Assalamualiakum
Kasih ayah. Tiba2 terasa rindu kat ayah. Tambahan pulak baru lepas baca majalah Solusi, tentang ayah. Kadang2 kita terlupa tentang ayah, kan? Asyik teringat mak. Terasa bersalah pulak.
Bila dah teringat macam ni mula lah teringat segala pengorbanan ayah. Dulu, kalau demam, ayah bawa aku pergi klinik, ayah ambil cuti. Aku masih ingat masa aku dapat 5A dalam UPSR. Aku nampak keseronokan mak dan ayah. Sejak hari tu, ayah lebih kerap pesan pada aku, 'rajin belajar'. Tapi, aku ni biasa lah, kadang2 lagha, tengok TV je kerja aku. Drama & filem cina hong kong memang favourite.
Tingkatan 3, aku tak dapat straight A's. Aku nampak kekecewaan ayah. Aku rasa sedih, sebab nampak muka sedih ayah. Tak pe, aku cuba kuatkan semangat.
Tingkatan 4, ayah suruh ambik sains tulen. That's mean, aku kena belajar subjek biologi. Walaupun aku tak suka n tak perform pun dalam subjek tu, ayah tetap bagi semangat suruh belajar. Aku tahu, ayah nk aku jadi doktor.
Lepas keputusan SPM diumumkan, aku dapat masuk matrikulasi, sains tulen lagi. Aku kena jumpa biologi lagi. Aku nampak, ayah seronok sangat. On the way balik dari rumah ketua kampung untuk ambik cop, ayah sembang dengan aku atas motor. Lebih kurang macam ni, 'anak ayah dapat masuk matrik..anak _____ tak ada yang dapat'...Bukan niat ayah nk membanding, tapi ayah cuma nk gambarkan keseronokannya, aku tahu. Mungkin sebab ada yang memandang rendah pada anak2 ayah. Walaupun result biologi aku tak bagus sangat, aku dapat lagi subjek biologi. Masa pendaftaran ayah pesan lebih kurang macam ni, 'cuba belajar, mana tahu boleh ambil medic'...Aku diam, sebab aku rasa macam aku tak boleh. Aku tak berani berjanji dengan ayah....
Habis universiti, aku menganggur di rumah. Bila ada kawan2 yang dapat kerja, aku bagitahu mak. Sebenarnya aku tension, sebab masih menganggur. Mungkin mak bagitahu ayah hal ni, n tiba2 suatu petang ayah cakap lebih kurang macam ni dgn aku, 'nadiah jangan risau. rezeki tu ada. yang penting kita jangan putus asa, kena banyak doa'...Aku rasa macam nk menangis, tapi aku tahan je.
Lepas tu ayah suruh apply GSTT. Ayah pernah cakap, kalau tak dapat jadi doktor, jadi lah cikgu. Lepas apply kt PPD, aku dapat jadi guru ganti. Then dapat pulak KPLI. Alhamdulillah, mudah urusan aku. Mungkin berkat doa mak dan ayah nak anak jadi cikgu. Alhamdulillah, sampai hari ni aku rasa Allah sentiasa tolong aku dalam setiap kerja aku. Redha Allah terletak pada keredhaan mak dan ayah......