Sedar tak sedar dh 21 hari kita berada dalam bulan Ramadhan. Honestly, Ramadhan kali ini la aku rasa paling pendek, walaupun jumlah harinya sama ja dengan Ramadhan2 yang lepas. Mungkin kali ni aku sibuk dengan praktikum, every night busy with my lesson plan and teaching aids. Setiap hari hanya terpikir tentang lesson plan- apa nk ajar, apa aktiviti yang menarik untuk pelajar, nk siapkan BBM, cara nk handle pelajar, worksheet yang sesuai untuk remedial activity, ah macam2 lagi!
Kalau dibandingkan dengan tahun lepas, aku berada di rumah sepanjang Ramadhan. Setiap hari dapat berbuka dan bersahur dengan mak, ayah dan dikna. Tolong mak buat tempahan kuih raya, tolong siapkan air untuk bersahur dn berbuka, panaskan lauk untuk bersahur, tolong mak beli juadah berbuka di bazar, tolong mak beli barang2 di kedai. What a precious moments! Tapi dulu aku tak pandai hargai semua tu.
Berbeza dengan tahun ni, sekali pun masih belum pernah berbuka dan bersahur dengan mak dan ayah. Selalu ja aku teringat kata-kata ayah dlu ketika aku jadi penganggur terhormat di rumah. Setiap kali aku dapat tahu kawan2 dapat kerja, mmg terasa sedih. Ayah seolah-olah faham. Kata ayah " Sekarang ni la masa kak Nadi nk duduk rumah puas2. Nanti kalau dh kerja memang dh tak rasa macam ni".....Kini, kata-kata ayah dh terbukti. I miss my mak n ayah!