Monday, August 6, 2012

Tahajjud...



Assalamualaikum
Minggu lepas aku ada beli sebuah buku. Almaklumla, sejak-sejak menjadi manusia bergaji ni, boleh la bershoping buku tiap bulan, hehe. Tajuknya '111 TIP UNTUK MUDAH BERTAHAJJUD' karya Muhammad Bin Soleh Abu Abdillah. Diterjemah oleh Ustaz Mohd. Suhail dan di semak oleh Dr. Muhammad Sabri Bin Sahrir. 
Seperti yang kita semua maklum, solat tahajjud ni adalah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau penghujung malam. Ustaz aku pernah bagitahu dulu, kalau nk buat solat tahajjud  mesti tidur dulu, walaupun sekejap. Kalau tak, tak jadi lah tahajjudnya. 
Selepas baca buku ni ( walaupun belum khatam), baru aku tahu, ada banyak galakan (ayat Al-Quran dan Hadith) yang mengajak kita (umat Islam) untuk mengerjakan solat tahajjud ni sebagai ibadat tambahan. Antaranya (aku senaraikan apa yang termampu) ;

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

1. " Wahai orang yang berselimut ( Muhammad )! Bangunlah (untuk melaksanakan solat) pada waktu malam hari, kecuali sedikit (darinya). (Iaitu) satu perduanya atau kurangkanlah dari satu perdua itu sedikit. Atau lebih dari satu perdua itu dan bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan."                                                                                                                           
(Al-Muzammil: 1-4)

2. " Pada sebahagian malam hari laksanakanlah solat tahajjud sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Rabbmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji."
(A-Isra': 79)

3. " Pada sebahagian dari malam, maka bersujudlah kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada bahagian yang panjang di malam hari. "
(Al-Insan: 26)

4. " Bertasbihlah kepada-Nya pada beberapa saat di malam hari dan di waktu terbenam bintang-bintang (di waktu fajar)."
(Ath-Thur: 49)

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :

1. " Rabb kita ( Allah ) Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi turun di setiap malam ke langit dunia pada satu pertiga malam terakhir. Dia berfirman, 'Barangsiapa berdoa kepada-Ku, pasti Aku kabulkan. Barangsiapa meminta kepada-Ku, pasti Aku penuhi. Barangsiapa memohon ampun kepada-Ku, pasti aku ampuni."
(HR. Bukhari dan Muslim)

2. " Solat paling utama setelah solat maktubah (wajib) adalah solat pada satu pertiga akhir malam, sedangkan  puasa paling utama setelah puasa Ramadhan adalah puasa pada bulan Muharram."
(HR. Muslim)

3. " Solat yang paling dicintai Allah adalah solatnya Nabi Daud a.s dan puasa yang paling dicintai Allah adalah puasanya Nabi Daud a.s. Dia tidur hingga pertengahan malam, lalu solat pada satu pertiganya kemudian tidur kembali pada satu perenam akhir malamnya. Dia juga berpuasa sehari dan berbuka sehari."
(HR. Al-Bukhari dan Muslim)

4. " Waktu paling dekat antara Rabb dengan seorang hamba adalah pada tengah malam terkahir. Oleh kerana itu, apabila kamu mampu menjadi sebahagian dari orang-orang yang berzikir kepada Allah (solat) pada waktu itu, maka lakukanlah."
(HR At-Tirmizi, An-nasa'i dan Al-Hakim)

5. " Dirikanlah solat malam kerana ia adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya solat malam dapat mendekatkan diri kepada Allah, menghalang dari dosa, menghapus kesalahan dan menolak penyakit dari badan."
(HR. At-Tirmizi, Al-Baihaqi dan Al-Hakim)

Jadi apa tunggu lagi, sempena bulan Ramadhan yang mulia ni mari lah kita sama-sama cuba untuk mengerjakan solat tahajjud!

3 comments:

NEDI ARWANDI said...

Tahajud adalah washilah komunikasi bagi para hamba yang bersungguh-sungguh pada Robb-nya , disaat manusia sedang lelap dalam nikmatnya tidur, sebahagian para hamba pilihan tuhan dengan rela mengorbankan kenikmatan itu utk menunaikan sujud dan bermunajat pada Sang Maha Kasih ......amalan luar biasa yang diamalkan oleh manusia istimewa...

~An-Nur~ said...

doakan daku sentiasa diberi kekuatan untuk menjadi salah seorang dari mereka yang bangun di tengah malam untuk bertahajjud...

NadiaH NaDya said...

Nedi Arwandi : ya, betul tu
~kamilah~ i'ALLAH...

Post a Comment