Saturday, October 13, 2012

Orang beriman dan orang kafir



Assalamualaikum
Semalam aku ada kelas (kelas kecik je). Dalam kelas tu antaranya membincangkan tentang amalan orang yang beriman dan orang kafir. Kenapa amalam orang kafir tidak di terima Allah. Kerana walau sebanyak mana pun amalan baik yang mereka lakukan, tujuan mereka bukan untuk mendapatkan keredaan ALLAH, bukan kerana mengikut perintah ALLAH. Aku tertarik dengan kisah yang aku baca (sorry, tak pasti tajuk dan penulisnya). Selepas baca kisah ni, aku lebih faham perkara ni, insyaALLAH..

Seorang lelaki masuk ke dalam sebuah kebun yang luas yang bukan miliknya. Kemudian dia mendapati di dalamnya terdapat buah-buahan dan pelbagai jenis makanan dan minuman. Lalu dia pun makan dan meminumnya. Selepas itu dia melakukan kerja di dalam kebun itu, ada pokok yang dicabutnya dan ada yang ditanam. Kemudian seorang lelaki lain masuk ke dalam kebun itu, dia berkata pada dirinya: " Aku tidak akan melakukan sesuatu di dalam kebun ini sehingga aku bertemu pemilik kebun atau wakilnya ".
Dia terus mencari orang tersebut. Apabila wakil pemilik kebun menemui kedua-dua lelaki tadi, dia menegur kerja-kerja yang dilakukan oleh lelaki pertama, tetapi lelaki itu tidak mengendahkan teguran tersebut. Dia terus melakukan kerja di kebun itu tanpa mendapat kebenaran pemiliknya. Lelaki kedua pula mendengar segala arahan wakil pemilik kebun itu dan melakukan kerja mengikut arahan yang diberikan. Sekarang, siapakah yang berhak menerima upah?
Adakah orang yang masuk ke dalam kebun tanpa kebenaran dan melanggar arahan pemilik yang dibawa oleh wakilnya layak menerima upah? Adakah dia layak menerima upah walaupun ada kerja baik yang dilakukannya di dalam kebun itu?
Tidak syak lagi setiap yang berakal akan menjawab, upah akan diberikan kepada orang yang mengikut segala arahan pemilik kebun. Orang yang menceroboh dan melakukan kerja mengikut kemahuan sendiri tanpa kebenaran pemilik walaupun ada orang yang melarangnya, tentu tidak layak menerima upah walaupun sebahagian daripada kerja yang dilakukannya adalah baik.
Begitulah alam ini dan segala isinya. Ia adalah milik Allah. Manakala para rasul-Nya adalah utusan dan wakil Allah Taala. Orang yang beriman adalah orang yang melakukan amalan berpandukan petunjuk Tuhannya. Manakala orang kafir adalah orang yang menggunakan segala milik Allah tanpa keizinan dan petunjuk-Nya serta pada masa yang sama menentang para rasul-Nya...

2 comments:

~An-Nur~ said...

yea..rasa dah banyak benda dibuat tanpa kebenaran "tuan kebun"....

kadg2 rasa lemah tanpa kwn2 yg ada semangat..


macam mana Ya?

NadiaH NaDya said...

cik kamilah..jom cari kawan2 yg ada semangat tu..:)

Post a Comment