukan setakat tutup rambut je!!! 

Tiba-tiba hati jadi benci, muak, (tapi tak la sampai nk muntah) bila tengok pakaian-pakaian yang diperagakan oleh wanita-wanita cantik tu. Tak salah kalau nk kelihatan cantik. Itu memang fitrah wanita, ingin kelihatan cantik setiap masa. Tapi perlu ingat, kita ada hukum dan peraturan yang wajib di ikut. Nama pun hamba di muka Bumi ni. Bukan kah hamba perlu mengikut peraturan Tuan nya????

Aku sedar, aku pun masih cuba untuk menutup aurat dengan sempurna. Kadang-kadang terbabas juga. Nama pun manusia, sentiasa mencuba kerana kita tak sempurna. But, please stop using this words, 'Fesyen Muslimah' !! I really hate it!

Sunday, April 22, 2012

Happy Birthday to MY PRECIOUS MOMENTS



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Teman cuma nak kaborkan, hari ni genap setahun umur MY PRECIOUS MOMENTS..hehe.
Pejam celik, pejam celik dah setahun teman merapu meraban kat blog ni. Sejak di Sabah, balik Perak, dan sekarang teman dh kat Selangor.
Hidup...hidup....

Moving n Leaving



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Hari ni, Ima (my housemate) pindah dari rumah. Nak balik kampung katanya, cari kerja kat tempat sendiri. Dia dh tak nak kerja kat Klang ni.
Saat aku salam n peluk Ima, hati ni mula terasa sayu. Dia minta maaf kalau ada salah silap, minta halalkan semuanya. Aku pun macam tu jugak.
Walaupun aku baru je kenal Ima, lebih kurang 3 bulan macam tu, tapi rasa macam dh lama kenal dia. Ima selalu ajak aku makan masakan dia, kami keluar makan sama-sama, tgk tV sama-sama, berbual n ketawa sama-sama. Kadang-kadang kalau Ima lambat balik dari kerja, mula la aku rasa bosan tgk tV sorang-sorang. Hmmmm...lepas ni aku dh tak ada teman nk tgk tv...teman berbual n ketawa dalam rumah ni.......Entah bila dapat jumpa Ima lagi.....Semoga Ima happy ni kampung, cepat dapat kerja, n cepat kahwin...:)

Wednesday, April 18, 2012

yi...e...san...1...2....3



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Semalam, sebelum kelas pemulihan Matematik, tiba-tiba aku terfikir 'eh, bahasa apa aku kena guna utk mengajar kejap lagi?'.... Almaklumla, pelajar Tahun 2 dah tak guna dwibahasa, hanya satu bahasa saja, Bahasa Mandarin. Kalau kelas pemulihan BM ok lagi, aku boleh cakap dalam BM. Aku pun berinisiatif (inisiatif la sgt,huhu) belajar macam mana nk sebut nombor 1 - 10 dalam bahasa mandarin. Aku pun terus la menghafal sebelum kelas. (Dah lama tak buat kerja hafal-menghafal ni, lembap je rasa otak ni).
Tiba masa yang dinantikan, nasib baik seorang je pelajar pemulihan Matematik aku setakat ni. So aku pun suruh la dia mengira. Dia diam. Aku suruh lagi, dia tanya aku 'guna bahasa apa, cikgu?'...pelajar aku tu India. Aku tanya, 'Melayu U pandai ke?'...Dia pun mula mengira dalam BM.... satu, dua, tiga, enam,......
Aduh, dia tak pandai dalam BM. Nak suruh dia mengira dalam Bahasa Tamil, aku pulak yang tak reti,huhu... So aku terus cakap 'U mengira dalam cina la'....Alahai, tak betul jugak dia kira. Fuuuhhh...nasib baik aku dah menuntut ilmu nombor 1 - 10 dalam Mandarin sebelum mula kelas. So, dapat la aku ajar dia, tegur mana yang dia sebut tak betul...Nampaknya hari ni, aku kena sambung lagi belajar nombor... 11 - 20....tambah...tolak...

