Showing posts with label KPLI - tesl. Show all posts
Showing posts with label KPLI - tesl. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

KFC n McD




Assalamualaikum
Ahad lepas, aku sampai Klang pada waktu Zohor. Selesai angkat barang dari kereta ke dalam rumah, jiran sebelah ajak makan. Walaupun aku masih kenyang, tapi aku gagahkan diri jugak teman dia. Kesian pulak, nanti kelaparan dia. Aku cakap "Aku solat zohor dulu ye"....Lepas solat kami keluar. Kami terus ke Jusco Bukit Raja. Cari makan kat situ. Almaklumla la, kalau dh time macam tu susah nk cari nasi berlauk. So ke Jusco la kami, cari fast food yang memang 'fast'..hehe....

Amboi, ramai betul orang kat Jusco. McD penuh, KFC penuh, Nando's penuh, Kenny penuh...semua restoran Fast food penuh..."nk makan mana ni?"...aku bertanya......kami bergerak ke KFC...."Kita tunggu la, orang bangun kita duduk"..aku menambah...."Meh kita tgk kalau2 ada orang yang boleh kita 'halau',hehehe"...kawan aku membalas...Baru tunggu 5 minit, kawan aku ajak ke McD. 
Sebenarnya aku ni teringin nak makan KFC. Bukan teringin tahap mengidam, cuma aku dah bosan makan McD dan teringat kat kawan2 di Sabah dulu. Bila dapat je elaun atau baru lepas siap assigment yang berlonggok-longgok tu, kami mesti 'ziarah' KFC. Kononya nk rewards ourself la selepas penat menyiapkan assigment..hehehe..Tapi hakikatnya KFC je la yang ada kat pekan Tuaran yang kecil tu. McD, Pizza hut memang tak ada. Jadi KFC la yang menjadi pilihan. Kalau nak celebrate birthday pun kami ke KFC. Rindu saat-saat tu. Betul la orang cakap, waktu belajar memang best!

celebrate birthday Josie (tiga dari kanan)
<oopppssss...gambar blurrr sikit>

Sunday, January 8, 2012

posting oh posting



Assalamualaikum
Aku dah penat dengar khabar angin pasal penempatan sekolah @ posting. Sebelum ni macam-macam tarikh (dari khabar angin) yang dijangka akan keluar result posting ni. Sampai hari ni aku dah malas nk ambil tahu. Bukan aku nk berputus asa, tapi dah malas nk berharap, just be patience n wait. Tapi hari ni aku online FB tiba-tiba dorang (kawan-kawan) kata kemungkinan besar petang esok (9 jan 2012) kami semua akan tahu kemana kami akan di hantar. OK, aku tunggu. 
Sometimes i feel, alangkah bagusnya kalau aku dapat posting dekat-dekat rumah je, boleh duduk rumah je dengan mak ayah. Bila aku bagitahu dengan kawan-kawan aku, dorang kata aku anak manja. uuuww,who cares??...Kau tak kisah pun dorang cakap macam tu. Aku ada alasan aku sendiri. Tak perlu aku bagitahu the whole world about my excuses. 
Tapi kadang-kadang aku teringin pulak nk posting tempat lain, except sabah n sarawak (sori org sabah n sarawak ye). Bukan aku tak bersedia nak merentasi Laut China Selatan tu, tapi cukuplah 11 bulan aku di sana. Betapa payahnya aku rasa bila nak balik, kalau ada kecemasan memang aku tak boleh balik dengan segera. Itu ja alasan aku tak nak ke sana..**PEACE**...Aku teringin nak posting tempat lain sebab aku teringin nak hidup berdikari..hehe...Satu tu ja alasan aku nak posting tempat lain. Tapi alasan aku untuk posting dekat-dekat rumah lebih banyak....
Hakikatnya aku bersedia je untuk di'campak' ke mana pun. Kalau dah rezeki aku kena merentas laut lagi, aku terima dengan redha. Kalau rezeki aku di semenanjung, aku terima dengan senang hati. Mana-mana pun boleh. Ke mana pun aku di hantar, aku bersedia untuk berkhidmat dengan hati yang terbuka....


