Assalamualaikum
Sesi persekolah 2014 telah bermula. Minggu ni dah minggu ke dua. Sekali lagi, aku a.k.a si Bujang dinobatkan menjadi guru kelas tahun 1 Daisy. Kalau tahun lepas aku mula jadi guru kelas pada pertengahan tahun 2013, tapi tahun ni, aku mula pada awal tahun, pada hari pendaftaran tahun 1. Huru-hara sekejap hidup aku menguruskan segala dokumen tahun 1 yang banyak tu. Pengalaman tak ada, inilah jadinya.
Hari pertama persekolahan, beberapa orang murid kelas aku menangis. Aduh, apa aku nak buat ni. Nak marah? Nak tunjuk muka garang? Erk, tak boleh buat semua tu. Terpaksa la aku pujuk. Aksi pujuk-memujuk tak menjadi. Kemudian diikuti dengan aksi tarik-menarik sebab budak tu nak lari keluar kelas. Aku rasa kalau ada yang rakam aksi tu, mesti aku nampak sangat kelakar. Bila ingat balik pun aku mesti ketawa. Kemudian waktu balik, sekali lagi ada murid menangis sebab mama dia belum datang. Semua cikgu tanya 'Anak siapa ni????'..Maksudnya siapa guru kelasnya...Erk,sekali lagi, akulah guru kelasnya....Kena pujuk lagi ke?..Aduh, macam mana nak pujuk?..Aku call mama dia, tak berjawab. Aku pun bawa murid tu ke lobi sekolah, tunggu mama dia di situ. Tiba-tiba kak Roza datang. Dia nampak pelik dengan kaki budak tu. Rupanya, kasut budak tu dua-dua kiri. Mana kanannya???..Nampak sangat aku tak alert dengan budak tu. Punyala lama aku dengan budak tu, Kak Roza jugak yang perasan kasut budak tu tak betul. Ni la situasinya bila aku jadi guru kelas tahun 1.
Semalam, hari Isnin, hari ketiga persekolahan. 2-3 orang murid aku masih menangis. Ada yang tanya aku 'Kau ni garang sangat kot dalam kelas?'....Budak tu masih dengan ibu bapa masing-masing, tak nak berbaris untuk ke kelas. Cikgu yang lain suruh aku pergi ambil budak tu dan pujuk..Erk, rasa macam tak reti je nk pujuk...Cikgu-cikgu lain dah gelak-gelakkan aku....
Selepas waktu rehat, ada seorang murid lelaki nak ke tandas, buang air. Dia suruh aku buka kan tali pinggang. Aku pun cuba buka. Cuba kali pertama, tak berjaya. Kali kedua, tak berjaya jugak. Kali ketiga, masih tak berjaya. Tiba-tiba Kak Wan melintas di depan aku. Aku pun apa lagi, minta la kak Wan bukakan. Sekali je, dia dah berjaya buka.
Berdasarkan pengalaman, guru yang telah berkahwin lebih penyayang, tahu menguruskan budak, dan tahu pujuk budak...hihihi
**image from yahoo.com
0 comments:
Post a Comment