Tuesday, April 10, 2012

Bakal-bakal future husbands...



Assalamualaikum
Cikgu Mack  : Siti, siapa bakal-bakal future husbands kau?
Aku               : hehehe....Amboi, 'bakal-bakal'...bunyi macam byk ja. Mana ada,cikgu.
Cikgu Mack  : You pergi Sabah. Tak kan tak ada?
Aku               : Lelaki Sabah semua manis mulut ja, cikgu..hehehe
Cikgu Mack :Hahaha...Buta la semua lelaki tu. Punya cute macam ni. Tak kan tak ada peminat?
(Question mark: Cute ke aku?..hahahah <perasan jap>*wink2*)
Aku                : Tak ada la, cikgu.
Cikgu Mack  : Serius ?
Aku                : Betul.....
Lepas tu Cikgu Mack cerita kisah isteri dia yg cantik tu. Yang mula-mula dia sangka sudah ada 'teman', tapi rupanya 'single'. Tersangkut la dengan cikgu Mack. Rezeki Cikgu Mack dapat isteri cantik..hehehe

Kesimpulan dari Cikgu Mack (seorang lelaki): Perempuan yang cantik (macam isteri dia), kadang2 lelaki takut nak dekat.....

Kesimpulan dari aku (seorang perempuan) : Lelaki hensem pun kadang2 perempuan takut nk dekat...:)...Yang penting bukan paras rupa, tapi agama dan akhlaknya...






Friday, April 6, 2012

Hutang yg TIDAK dapat dibayar



Assalamualaikum
Ni antara input yang aku dapat semasa program orientasi. Terasa macam nk publish kat blog pulak. Mana tau ia berguna utk orang lain. Sebab kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita dh buat.

PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR
MASAK SEBIJI DI ATAS PETI 
HUTANG EMAS BOLEH DIBAYAR
HUTANG BUDI DIBAWA MATI

Hutang emas, wang ringgit, kita boleh bayar balik, INSYAALLAH. Hutang budi pulak, kita kenang sampai bila-bila.
Tapi hutang apa yang tak dapat dibayar tu?? Golongan guru la yang paling banyak terlibat dengan hutang jenis yang macam ni. Sebab tugas guru tu mengajar dan mendidik....
Kenapa boleh jadi macam tu??
Mengikut kata penceramah semasa program tu, jika kita (guru) tidak mendidik murid dengan betul, tak menjalankan tugas dengan sepatutnya, tak mengajar betul2, bagi ajaran yang salah, sehingga menyebabkan murid kita menjadi insan yang bermasalah (terlibat dengan kes jenayah, masalah sosial, etc), hakikatnya kita dah berhutang dengan murid tersebut.
Bayangkan jika dh bertahun-tahun kita mengajar, tapi kita gagal mendidik murid menjadi 'orang', berapa banyak hutang yang dh kita kumpul?? Macam mana nk langsaikan hutang tu kalau murid-murid tu dh berselerak di sana sini, kita dah tak dapat nk kumpulkan dorang semua. Betapa banyak nya hutang tu....
Jadi kepada para guru sekalian, jalankan lah tugas anda dengan sebaiknya. 
Dan marilah kita sama-sama maafkan guru-guru kita yang tak mengajar kita dengan sepatutnya time sekolah dulu. Supaya guru-guru kita tak terlibat dengan 'hutang yang tidak dapat dibayar' ni......




