Assalamualaikum
Minggu pertama persekolahan untuk tahun ini dah berakhir. Minggu hadapan dah masuk minggu kedua. Hari pertama persekolah merupakan pengalaman pertama aku melihat kerenah pelajar-pelajar tahun 1. Tahun lepas, aku tak sempat tengok, sebab pertengahan Januari baru aku ditempatkan ke sekolah.
Macam-macam kerenah yang aku tengok, ada yang menangis walaupun dah pernah masuk tadika, ada yang mejanya dalam kelas tapi kerusi di luar kelas, ada yang asyik2 tanya aku 'cikgu, lambat lagi ke nak balik', macam-macam....
Kemudian, masuk hari kedua dan ketiga bilangan pelajar yang menangis dah berkurang. Mungkin dah jumpa kawan baru, rasa seronok berada dalam kelas. Belang masing-masing pun dah mula nampak, hehe.... Aku dah mula 'spot' pelajar-pelajar yang tersangat 'baik' dalam kelas. Bukan apa, untuk kemudahan masa hadapan aku.
Sekarang, Program Transisi masih berjalan. Jadi aku belum mula mengajar Tahun 1. Masuk kelas, have fun sikit-sikit, bagi 'hand-out' untuk mereka buat. Ada jugak yang baik, rajin, cepat je siap. Ada yang seronok sangat dapat kawan baru, berbual sampai tak ingat dunia...Alahai, macam-macam.
Tapi kat sini aku nak kongsikan tentang perbualan aku dengan pelajar-pelajar ni. Ada juga perbualan cikgu-cikgu lain dengan pelajar-pelajar ni yang boleh mengundang ketawa aku.
Cerita 1 :Ada seorang pelajar lelaki, mintak izin dengan aku untuk ke tandas. Tapi aku tak benarkan lagi sebab dah ada 2 orang pelajar yang pergi. Aku pun bagitahu dia 'Tunggu sekejap ye, dah ada 2 orang kawan kamu yang ke tandas'. Tau tak apa yang dia balas balik dekat aku 'cikgu, kat tandas tu kan ada banyak toilet'...OOppppsss,terdiam sebentar aku...hihi....Memang benar anak didik ku, memang banyak toilet....
Cerita 2 : Hari Jumaat, ada seorang pelajar lelaki tak pakai unifom sekolah. Dia pakai baju Melayu warna putih. Mungkin baju sekolah agama dia. Guru yang bertugas pun tahan dia dan tanya ' Abang, kenapa abang pakai baju ni?'....Dia jawab 'Semestinya la'....hehe, rasa nk ketawa guling-guling aku kat situ. Lain yang di tanya, lain yang di jawab dengan begitu yakin.
Itulah bentuk-bentuk jawapan yang diberikan oleh anak-anak yang hatinya masih suci dan bersih. Menjawab dan bertanya dengan berterus-terang tanpa ada apa-apa yang terselindung.....:)
1 comments:
hehe...budak2 suci ni..
betul jugak apa yang dikatanya..
Post a Comment