Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, May 12, 2016

Lamanya.....



Assalamualaikum

Mak aiiiii....dh setahun rupanya aku tak hiraukan rumah yang satu ni. Mujur tak ada benda yang menumpang...hihi
Setahun tinggalkan rumah ni. Status diri pun dah berubah....Dulu ayah yang bertanggungjawab, kini tanggungjawab tu dah pindah pada encik suami. Tak cukup duit mintak kt encik suami, nak g memana bagitau encik suami. 
Tapi Mak Ayah tetap dihati. Tanggungjawab pada mak ayah tetap sama, bulanan tetap dihulur, bertanya khabar hampir setiap hari. Tiada apa yang berubah. Komitmen menjenguk tiap bulan je yang berubah sikit. Kena ikut cuti encik Suami. Dulu, tiap bulan mesti balik. Mujur Mak Ayah faham. Lagipun Mak Ayah memang risau aku drive balik sorang-sorang. Dulu terpaksa sorang, sekarang dah berdua, Mak ayah suruh tunggu cuti suami.
Dulu lain, sekarang lain. Pengurusan masa tu penting. Dulu balik kerja, penat, terus naik katil. Kalau malas memang tak makan. Sekarng kena fikir makan semua tu. Bukan perut sendiri je, tapi perut encik suami. walaupun dia kata, kalau penat tak payah masak. Tapi tak sanggup plak nk biar dia berlapar, kan. So paling-paling ada la roti kat rumah ni.
Hahaha...apa la yang aku membebel pasal rumah tangga ni. Tak payah nk jadi kaunselor rumah tangga sangat...hehehe

Thursday, February 27, 2014

Kasih Ayah



Assalamualiakum
Kasih ayah. Tiba2 terasa rindu kat ayah. Tambahan pulak baru lepas baca majalah Solusi, tentang ayah. Kadang2 kita terlupa tentang ayah, kan? Asyik teringat mak. Terasa bersalah pulak. 
Bila dah teringat macam ni  mula lah teringat segala pengorbanan ayah. Dulu, kalau demam, ayah bawa aku pergi klinik, ayah ambil cuti. Aku masih ingat masa aku dapat 5A dalam UPSR. Aku nampak keseronokan mak dan ayah. Sejak hari tu, ayah lebih kerap pesan pada aku, 'rajin belajar'. Tapi, aku ni biasa lah, kadang2 lagha, tengok TV je kerja aku. Drama & filem cina hong kong memang favourite. 
Tingkatan 3, aku tak dapat straight A's. Aku nampak kekecewaan ayah. Aku rasa sedih, sebab nampak muka sedih ayah. Tak pe, aku cuba kuatkan semangat. 
Tingkatan 4, ayah suruh ambik sains tulen. That's mean, aku kena belajar subjek biologi. Walaupun aku tak suka n tak perform pun dalam subjek tu, ayah tetap bagi semangat suruh belajar. Aku tahu, ayah nk aku jadi doktor. 
Lepas keputusan SPM diumumkan, aku dapat masuk matrikulasi, sains tulen lagi. Aku kena jumpa biologi lagi. Aku nampak, ayah seronok sangat. On the way balik dari rumah ketua kampung untuk ambik cop, ayah sembang dengan aku atas motor. Lebih kurang macam ni, 'anak ayah dapat masuk matrik..anak _____ tak ada yang dapat'...Bukan niat ayah nk membanding, tapi ayah cuma nk gambarkan keseronokannya, aku tahu. Mungkin sebab ada yang memandang rendah pada anak2 ayah. Walaupun result biologi aku tak bagus sangat, aku dapat lagi subjek biologi. Masa pendaftaran ayah pesan lebih kurang macam ni, 'cuba belajar, mana tahu boleh ambil medic'...Aku diam, sebab aku rasa macam aku tak boleh. Aku tak berani berjanji dengan ayah....
Habis universiti, aku menganggur di rumah. Bila ada kawan2 yang dapat kerja, aku bagitahu mak. Sebenarnya aku tension, sebab masih menganggur. Mungkin mak bagitahu ayah hal ni, n tiba2 suatu petang ayah cakap lebih kurang macam ni dgn aku, 'nadiah jangan risau. rezeki tu ada. yang penting kita jangan putus asa, kena banyak doa'...Aku rasa macam nk menangis, tapi aku tahan je. 
Lepas tu ayah suruh apply GSTT. Ayah pernah cakap, kalau tak dapat jadi doktor, jadi lah cikgu. Lepas apply kt PPD, aku dapat jadi guru ganti. Then dapat pulak KPLI. Alhamdulillah, mudah urusan aku. Mungkin berkat doa mak dan ayah nak anak jadi cikgu. Alhamdulillah, sampai hari ni aku rasa Allah sentiasa tolong aku dalam setiap kerja aku. Redha Allah terletak pada keredhaan mak dan ayah......