Thursday, April 5, 2012

Orang kampung



Assalamualaikum
Baru balik dari Program Orientasi kat Concorde Inn. Sampai rumah lebih kurang jam 2.30 pm tadi. Penat??? Mestilah TAK. Dengar ceramah, tambah ilmu je sepanjang program tu. No lesson plans, No classes, No pupils...Aduhai, sesekali dapat chance macam ni memang best.
Terima kasih kerajaan Malaysia, selesa betul sepanjang 4 hari 3 malam tu...hehehe... 
Tapi yang tak berapa bestnya, bab makanan...Memang banyak jenis makanan yang disediakan....pilih je nk yang macam mana...semua ada... Kenapa aku rasa tak best? Sebab aku ni orang kampung. Makanan kat sana semua tak ngam dengan lidah ni...Tapi aku makan je, buat alas perut...Rasa macam makanan kat kedai tepi jalan lagi sedap.....hehe...(marah chef-chef kat hotel tu kalau terbaca ni)..Lagi satu, mungkin aku rasa tak best sebab asyik makan dengan sudu garfu ja...tak dapat rasa nikmat makan tu.....Hmmm, memang aku orang kampung...tidak syak lagi..!

Sunday, April 1, 2012

Ujian...



Assalamualaikum
Entah kenapa, sejak posting ke Selangor ni, aku rasa hidup aku tak putus-putus dengan ujian. Selesai A, datang pulak B. Kadang-kadang memang rasa tak tahan, sampai terfikir 'susahnya hidup ni'... Aku selalu berdoa supaya Allah hadirkan seseorang yang boleh sentiasa bantu aku. Aku penat sorang-sorang. But, on the other side pulak aku terfikir 'kenapa aku perlu mintak seseorang bantu aku? Mohon la pertolongan Allah. Jangan mengharapkan pertolongan dari makhluk'.... Entah la..Orang lain tak kan tahu apa masalah aku, apa kemampuan aku... Sejak hidup kt tempat bernama Klang ni, aku sentiasa cuba 'push' diri sendiri. Aku tau aku tak mampu buat A, tapi aku terpaksa 'push' kan diri untuk buat. Walaupun dalam hati ni ada rasa takut2 dan risau. 
Mungkin dah lama Allah bagi kesenangan dengan aku, tapi aku tak sedar. Dan sekarang Allah bagi ujian macam ni supaya aku bersyukur dengan segala kesenangan yang dulu....
Dalam keadaan sekarang ni aku mula teringat kan mak, ayah, kakak dan adik-adik. I miss them a lot!!.. 

Wednesday, March 28, 2012

Yesterday...




Assalamualaikum
Semalam, sejak dari pukul 8.00 pg aku dh terpacak kat sekolah. Sebab apa? Same like last week, aku kena jadi time's keeper untuk Action Song Competition for Klang District. Sebenarnya aku ni jadi bidan terjun je. Tu tugas cikgu lain. Tapi apa boleh buat, kalau dah nama nya 'bangsa pembuli', memang macam tu la gayanya. 

Lepas selesai pertandingan tu, aku sambung kerja aku macam biasa untuk sesi petang pulak. Memang aku tak ada kelas minggu ni, just buat kerja yang Pk Petang suruh, kadang-kadang buat failing, kadang-kadang kena ganti kelas. So semalam, lepas aku keluar dewan Pk Petang tu terus bagi aku jadual untuk ganti kelas. Gila banyak, 9 waktu kena ganti!! Alasannya, 3 orang guru tak ada. Mula-mula aku ok je, aku terima. Aku jenis yang selagi aku boleh buat, aku akan cuba buat. Then tetiba aku perasan, eh bila masa pulak aku nk solat Asar?? Aku pergi cari Pk tu. Aku bagitau, aku nk waktu free 5.15pm-5.45pm, nk solat. Apa lagi, marah la dia. Walaupun dia tak cakap, tapi dari muka dia aku tau...huh, ADA AKU KISAH DIA NAK MARAH KE TAK?. Aku memang buat tak paham je. Last2 aku dapat jugak free waktu tu. See, boleh pun bagi free waktu tu. Sengaja nak susahkan aku...Cit!
Waktu petang sebelum balik, dia panggil aku n kawan aku. Katanya salah sorang dari kami kena ajar pemulihan. (Before ni dia janji start from April, aku akan mengajar english balik)..What the he**!! (sorry, bahasa kasar sikit). Excuse me, we are major in English, why we have to teach pemulihan? And our schedule, she gave to another teacher, who r not major in English. Haiya, what a stupid desicion! Dah ada sumber, tapi tak mahu guna. Tapi last2 aku yang ambik pemulihan tu. Nak tau sebab apa? I have 2 reasons. Tak guna aku nk fight, bukan ada orang nk dengar pun. Guru Besar, PPD, KPM, tak guna bagitau kat dorang tu. Bangsa cina ni memang tak suka cikgu melayu mengajar di sekolah dorang. And the second is aku harap boleh solat on time. Tu je aku fikir. Selagi aku tak lepaskan subjek English tu, selagi tu la dia akan ganggu aku. 
Malam pulak, lepas maghrib aku pergi sekolah lagi. Main badminton dengan cikgu2 melayu. Wah, lama betul aku habiskan masa kat sekolah 'terchenta' tu....
Kat sini, aku nak pesan satu je, kalau ada kaum kerabat yang kena posting ke SJKC, baik jangan pergi. Tak guna pergi sana, they are not welcome us. They don't want Malay teacher to teach their pupils. Dan tak guna kalau kerajaan sibuk2 nak laksanakan 1Malaysia tu. Sampai kiamat pun tak kan berjaya. Mungkin hanya akan berjaya dalam kalangan budak2 je. Tapi bila budak2 tu dah besar, dorang akan teruskan apa yang mak bapak dorang buat hari ni....

