Friday, November 11, 2011

Jumaat....Sabah



Assalamualaikum.....
Alhamdulillah...Masih panjang umurku di pagi Jumaat ni.
Lebih kurang 2 minggu lagi aku akan berada di bumi Sabah ni. Tak lama lagi berakhir lah kursus aku kat sini. Sebelum ni tak sabar-sabar nk habis course, rasa betul-betul tak larat dengan assignment semua bagai. Tapi sekarang rasa berat hati pun ada nk tinggalkan bumi Sabah ni...hehe...
Sekarang masih dalam exam week. 2 paper dah habis, English Studies. Tinggal 1 paper ja lagi, Ilmu Pendidikan. Aduhai, banyak lagi belum cover. Lepas ni ada lagi hal-hal yang perlu di fikirkan. Manusia tak pernah habis dengan macam-macam hal. Jangan mengeluh..!!

* Let's go to IP. Ada taklimat modul KSSR untuk final year students.....

Monday, November 7, 2011

Oh Encik Exam....



Assalamualaikum..............
Lagi 2, 3 hari Encik Exam akan muncul...Jadi macam mana dengan persediaan diri sendiri??...Pendek kata memang tengah berusaha, Nak cuba dapat result yang bagus. Nak tebus apa-apa yang tak bagus ketika di U dulu, InsyaALLAH...
Tapi dalam saat-saat sibuk macam ni, sempat lagi aku 'berlari' ke IPG semalam. Ada buat korban sikit. Mula-mula memang tak nak join korban tu, just nak pergi solat raya ja. Tapi selepas sembahyang raya and jamuan, kami berempat terlebih rajin tolong membasuh pinggan mangkuk di surau. Lepas tu pulak ada korban lembu, tak kan nk balik rumah pulak kan, 'terkorban' la kami berempat menolong orang-orang surau memotong daging.
Tapi hakikatnya, aku tak rugi apa-apa pun. Sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman menyambut aidiladha di sini, dapat rasa suasana raya di IPG ni. Ramai juga students yang tak balik. Dapat juga aku belajar potong daging,hehehe....Almaklumla, mana aku pernah memotong daging di rumah, aku ni jenis culas sikit nk masuk dapur....:)....