Sunday, April 28, 2013

Wahai ibu ayah...sayangilah anakmu.....



Assalamualaikum

Kita selalu membaca, mendengar kisah tentang ibu bapa yang diabaikan oleh anak-anak. Apa sebabnya ya?...Hmmmm, salah siapa? Adakah salah anak-anak? Salah ibu yang mengandung? Salah bapa yang mendidik? Salah guru di sekolah? Salah persekitaran?

Tapi sedarkah wahai ibu bapa sekalian, adakalanya anak-anak mengabaikanmu kerana sikapmu sendiri. Anak-anak melihat, merasai apa yang ibu dan ayahnya lakukan. Namun begitu, tak dinafikan adakalanya ia terjadi bukan kerana salah didikan. Ada ibu bapa yang sudah memberi didikan yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Tapi hasilnya.......sangat mengecewakan. Teringat perbualan dengan seorang murid aku, murid tahun 3, perempuan. Cukup lah aku kenalkan sebagai M.

Aku : Sekarang M tinggal dengan siapa?
M    : Dengan mak tiri dengan ayah....
Aku : Ada kakak? ada abang?
M    : tak ade...
Aku : Ada adik?
M    : Ada....makcik baru bersalin....ada 2 orang adik perempuan

Aku dapat simpulkan dia satu-satunya anak hasil perkongsian hidup ayah dan ibunya. Dan lagi 2 orang adik perempuan tu anak hasil perkongsian hidup ayah dan ibu tirinya.

Aku : Kenapa M tak tinggal dengan mak?
M    : Mak tak nak.
Aku : Mak nk kena kerja kot.    (cuba memberi pujukan positif)
M    : Hari isnin sampai jumaat tinggal dengan ayah. Hari cuti mak tak ambil
        pun walaupun ayah kasi (bagi).

Aku : Mak kena kerja overtime kot.
M    : Tak. Mak cuti.
Aku : Mak nak rehat kot. Penat mak kerja.
M    : (angkat bahu)
Aku : Hari tu masa M masuk menari Action Song kan mak datang tengok M  
        menari....(cuba memujuk)

M    : Mak terpaksa....Ayah kerja, tak dapat hantar
Aku : (senyum)

Sungguh, aku kasihan dengan dia. Memang nampak jelas di wajahnya, dia inginkan ibunya di sisi. Aku terfikir, betapa bertuahnya aku....dapat membesar di bawah satu bumbung dengan mak dan ayah......

Sunday, March 31, 2013

My Mak n Ayah



Assalamualaikum

Alhamdulillah...Baru sembuh daripada demam yang panjang. Demam yang paling lama yang pernah aku alami (kalau tak salah la). Bila dah sihat ni, teringat kerisauan mak ayah di kampung pada anak yang sorang ni (aku la tu). Bila teringat, baru terasa betapa beruntungnya ada mak dan ayah. Bila teringat, terasa bersyukurnya bila Allah kurniakan mak dan ayah kepada aku. Mungkin ini perasaan normal yang ada pada anak2. Tapi aku sebagai anak, tetap nk zahirkan penghargaan untuk mak dan ayah aku. 
Boleh dikatakan setiap hari mak telefon aku, bertanya khabar. Kalau 2-3 hari aku tak telefon mak, mak macam dah maklum, anak yang sorang ni dah tak ada kredit. Bila tak ada kredit, aku senyap-senyap je kat Klang ni, menguruskan diri sendiri. Tiba-tiba dapat 'share top-up' dari mak (RM5) dan ayah (RM5). Aku terharu.
Bila balik kampung, mak tengok badan aku yang makin susut (40kg je sekarang), mak mula 'membebel', hehe.... Aku tahu, mak risau. Mak kata "pindah balik sini la, Nadi. Kat sini mak ada boleh masak makan". 
Teringat waktu kakak aku sakit. Kami sekeluarga susah hati. Ada je yang  tak kena. Bila ayah tengok keadaan kakak, ayah kata lebih kurang macam ni "Kalau boleh sakit tu pindah ke ayah"....Masa kecik2 dulu, ayah selalu pesan, 'Ingat, kalau ayah tak ada nanti, anak2 ayah kena bergantung pada Allah ja'.... Ayah rasa tak ada seorang manusia pun yang boleh jaga anak2 ayah macam ayah jaga kami......
Aku bersyukur pada Allah, Allah menganugerahkan mak dan ayah pada kami adik-beradik.....