Monday, March 26, 2012

Apa yang ku mahu...??



Assalamualaikum
Semalam aku drive lebih kurang 6 jam dari Batu Kurau ke Klang. Kenapa lama sangat? Orang lain 5 jam dh boleh sampai? Sebab aku belum cekap drive, slow je aku bawak,huhu...Mujur ada kawan yang sudi temankan. Pukul 9 lebih aku sampai Klang. Bila sampai je, terus telefon mak, bagitau aku dah selamat sampai, Alhamdulillah. Mak tanya, penat tak? Aku jawab, penat la jugak... 
Aku pulak jenis orang yang cepat bosan. So memang aku rasa bosan drive lelama. Bila keluar je dari Perak, memang rasa lega betul. Almaklumla, Batu Kurau tu dh penghujung Perak, Perak agak besar (besar ke???). Memang azab la nk tunggu keluar dari Perak...
So apa yang ku mahu???
Boleh tak aku nak seorang driver yang boleh bawak aku ke sana, ke sini. Tolong drive kan aku balik kampung.?So, aku tak payah drive jauh2, lama2.......*** wink3***

Tuesday, March 20, 2012

Limpas = lalu



Assalamualaikum
Tadi aku ada Program Penutur Jati Bahasa Inggeris. Kebetulan isteri Cikgu Mack pun join sekali program tu. Aku memang tau isteri Ckgu Mack, Cikgu Wendy pun join program tu. Tapi sebelum ni aku tak sempat lagi bertegur sapa dgn Cikgu Wendy. 
Hari ni aku sampai agak awal. Sempat berbual dgn Cikgu Wendy. Dia tanya aku dari Sabah ke? Cz suami dia kata aku dari maktab di Sabah (Cikgu Mack n Cikgu Wendy org Sabah). Aku pun bgtahu la, aku dari Perak. Jz belajar kat Sabah. Kebetulan kami bertiga pernah belajar di maktab yang sama. Aku pulak sama opsyen dgn ckgu Wendy. So, main topic perbualan aku dgn dia pasal lecturer di maktab la...hehe...
Lepas tu dia tanya aku, dulu praktikum di mana. Adoi, tak reti plak aku nk describe tempat praktikum aku. So aku jawab la macam ni 'Nak pergi sekolah tu kena limpas Tamparuli'... Hehe, senyum pulak Cikgu Wendy. Dia pun jawab, 'Pandai juga guna 'limpas''. Dia bgtahu lagi masa mula-mula dia mengajar kat sini, bila dia cakap 'limpas', semua budak tanya, 'apa tu 'limpas' ckgu ?'..hehe
Hmmm...dh lama aku tak guna perkataan 'limpas' tu.....

