Saturday, July 30, 2011

New word...



Minggu pertama di Sk Pukak...makan-makan di Prasekolah...

Encik kerani : Makan punti ni Siti..
Aku             : ya...<smbil mengangguk...padahal tak tahu pun punti tu apa>
Encik kerani : tau tak punti tu apa?
Aku             : hehe..<senyum ja>...tak tahu..
Encik kerani : ni ha punti..
Aku             : ooo.....<pisang rupanya>...hehe

*punti=pisang, dalam bahasa dusun

Moral of the story: malu bertanya sesat jalan....hehe


Saturday, July 16, 2011

(pic) Sk Pukak....



  welcome to Sk Pukak



 Bilik Guru + pejabat


  Kelas


 Kelas


Kelas

Saturday, July 9, 2011

Macam-macam rasa ada...




"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah al-Rum, ayat 21) 

Hari ini (9 Julai 2011) my best friend a.k.a Nurul Azlyn Azmi bertunang. Tahniah Lyn,jodoh ang dah sampai.Semoga ang dapat jodoh yang beriman. I'm happy for U =)


Tapi aku rasa sedih jugak. Tak lama lagi Lyn dh nk jadi isteri orang. Dah tak boleh nk lepak2 dgn dia <lepak dgn Fasuhada je la lepas ni>. Dh tak boleh nk gila2 cam dulu2,huhu.

Aduh, terasa macam baru semalam kami bertiga pergi sekolah sesama, naik basikal balik sekolah sesama, buat ujian lisan BM n BI sesama, singgah kedai sesama....rindunya time tu...what a precious moment!...<mood:sedih + hepy>


*p/s: Cik Fasuhada n Cik Mila, jangan tinggal daku....huhu

Thursday, July 7, 2011

We become what we think???



Hari ini IPG menganjurkan Seminar Integriti. Menggabungkan 2 buah IPG di Sabah ni. Aku terpaksa jadi bidan terjun, bertugas sbg Ajk Hadiah. Menggantikan kawan @ housemate yang sakit perut. Ketika ceramah sedang berlangsung aku tertarik dengan kata-kata ni 'WE BECOME WHAT WE THINK. IF WE DON'T THINK, WE BECOME NOTHING'...betul kah kata-kata @ pepatah ni?
Sama-sama la kita fikirkan.



Saturday, July 2, 2011

Sk Pukak Kiulu....here i come



           Hari jumaat lepas aku ke pukak, tgk sekolah yg akan aku praktikum nanti….Sk Pukak Kiulu, Tamparuli. Aduhai, jalan nk sampai ke sekolah tu sgt mencabar aku rasa. Terdetik di hati ‘Masih ada sekolah kat tempat macam ni di Sabah ni’. Sekolahnya tak la jauh sangat dari Tuaran ni. Tapi jalan nk sampai ke sekolah tu yang rasa jauh. Kenapa?. Sebab on the way nk ke sekolah tu asyik jumpa amaran ‘Awas, kawasan tanah runtuh’, ‘Lencongan di hadapan’ dan kiri kanan hutan ja. Mula-masuk jalan tu, tiba-tiba rasa sebak, macam nk menangis. Tahan je la. Jalannya bebukit-bukit. Oleh kerana pergi naik kancil ja, mmg slow nk naik bukit. Turun bukit ja laju,hehe....
           Tapi tak de rezeki aku nk tengok sekolah tu dengan mata kepala sendiri. Lagi satu batu setengah nak sampai sekolah tu (tu yang orang kampung tu bagitahu kami) kereta pulak tak lepas nk naik bukit. Siap terundur balik kereta sewa kami tu. Tak pe tawakal je la macam mana sekolah tu. Perjalanan balik masih ada ujian. Tiba-tiba kerana tak bleh bergerak coz terlanggar batu besar. Cuak kami berlima yang semua perempuan ni, line telefon memang tak de. Last2 aku tahan sorang pakcik naik motor yang lalu situ. Nasib baik pakcik tu sanggup berhenti, Alhamdulillah. Lepas tu ada lagi orang yang lalu situ yang sanggup berhenti n tolong kami. Terima kasih pada insan2 yang sudi membantu….(^_^)