*image from Google..


Monday, March 4, 2013

Jam loceng...



Assalamualaikum

Dulu, zaman berada di universiti, aku selalu jadi 'jam loceng'. Apa maksudnya tu?...Aku selalu kejutkan 'roommates' bangun pagi. Tiba-tiba rindu saat-saat tu...:-).... Semasa di Sabah, aku masih buat kerja yang sama. Kenapa ya? Mungkin sebab aku jenis senang terjaga dari tidur. Bunyi je alarm kat handphone, terus terjaga. Kalau tiba-tiba aku tak terjaga, memang itu menjadi satu kepelikan,hehe....Seronoknya jadi 'jam loceng' ni. Tak percaya? Cuba la sendiri. Kepuasannya tiada tandingan apabila tugas berjaya dilaksanakan!!!..hehe.. Di kampung pun aku masih buat kerja yang sama. Mengejutkan adik bongsu bangun pagi. Agaknya kalau jadi 'jam loceng' ni dapat gaji, aku antara orang yang dapat gaji lebih kot..hehe.. Tapi sejak-sejak kerja ni, belajar hidup sendiri, di rumah sewa, aku dah tak buat kerja tu..Dah tak ada insan-insan yang perlukan khidmat aku di sini (cewah, ayat sedih,hihi)....


* image from Pakcik Google

Tuesday, June 19, 2012

Dulu dan sekarang



Assalamualaikum

Dulu, sewaktu zaman belajar di USM, IPG Kampus Kent, setiap kali mak call, antara soalan-soalan yang sering mak tanya adalah

1. Dah makan?...Makan apa hari ni?
2. Tak ada kelas ke?
3. Cukup duit tak?
4. Tak keluar ke hari ni?
5. Bila nak balik?

Antara soalan-soalan dan pesanan yang sering ayah tanya dan bagi pulak adalah

1. Sihat?
2. Cukup duit tak?
3. Jangan lupa sembahyang, banyak zikir, banyak doa
4. Jangan keluar sorang (tapi anak ayah sorang ni selalu je ingkar pesanan yang satu ni, hehe)

Sekarang, bila dah kerja, mak selalu tanya

1. Tengah buat apa?

2. Pergi mana tadi? (kalau mak call, tapi aku tak sempat angkat)
3. Keluar dengan siapa? Balik pukul berapa?

4. Masak apa hari ni? (Anak mak sorang ni baru nak belajar masuk dapur, hehe)
5. Beli apa?
6. Tak keluar ke hari ni?
7. Dah bayar duit kereta? Bil broadband? sewa rumah?

Ayah pulak

1. Nadiah sihat?
2. Jangan lupa banyak zikir, baca ayat kursiy....

That's my mak and ayah.....:)

'KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA, KASIH AYAH SEPANJANG MASA'




Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru



Assalamualaikum
Hari ni 16 Mei...Happy Teacher's Day kepada semua guru. 
Teringat pulak. Masa aku sekolah rendah dulu, memang excited nak bagi hadiah kat cikgu bila tiba Hari Guru. Dan insan yang selalu tolong aku pilih dan beli hadiah mestila mak aku. Tapi aku tak pernah pun bagi hadiah sempena Hari Guru kat MAK dan AYAH aku. Sedangkan mak dan ayah aku lah guru pertama aku sejak aku dapat melihat dunia ni..Mak yang ajar aku mengenal alif ba ta... Ayah yang ajar aku cara-cara nk sembahyang....Hmmmm......So mulai hari ni, tarikh ni, aku nak pesan. Kalau tiba je hari guru, dahulukan hadiah untuk mak dan ayah kita. Sebab mak dan ayah la guru pertama dalam hidup kita.....Selepas tu, boleh la fikirkan hadiah untuk cikgu-cikgu kita di sekolah. Bukan bermakna cikgu-cikgu di sekolah tu tak penting (marah cikgu2 kat aku nanti, huhu), tapi dahulukan lah mak dan ayah kita. Dalam apa-apa tindakan kita, jangan lupa minta pendapat mak ayah kita dulu. Sebab mereka tahu apa yang terbaik buat kita....