Monday, March 19, 2012

Pertolongan Allah



Assalamualaikum
Kisah 1

Masa mula-mula aku nk ke Sabah dulu, perasaan ni Allah saja yang tahu. Aku nampak je macam relax, tapi berat betul rasa hati ni nak tinggalkan rumah, fly sorang-sorang ke Sabah. Mula aku mencari-cari orang2 yang aku kenal di sana untuk minta tolong. Tetiba aku teringat kan kawan kakak aku, dia mengajar di Sabah, Kak Ummi. Aku pun terus contact dia. Dia kata dia boleh tunggu di airport, bermalam di rumah dia. Tapi dia tak dapat hantar ke IPG pada hari isnin. So aku kena naik teksi sendiri. Aduh, cuak rasa. Tapi aku setuju je dengan cadangan dia, I have no choice at that time. 

Tapi bila aku tiba di LCCT, baru nak check-in, aku jumpa dengan seorang perempuan. Destinasi dia sama dengan aku, KPLI J-qaf rupanya dia, ustazah mardziah a.k.a kak Mar. Lepas aku borak2 dengan dia, baru aku tau, dia nk terus ke IPG. Dia kata dia tak ada sesape kat Sabah. Oleh kerana kami menuju tempat yang sama, aku batalkan untuk ke rumah kak Ummi. Aku follow Kak Mar. Sekurang-kurangnya dia ada teman. Apa nk jadi lepas ni aku tawakal je....tu kata hati aku.
Bila jejak je kaki di bumi Sabah, kami berdua terus ambil teksi, menuju ke IPG. Sampai IPG, pejabat tutup. Almaklum la, hari ahad. Aduh, kami berdua pening, tak tau nk menuju ke mana. Pemandu teksi suggest kan kami menginap di rumah tumpangan, dia kata dia boleh hantar. Kami berdua masih lagi berfikir-fikir, dalam hati ni tak putus-putus berdoa. Last2 kami turun ja di IPG, cadangnya nk tidur je di surau. Kami pun keluar kan beg dari teksi, dengan bersusah-payahnya menapak ke surau. Tetiba ada dua orang lelaki menegur. Dorang cadangkan kami ke asrama perempuan, cz dia kata dia baru je hantar adik sepupu dia ke asrama tu. Dia terus contact adik sepupu dia. Aku dan kak Mar setuju. Tapi bila tengok bangunan asrama dari jauh,alamak! jauhnya. Dua orang lelaki tu macam paham apa yang kami fikir, dorang terus tawarkan nk hantar dgn kereta. Alhamdulillah....rupanya 2 org lelaki tu pun ustaz j-Qaf, tapi dah posting......So malam tu kami ada tempat untuk tidur....


Kisah 2

Semalam aku turun dari bas, di stesen bas shah alam. Aku terus cari teksi untuk balik ke rumah sewa. Aku memang maklum, susah nk dapat teksi untuk balik. Tapi apa pilihan yang aku ada? Nk mintak tolong kawan or housemate, aku dh segan. Dah banyak dorang tolong aku. Aku tawakal je cari teksi tu....Dalam hati aku berdoa mintak2 mudah segala urusan....Punyala lama aku tunggu teksi. Bukan sebab teksi tak ada, tapi pemandu teksi tu tak nak bawak aku ke rumah sewa. Cz rumah aku arah yang bertentangan. Kebanyakan teksi tak nak ambik penumpang ke tempat aku. Aku dh mula cuak, tak tahu nk mintak tlg dgn siapa. Tetiba ada sebuah teksi sampai, pakcik teksi tu berkopiah putih. Entah kenapa aku rasa pakcik ni sudi hantar aku. And finally, memang dia sudi hantar aku walaupun arah yang bertentangan. Alhamdulillah, Terima kasih byk2 pakcik.... . 


Moral of the story: Sentiasa yakin dengan pertolongan Allah.....

