Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Sunday, June 23, 2013

Janji ditepati



Assalamualaikum


Seperti yang telah dijanjikan...
Buat tatapan sahabat yang berada nun jauh di Kuantan...hehe


Monday, March 4, 2013

Jam loceng...



Assalamualaikum

Dulu, zaman berada di universiti, aku selalu jadi 'jam loceng'. Apa maksudnya tu?...Aku selalu kejutkan 'roommates' bangun pagi. Tiba-tiba rindu saat-saat tu...:-).... Semasa di Sabah, aku masih buat kerja yang sama. Kenapa ya? Mungkin sebab aku jenis senang terjaga dari tidur. Bunyi je alarm kat handphone, terus terjaga. Kalau tiba-tiba aku tak terjaga, memang itu menjadi satu kepelikan,hehe....Seronoknya jadi 'jam loceng' ni. Tak percaya? Cuba la sendiri. Kepuasannya tiada tandingan apabila tugas berjaya dilaksanakan!!!..hehe.. Di kampung pun aku masih buat kerja yang sama. Mengejutkan adik bongsu bangun pagi. Agaknya kalau jadi 'jam loceng' ni dapat gaji, aku antara orang yang dapat gaji lebih kot..hehe.. Tapi sejak-sejak kerja ni, belajar hidup sendiri, di rumah sewa, aku dah tak buat kerja tu..Dah tak ada insan-insan yang perlukan khidmat aku di sini (cewah, ayat sedih,hihi)....


* image from Pakcik Google

Tuesday, June 12, 2012

KFC n McD




Assalamualaikum
Ahad lepas, aku sampai Klang pada waktu Zohor. Selesai angkat barang dari kereta ke dalam rumah, jiran sebelah ajak makan. Walaupun aku masih kenyang, tapi aku gagahkan diri jugak teman dia. Kesian pulak, nanti kelaparan dia. Aku cakap "Aku solat zohor dulu ye"....Lepas solat kami keluar. Kami terus ke Jusco Bukit Raja. Cari makan kat situ. Almaklumla la, kalau dh time macam tu susah nk cari nasi berlauk. So ke Jusco la kami, cari fast food yang memang 'fast'..hehe....

Amboi, ramai betul orang kat Jusco. McD penuh, KFC penuh, Nando's penuh, Kenny penuh...semua restoran Fast food penuh..."nk makan mana ni?"...aku bertanya......kami bergerak ke KFC...."Kita tunggu la, orang bangun kita duduk"..aku menambah...."Meh kita tgk kalau2 ada orang yang boleh kita 'halau',hehehe"...kawan aku membalas...Baru tunggu 5 minit, kawan aku ajak ke McD. 
Sebenarnya aku ni teringin nak makan KFC. Bukan teringin tahap mengidam, cuma aku dah bosan makan McD dan teringat kat kawan2 di Sabah dulu. Bila dapat je elaun atau baru lepas siap assigment yang berlonggok-longgok tu, kami mesti 'ziarah' KFC. Kononya nk rewards ourself la selepas penat menyiapkan assigment..hehehe..Tapi hakikatnya KFC je la yang ada kat pekan Tuaran yang kecil tu. McD, Pizza hut memang tak ada. Jadi KFC la yang menjadi pilihan. Kalau nak celebrate birthday pun kami ke KFC. Rindu saat-saat tu. Betul la orang cakap, waktu belajar memang best!

celebrate birthday Josie (tiga dari kanan)
<oopppssss...gambar blurrr sikit>

Friday, May 11, 2012

Is the way of life...



Assalamualaikum
Hari sabtu minggu lepas, aku ikut my housemate (kak wahida) n my future housemate (natrah) pergi ke masjid negeri. Ada ceramah. Lepas ceramah, aku n natrah merayap-rayap la di perkarangan masjid tu. Banyak gerai jualan, macam-macam ada (cewah...,hehe).... Tiba-tiba aku n natrah stop kat satu gerai tu. Ada jual jajan, Natrah pun bersuara 'budak-budak suka la ni'......'aah', aku jawab. Then kami ternampak ada jual sticker yang tampal-tampal kt cermin kereta tu...Hish, aku tak tau la orang lain panggil apa benda tu. Tapi aku panggil sticker je. Aku n natrah pun belek-belek la sticker tu. Mana tau ada yang berkenan. Aku cakap kat natrah, 'Mesti orang yang jual ni orang kelantan'...Natrah buat muka pelik, tak paham la tu maksud aku...'Ni ada sticker negeri kelantan ni'......'Ooooo' Natrah menangguk-angguk kepala. Sticker negeri lain  tak ada pulak, so memang boleh di terima la andaian aku tu kan3..... Tiba-tiba aku ternampak sticker yang tertulis 'Islam Is The Way OF Life'....Aiseh, cam terberkenan la pulop.....Eh, jap. Tetiba aku terfikir. Ayat ni sangat besar nilai dan maknanya. Kalau aku tampal sticker tu kat cermin belakang, for sure kereta yang di belakang aku boleh baca. Then, kalau aku bawak kereta macam hantu, tak ikut undang-undang, main suka hati ja masuk lorong tak bagi signal, sampai buat orang lain marah dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain, mesti aku kena 'bambu' dengan pengguna jalan raya yang lain. Mesti dorang kata 'Bukan main lagi sticker tu, tapi bawak kete macam hampeh'.....Oppppssss, aku rasa aku dah mencemarkan agama sendiri tu.....So aku tak jadi beli. Sebab apa? Sebab aku tak nak orang lain memandang serong pada agama aku hanya kerana pengikutnya (aku la tu salah sorangnya) yang tak mematuhi peraturannnya. Salah ke aku fikir macam tu??? Terpulang........