"Redha ALLAH terletak pada redha kedua ibu bapa, kemarahan ALLAH juga terletak pada kemarahan ibu bapa"

ps: Happy Teacher's Day to my mak n ayah, myself (ececeh, hehe) n cik mila.....






Sunday, May 6, 2012

Kehendak manusia



Assalamualaikum

Hari ni aku rasa sangat bosan. Melepak je kat rumah. Nak tengok tv, tV9 je yang betul-betul 'clear' kat rumah ni. Kalau petang tu, tak ada dah cerita lain, kartun3.... kalau aku ni budak-budak, tv9 tu memang dah jadi favourite channel aku dah. 
Aku call mak. Saja je aku call mak. Mak tanya, banyak ke beli buku semalam (i went to pesta buku yesterday)?... Aku jawab, ada la jugak. Kejap je pergi. Kalau lama2 kat sana memang lagi banyak la duit habis......Hehehe,ketawa mak aku...... Aku tanya mak lagi, mak, nak beli phone baru boleh?....ikut hang la, duit hang..... hehe, saja ja aku mintak kebenaran mak.....Tapi hakikatnya, aku nak bagitau mak yang aku teringin nk phone baru indirectly...hihi....
Kenapa nak beli phone baru? Biasa la, aku kan manusia biasa + perempuan. Bila ada duit sikit mula la teringin macam-macam. Eh, kenapa aku salahkan 'manusia biasa + perempuan' pulak?? Sebab manusia ni memang sinonim dengan nafsu dan kehendak. Tak pernah rasa cukup dengan apa yang ada..Kalau ada satu, nak dua. Bila dah ada dua, nak tiga... Betul tak?
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud ;
"Sekiranya manusia memiliki dua buah lembah harta sekalipun, nescaya mereka akan mencari lembah yang ketiga. Dan tidak dapat dipenuhi perut manusia melainkan tanah dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat". (Riwayat Ahmad).
Tapi tu bukan bermaksud kita harus ikut je kehendak dan nafsu kita. Oh, mentang-mentang manusia memang dijadikan begitu sifatnya, jadi kita ikut je hati kita ye.... Jangan macam tu.... Lupa ke Allah juga berikan akal kepada kita supaya kita dapat berfikir. Bukan setakat akal, Allah juga berikan agama pada kita sebagai panduan supaya kita tidak sesat di dunia ni. 
Jadi, jangan salah kan sifat yang ada dalam diri kita jika diri sendiri tidak pandai menilai kebaikan dan keburukan.

Thursday, March 8, 2012

Nasihat buat diriku....



Assalamualaikum
Baru lepas masak maggi, untuk bawak bekal ke sekolah. Tiba-tiba tengok Hp ada miscalls. Oh, ayah telefon rupanya. Aku call ayah balik. Ayah kerja di Taiping hari ni. Ayah tanya sihat ke tak? Duit cukup ke tak?...Oh no, aku dah rasa nak menangis. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab aku agak stress minggu ni. Banyak betul hal berlegar-legar dalam kepala ni. Sampai kn tengah mengaji pun  fikiran masih di awang-awangan. I have to relax......
Tu just intro ayah je, aku tau tu. Sebenarnya mesti ada hal lain yang ayah nak cakap dengan aku. Ayah tanya lagi, kerja macam mana. Aku jawab 'macam tu la' dengan nada yang sedih. Mesti mak ada bagitau ayah apa yang dah jadi dengan aku,huhu....
Pesan ayah....
- banyak sabar
- kerja tempat baru memang macam tu. tambahan lagi aku orang baru
- bila dah kerja kena ada azam : cuba untuk berkuasa, supaya kita berada di atas
 Syukran ayah.........

