Assalamualaikum
Terasa nk meluahkan sesuatu. Tentang apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Semalam aku gembira dengan kejayaan pasukan Action Song yang mendapat tempat ke peringkat daerah. Namun hari ini, aku sedih dan menangis. Kenapa? Kerana sukarnya untuk memenuhi permintaan hati semua orang. Kadangkala mereka tak tahu dan tak faham apa yang sebenarnya berlaku. Jadi, terkeluarlah kata2 'pujian' yang begitu 'enak' berlagu di dinding telinga. Ya, mereka tak tahu apa yang benar2 berlaku. Tapi adilkah 'pujian' sebegitu terlontar dari bibir mereka. 'Pujian' yang berjaya mengguris hati ini. Apabila terjadi hal sebegini, air mata tidak dapat dibendung, mencurah2 umpama hujan yang lebat. Namun, bila fikiran ini waras kembali, aku mula terfikir. Adakah aku pernah memberi 'pujian' yang sama atau hampir sama kepada sesiapa sebelum ini? Mungkin ada, mungkin tiada. Adakah 'pujian' itu teguran atas kesilapan aku yang dulu atau ianya ujian untuk mendidik jiwa agar lebih tabah dan kental menempuh hidup ini?? Entah, aku tak tahu. Walau apa pun yg telah terjadi, hidup tetap perlu diteruskan. Kita tak tahu bila kita akan mati, kita juga tak tahu sampai bila kita akan mampu bernafas di muka bumi ini.........
0 comments:
Post a Comment