Showing posts with label tingtong. Show all posts
Showing posts with label tingtong. Show all posts

Monday, October 28, 2013

Kerja oh kerja



Assalamualaikum

Kerja dan manusia....Dua perkara yang tak boleh dipisahkan...Selagi mata ni tak tertutup rapat, selagi tu la kita kena bekerja kan...Ada sesetengah orang, tengah tidur pun dia bekerja. Mengigau..hehe

Sesi persekolahan dah nak sampai ke penghujungnya. Terasa bebanan kerja, kerja-kerja yang perlu di bereskan sebelum bercuti panjang. Panjang ke?? Bolehla daripada tak ade.
Disebabkan ada kerja-kerja yang perlu dibereskan, automaticly, otak aku dah rasa berserabut. Kepala rasa semak. Kerja apa yang buat otak aku rasa berserabut tu? Meh nk senaraikan..

1. Laporan perkhemahan unit beruniform
2. Kertas exam yang belum marking. #Ada 2 kelas lagi. Alahai, nk muntah rasa.
3. Buku program untuk Hari Graduasi. #Tak ada idea nk design
4. Keputusan Literasi Bahasa Inggeris belum start 'key-in'
5. Band dan evidence untuk pelajar belum update
6. Fail penyelaras English tahun 1 belum 'complete'
7. Training pelajar untuk action song
8. Laporan kursus #Dh hujung2 tahun ni la baru nk mintak

Eh, lapan je....Hmm, rasa macam tak berapa banyak...Tapi otak n kepalaku rasa berserabut.


                                                         

Sunday, April 22, 2012

Happy Birthday to MY PRECIOUS MOMENTS



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Teman cuma nak kaborkan, hari ni genap setahun umur MY PRECIOUS MOMENTS..hehe.
Pejam celik, pejam celik dah setahun teman merapu meraban kat blog ni. Sejak di Sabah, balik Perak, dan sekarang teman dh kat Selangor.
Hidup...hidup....

Tuesday, April 10, 2012

Bakal-bakal future husbands...



Assalamualaikum
Cikgu Mack  : Siti, siapa bakal-bakal future husbands kau?
Aku               : hehehe....Amboi, 'bakal-bakal'...bunyi macam byk ja. Mana ada,cikgu.
Cikgu Mack  : You pergi Sabah. Tak kan tak ada?
Aku               : Lelaki Sabah semua manis mulut ja, cikgu..hehehe
Cikgu Mack :Hahaha...Buta la semua lelaki tu. Punya cute macam ni. Tak kan tak ada peminat?
(Question mark: Cute ke aku?..hahahah <perasan jap>*wink2*)
Aku                : Tak ada la, cikgu.
Cikgu Mack  : Serius ?
Aku                : Betul.....
Lepas tu Cikgu Mack cerita kisah isteri dia yg cantik tu. Yang mula-mula dia sangka sudah ada 'teman', tapi rupanya 'single'. Tersangkut la dengan cikgu Mack. Rezeki Cikgu Mack dapat isteri cantik..hehehe

Kesimpulan dari Cikgu Mack (seorang lelaki): Perempuan yang cantik (macam isteri dia), kadang2 lelaki takut nak dekat.....

Kesimpulan dari aku (seorang perempuan) : Lelaki hensem pun kadang2 perempuan takut nk dekat...:)...Yang penting bukan paras rupa, tapi agama dan akhlaknya...






Sunday, February 19, 2012

Cik mila..so sweeeetttttt......



Tuesday, October 18, 2011

Tabah lah wahai hati...



           Erk....kenapa tiba-tiba aku rasa jiwang, emo dan apa-apa yang seangkatan dengannya ni???? Saja nk luah perasaan. Aku penat, letih, geram dan nak cepat-cepat balik semenanjung. Kadang-kadang aku rasa penat, tak daya nk tempuh semua ni. Yang paling memenatkan adalah kerenah manusia. Manusia yang macam-macam perangai. Ada yang hanya tau fikir masalah sendiri ja tapi tak tahu dia membawa masalah kat orang lain, ada yang buat hal-hal yang tak sepatutnya dan keep saying 'Pandai makan pandai la simpan', kalau di tegur di katanya kita ustazah, ada yang memuji-muji 'sesuatu' padahal 'sesuatu' tu tak kena dalam agama <rasa nk pecah dada ni menahan marah>, ada yang konon nya tak nak ambil kisah sampai hal-hal yang tak sepatutnya berlaku pun boleh buat dek je.....Aku penat hidup dalam kelompok yang macam ni........Aku cuma nk kehidupan yang menenangkan jiwa....Aku tak lupa bahawa ALLAH jadikan manusia ni bermacam-macam jenis dan perangai. Entah aku ni jenis and perangai apa pun aku tak tahu, ada habit yang orang tak suka. Aku tak dapat nilai diri aku sendiri.........PEACE!!!!

Sunday, October 16, 2011

Kenapa????Why???



        Kenapa mereka tak boleh terima kesalahan yang orang lain buat? Lupakah mereka bahawa manusia memang tak dapat lari dari melakukan kesilapan? Janganlah hanya kerana kesalahan yang kecil, kedamaian bertukar menjadi peperangan, putih menjadi hitam, kawan menjadi musuh, hati yang besar menjadi kecil. 
         Janganlah cepat merasa cemburu dengan rezeki orang lain. Kerana setiap orang telah ditetapkan rezeki masing-masing oleh Yang Maha Esa. Kita hanya perlu berusaha untuk mencapai apa yang kita nak. Tapi kalau masih juga gagal, harus ingat bahawa gagal sekali bukan gagal selamanya. Bertawakallah setelah berusaha. Bergembiralah dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepada orang di sekeliling kita. Kita takkan rugi apa-apa jika kita meraikan kejayaan/rezeki orang lain. Tak salah jika kita cemburu, tapi jadikan cemburu itu satu semangat untuk kita terus berusaha. 

< Hanya ingatan buat diri sendiri>

Tuesday, October 4, 2011

Chikaro....



Tarikh              : 30 September 2011
Hari                 : Jumaat
Kelas              : Tahun 2
Mata pelajaran: Pendidikan Seni Visual

Clayver : Cikgu, cikgu tahu ka apa itu 'chikaro'?
Aku      : [Tergamam sekejap].....Tahu.....mana kamu dengar perkataan tu?
Clayver : Adnan Sempit la cikgu
Aku      : [Pengaruh filem]
image from google




Thursday, September 15, 2011

'Tuhan....Berikan aku Cinta...'




*video From youtube.com

Sunday, April 24, 2011

Tennis jokes..:-))



Q. What do you serve but never eat?
A. A Tennis ball.

Q. Why you should never fall in love with a tennis player?
A. To them ‘Love’ means nothing.

Q. Why are fish never good tennis players?
A. They don’t like getting close to the net.

Q. Why is tennis a noisy game?
A. Because each player raises a racket.

source : http://prasso.wordpress.com