Thursday, January 5, 2012

Alam baru



Assalamualaikum
Sesi persekolahan 2012 dah bermula. Adik bongsu aku dah melangkah ke alam baru, alam sekolah menengah. Abg chik @ Kudin pun dah masuk prasekolah walaupun baru 5 tahun. Comel betul dia dengan pakaian prasekolah dia tu!!..hehe
Diam tak diam dh besar adik bongsu aku tu, dah 13 tahun. Aku tetap rasa dia kecik. Macam-macam pesanan aku bg kat dia sebelum pergi sekolah (ala-ala kakak mithali la pulak,hehe). Aku pesan:
'belajar elok-elok'
'jangan kawan dengan org tak tentu hala'
ah, macam-macam lagi. Entah-antah dia pun boring..haha.
Aku risau sebenarnya. Alam sekolah menengah dulu tak macam sekarang. Cabarannya lain. Perbezaan umur aku dengan adik bongsu aku pun agak jauh, lebih 10 tahun. Aku sangat risau dengan dia, risau kalau dia jauh dari pengawasan family. Sekarang dah ada macam-macam. Handphone, Facebook (yang paling famous), youtube, twitter n etc. Semua tu membuatkan dunia ni makin sempit, dunia tanpa sempadan. Pergaulan semakin bebas. Aku sentiasa risau dengan semua tu. 
Zaman aku dulu mana aku reti semua tu. Nak sentuh keyboard komputer pun takut,haha.....Time kelas komputer, serious takut bila nk belajar. Takut nak tekan button keyboard, takut lain pulak jadinya. Kalau diingat balik memang boleh gelak sorang-sorang..:p...
Budak-budak sekarang dah tak heran dengan semua ni, semua tu senang je untuk dorang. Kadang-kadang aku pun tak terkejar dengan semua tu. Setakat akaun FB tu aku ada la. Twitter dan lain-lain aku memang tak ada. Aku tak rasa aku ada keperluan untuk yang lain-lain tu.
Let's imagine the world after 10 years...Mesti cabarannya lagi besar. Kadang-kadang aku terfikir, mesti susah nk mendidik generasi akan datang dengan dunia yang semakin mencabar. Tapi ia takkan susah jika kita terapkan agama dalam jiwa mereka kan. Jadi peranan ibu bapa n guru-guru sangat penting.(macam buat karangan pulak ayat last tu...:p)

Monday, January 2, 2012

Khas buat mu...



Assalamualaikum


Mak
Betapa gigihnya kau membesarkan kami
Segala perhatian dan kasih sayang kau limpahi
Betapa beraninya kau menjaga kami
Segala bahaya dan dugaan kau tempuhi
Betapa lembutnya kau membelai kami
Segala kasih dan cinta dapat kami rasai

Ayah
Betapa gigihnya kau membesarkan kami
Segalanya sanggup kau lalui demi sesuap nasi
Betapi beraninya kau mempertahankan kami
Segala onak dan cabaran sanggup  kau tempuhi
Betapa sabarnya kau mendidik kami
Segala teguran dan nasihat sering kami dengari




Sunday, December 25, 2011

Pesan ayah



Assalamualaikum
Hari ini aku berpeluang menjenguk-jenguk ke akaun facebook ku, setelah beberapa hari sibuk dengan macam-macam hal. Kebetulan hari ni 25 disember, bersamaan dengan hari krismas. Jadi ramai status kawan non-muslim aku (terutamanya yang beragama kristian) 'berbau' tentang krismas. Almaklumla, itu kan perayaan mereka. Aku hanya membaca tanpa perasaan status sebegitu. Nak komen??? Oh, tidak!!..Aku tak kan komen status begitu dengan komen yang begini "merry christmas ______". Kenapa?? Sebab itu kan perayaan agama mereka. Sebagai seorang Islam kita dilarang meraikan perayaan agama lain kan. Tapi aku pelik, ada orang yang dengan gembiranya menyambut perayaan seumpama itu. Dengan alasan, Malaysia ni ada pelbagai bangsa dan agama. 
Huh, aku jelek mendengar alasan yang sebegitu! Tapi aku tak nafikan, ada sesetengah orang yang tak tahu hukum menyambut perayaan seumpama itu. 
Aku masih ingat pesan ayah time aku kecil dulu. Lebih kurang macam ni, 
"kita tak boleh sambut hari krismas, berdosa".
Jadi aku, kakak dan adik yang tak tahu apa-apa ni tanya ayah balik
"kenapa?".
Ayah jawab
"sebab tu perayaan agama, bukan kaum. Kalau raya cina boleh la".
Ayah bagi jawapan yang ringkas je, sesuai dengan otak kami time tu,hehehe.
Sejak tu, tiap kali hari deepavali ke, hari wesak ke, tahun baru cina ke, dan raya apa-apa, aku mesti selidik dulu, tu perayaan agama ke perayaan kaum. 
Bila dah besar sikit, aku mula mencari kenapa kita sebagai orang Islam tak boleh sambut/raikan perayaan agama lain. Alhamdulillah, sekarang aku tahu kenapa.
Sampai hari ni, kalau tahun baru cina aku berani lah wish kat kawan-kawan non-muslim. Tapi kalau perayaan agama aku tak berani. Aku sentiasa ingat pesan ayah tu dan sebab-sebabnya.

"Barang siapa meniru sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian daripada mereka"

"Jagalah Allah, Allah pasti menjaga mu"