Wednesday, March 14, 2012

Andainya ku tahu..-beruntungnya menjadi umat Muhammad



Assalamualaikum
Kisah ni aku ingin kongsikan dengan anda-anda-anda semua. Aku ambil dari http://syahirul.com

KISAH ALLAH MENCIPTAKAN JIBRAIL A.S


Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa, “Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.
Setelah memandang dirinya yang tampak begitu indah dan sempurna, maka malaikat Jibrail pun berkata kepada Allah, “Wahai Rabbku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku?” Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan malaikat Jibrail, “Tidak”. Mendengar jawapan Allah, maka malaikat Jibrail pun berdiri dan melakukan solat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah. Pada setiap rakaat solat yang dikerjakan oleh malaikat Jibrail, dia menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya.
Setelah malaikat Jibrail selesai melaksanakan solatnya, kemudian Allah pun berfirman kepadanya, “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembahKu seperti ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.
Seandainya mereka mengerjakan solat dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang, dengan pikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai daripada solatmu. Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan solat itu atas perintahKu sedangkan solat kamu bukan atas perintahKu”.
Setelah mendengar hal tersebut, Jibrail pun kembali bertanya kepada Allah, “Ya Rabbku, apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepadaMu?” Maka Allah berfirman yang ertinya, “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal mereka”. Malaikat Jibril kemudian meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa tersebut.
Setelah Allah memberikan izin kepadanya, maka malaikat Jibrail pun mengembangkan sayapnya dan terbang menuju syurga Ma’waa. Satu hayunan sayap malaikat Jibrail adalah sama dengan jarak perjalanan selama 3000 tahun. Maka terbanglah malaikat Jibrail selama beberapa lama perjalanan, malaikat Jibrail akhirnya kepenatan dan turun untuk singgah dan berteduh di bawah sebuah pohon. Di sana ia bersujud kepada Allah lalu berkata, “Ya Rabbku, apakah aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke syurga Ma’waa?”
Maka Allah pun berfirman, “Wahai Jibrail, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan”.
Sabda Rasulullah, “Sebelah kanan sayap Jibrail terdapat gambar syurga berserta dengan segala isinya termasuk bidadari-bidadari, istana, pelayan dan sebagainya manakala sayapnya yang sebelah kiri terdapat gambar neraka dan segala isinya yang terdiri daripada beberapa macam ular yang cukup bisa, kala jengking dan neraka yang bertingkat-tingkat serta penjaganya yang terdiri daripada malaikat yang garang dan ganas yakni malaikat Zabaniyah“.
Kata Rasulullah lagi, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang kecil pada badan manusia kemudian mereka akan menarik rohnya dari kedua telapak kaki hingga lutut dan mereka pun keluar. Setelah itu datang lagi sekumpulan malaikat masuk menarik roh dari lutut ke perut. Begitulah seterusnya dari perut ke dada dan dada ke kerongkongnya. Itu saat nazak seseorang”.
“Kalau orang yang nazak itu orang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang itu dapat melihat kedudukannya di syurga sehingga terlupa orang-orang di sekelilingnya. Jika orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap sebelah kiri untuk menunjukkan tempatnya di neraka sehinnga ia menjadi sangat takut serta lupa kepada keluarganya”, kata Rasulullah.
Kita sebagai umat Islam mesti mengakui kebenaran ini dan ia adalah sama seperti kita beriman kepada perkara ghaib. Tidaklah mustahil bagi Allah untuk menciptakan segala sesuatu kerana Dia maha pencipta. Cukuplah sekadar kita melihat langit yang tidak bertiang, bukankah ia perkara mustahil bagi manusia untuk membuatnya?
Rujukan: Himpunan kisah-kisah teladan
Dalam surah Ar-Rahman sebanyak 31 kali Allah bertanya kepada manusia dan makhluknya dengan pertanyaan, “Maka nikmat Tuhanmu yang mana satukah yang kamu dustakan?”