Monday, December 5, 2011

'Tuaransick'



Assalamualaikum...
Alhamdulillah....Dah 10 hari aku berada di rumahku@kampung, bermakna dah 10 hari juga aku balik dari Sabah. Walaupun dah lebih seminggu, ingatan pada kawan-kawan ketika di Sabah masih berlegar-legar di minda. Masih teringatkan suasana di IPG, gelagat kawan-kawan sekelas yang ada macam-macam ragam, pekan Tuaran dan rumah sewa...:)
Aku sangat bersyukur aku di'campak' ke Sabah, walaupun time mula-mula sampai dulu aku memang rasa tak tahan tinggal kt sana...(rasa kelakar bila ingat balik,hehe).. Benarlah kata pepatah, Tak kenal maka tak cinta..
Di sana aku berkawan dengan insan yang datang dari pelbagai background, aku mula mengenal 'hidup', aku mula mengenal pelbagai kerenah manusia yang tak pernah aku jumpa time di U dulu, aku mula belajar cara nak hidup bermasyarakat, aku mula menghargai apa yang aku ada, aku mula menghargai segala didikan mak ayah, aku mula menghargai diri sebagai seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, dan aku mula menghargai diri sendiri......Walaupun hanya lebih kurang 10 bulan, tapi apa yang aku dapat tak ternilai harganya....Aku sangat menghargai persahabatan yang telah terjalin...semoga ia kekal berpanjangan....

9 Muharram 1433H

Friday, November 11, 2011

Jumaat....Sabah



Assalamualaikum.....
Alhamdulillah...Masih panjang umurku di pagi Jumaat ni.
Lebih kurang 2 minggu lagi aku akan berada di bumi Sabah ni. Tak lama lagi berakhir lah kursus aku kat sini. Sebelum ni tak sabar-sabar nk habis course, rasa betul-betul tak larat dengan assignment semua bagai. Tapi sekarang rasa berat hati pun ada nk tinggalkan bumi Sabah ni...hehe...
Sekarang masih dalam exam week. 2 paper dah habis, English Studies. Tinggal 1 paper ja lagi, Ilmu Pendidikan. Aduhai, banyak lagi belum cover. Lepas ni ada lagi hal-hal yang perlu di fikirkan. Manusia tak pernah habis dengan macam-macam hal. Jangan mengeluh..!!

* Let's go to IP. Ada taklimat modul KSSR untuk final year students.....

Monday, November 7, 2011

Oh Encik Exam....



Assalamualaikum..............
Lagi 2, 3 hari Encik Exam akan muncul...Jadi macam mana dengan persediaan diri sendiri??...Pendek kata memang tengah berusaha, Nak cuba dapat result yang bagus. Nak tebus apa-apa yang tak bagus ketika di U dulu, InsyaALLAH...
Tapi dalam saat-saat sibuk macam ni, sempat lagi aku 'berlari' ke IPG semalam. Ada buat korban sikit. Mula-mula memang tak nak join korban tu, just nak pergi solat raya ja. Tapi selepas sembahyang raya and jamuan, kami berempat terlebih rajin tolong membasuh pinggan mangkuk di surau. Lepas tu pulak ada korban lembu, tak kan nk balik rumah pulak kan, 'terkorban' la kami berempat menolong orang-orang surau memotong daging.
Tapi hakikatnya, aku tak rugi apa-apa pun. Sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman menyambut aidiladha di sini, dapat rasa suasana raya di IPG ni. Ramai juga students yang tak balik. Dapat juga aku belajar potong daging,hehehe....Almaklumla, mana aku pernah memotong daging di rumah, aku ni jenis culas sikit nk masuk dapur....:)....

Friday, October 28, 2011

Jumaat...Sarawak



Assalamualaikum....
          Apa kena mengena Jumaat dengan Sarawak ni???Boleh bersatu macam ikan dan asam?? ?....Fikir-fikirkan.
      Today is Friday kan. Alhamdulillah, masih panjang umurku. Masih dapat menyesali perbuatan buruk semalam dan berazam serta berusaha untuk menjadi lebih baik pada hari ni, InsyaAllah.....

   "Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam"

               Semoga kita menjadi orang yang lebih baik dari semalam.
          
          Jadi, apa kena mengena dengan Sarawak pulak??? Pagi-pagi tadi aku dengar bising-bising di luar bilik. Rupanya ada sorang housemate yang nak ke Sarawak. Jadi yang lain sibuk kirim barang..hehehe...Aku pun apa lagi, tumpang mengirim jugak la...


          Back to my main question. Apa kena mengena Jumaat dengan Sarawak???? Jawapannya.....pagi-pagi Jumaat duit aku dah melayang ke Sarawak....~ PEACE ~

Wednesday, October 26, 2011

Trip to Kudat...!!!



25 Oktober 2011 with my housemates....




Kg Sumangkap....Gong making village
~perkampungan Rungus~








Rungus Long house







The Tip of Borneo - Tanjung simpang Mengayau
~ SubhanALLAH, so amazing, so beautiful ~









inside the sea...




the wave..

Pantai Bak-bak