Saturday, August 27, 2016

Ke-2



Assalamualaikum

Post kedua pada tahun 2016. Kekerapan mengintai blog semakin menurun. Sibuk.
Urusan rumah tangga....Urusan mendidik anak bangsa.......

27 Ogos 2016 - Genap 9 bulan berstatus 'Puan'.

Anak2 didik yang mengenali diri ini dengan panggilan 'Miss' pada 3 tahun  lepas berpendapat 'macam pelik je "puan"'..hahahaha

Anak2 di sekolah biasa memanggil aku Miss. Tahun ini, gelaran itu aku gugurkan...hanya 'Teacher Nadiah'.....Mereka belum biasa...Aku sudah tidak terasa muda....hahahaha....Walaupun ada rakan yang xpercaya dengan umur 29 ini.... *__*

Menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan seorg guru di luar rumah bukan mudah. Permulaan dirasakan begitu penat diri ini. Terasa ingin menangis. Pergaduhan usah dicerita....Ada sahaja yang tidak kena....Bila isteri biasa dengan a+b=c...Suami pula biasa dengan a+b=d.....argghhhhh

Mujur diri ini jenis diam...Suami juga begitu...Diam dan fikir.....selepas beberapa jam, sepakat a+b=a+b.....hehehe

Kini, pergaduhan semakin berkurang. Urusan rumah tangga semakin tersusun. Masing2 tahu, di mana perlu letakkan baju kotor, bila perlu sediakan air minuman...hahahah

Pernah ditanya oleh si adik ipar....'Macam mana akak boleh ikut cakap abang?'...Aku senyum. Jawabku 'gaduh tu memang tak boleh elak masa awal2 kahwin, lama2 masing2 saling faham. Sentiasa ingt, itu suami. Selagi dia xsuruh buat benda yang melanggar agama, akak akn ikut dik'........Terus si adik ipar senyum....Mencari ilmu rumahtangga barangkali...hahahaha

Suamiku
Aku bukan Khadijah, Yang layak mendapat suami semulia Muhammad
Aku bukan Fatimah, Yang layak mendapat suami setabah Ali
Aku bukan Balqis, Yang layak mendapat suami sekaya dan berkuasa seperti Sulaiman
Aku bukan Zulaikha, Yang layak mendapat suami setampan dan teguh iman seperti Yusuf

Suamiku
Aku ingin menjadi seperti Khadijah, yang tidak lokek hartanya pada suami
Aku ingin menjadi Fatimah, yang setia dan sentiasa menyokong suami
Aku ingin menjadi seperti Balqis, yang cerdik akalnya membantu suami
Aku ingin menjadi seperti Zulaikha, yang setia mencintai suaminya

***MrsLot***





1 comments:

~An-Nur~ said...

hihihi

Post a Comment