pssss..: always remember ----->> i'm a muslim.....


Tuesday, January 24, 2012

Jumaat yg sibuk...



Assalamualaikum
Hari Jumaat lepas adalah hari yang paling sibuk  dan penat sepanjang minggu lepas. Mana tak nya, hari Jumaat merupakan giliran guru-guru English bertugas. Kena kawal murid sebelum masuk kelas, waktu rehat dan waktu balik. Jadual agak full hari tu.

Masa aku bertugas pada waktu rehat tu, aku dan seorang lagi cikgu cina round-round kawasan kantin, tengok budak-budak makan. Tiba-tiba ada murid tahun satu datang ke arah kami sambil menangis....rupanya dia cari kakak dia...Mujur ada cikgu cina tu, kalau aku yang kena handle budak tu, ampuuuuuunnnnn..memang dia tak jumpa la kakak dia....aku tak paham apa yang budak tu cakap..huhu..... Lepas tu kami sambung lagi tugas kami. Aku berdiri menghadap kaunter kantin.....Tiba-tiba aku terus teringat. Aku ada satu tabiat. Kalau aku jalan melintasi kedai makan cina aku mesti tahan nafas dan jalan dengan cepat. Aku tak tahan dengan bau makanan kedai tu dan mula la terfikir haiwan yang satu tu, bab*....haha...Dan aku tak sangka rupanya ada beberapa orang lagi kawan aku yang sama tabiat macam aku...Antaranya Cik Mila.....Aku ingat lagi, pernah satu hari tu, aku, Cik Mila n ada lagi beberapa orang kawan (aku tak ingat sape) keluar pergi ke KOMTAR. Entah jalan mana yang kami lalu, tiba-tiba kami kena melalui kaki lima kedai makan cina. Aku pun apa lagi, praktik kan la tabiat tu. Nak tutup hidung risau kalau menyentuh sensitiviti kaum pulak (cewah). Tahan nafas n jalan cepat. Lepas je melintasi kedai tu, ada antara kami yang bersuara, bagitahu tabiat dorang tu. Adoi, tak sangka pulak, kami berkongsi tabiat yang sama....haha...ketawa la kami.....hmmmm, entah Cik Mila ingat lagi ke tak pasal ni ye???? 
Dan sekarang, aku tak sangka aku boleh berada di tengah-tengah kantin cina..What to do? Life must go on. 

Sunday, January 15, 2012

Semalam,Hari ini,Esok



Assalamualaikum

SEMALAM
Entah kenapa bangun ja daripada tidur petang semalam,tiba-tiba teringat betul pada teman-teman ketika di universiti dulu. Coursemates yang aku rapat, syafa, eton, izyan, wani, shamsiah, fuzi. Roomate yang sporting, Ima. Jiran yang sentiasa menjadi peneman, Mila. Rindu betul kat korang. 
Mila aku masih tak putus hubungan. 
Ima, aku dh tak dapat cari dia, entah apa khabar dia sekarang. Nombor telefon dia pun aku dh hilang, gara-gara phone aku masuk air.
Syafa,rindu sangat dengan dia, aku terus sms dia, Rupanya dia di KL sekarang.
Shamsiah, dah kahwin. Dah pregnant pun dia.
Wani dan Fuzi, lecturer di UITM.

Izyan, dengarnya kerja di KL jugak.
Eton, dia sambung master. Tak tahu dia dah habis master ke belum.

Petang hampir maghrib, aku dapat sms. Kawan aku kata dah boleh check sekolah untuk posting. Dengan berdebarnya aku key in no.ic.... SJK(C) ________...Sedikit kecewa kerana bukan SK. Perasaan cuak, risau mula menerjah. Aku mula terpikir tentang bahasa, pergaulan.....

HARI INI
Sekarang tengah packing baju dan barang-barang untuk dibawa ke Selangor esok. Macam malas ja rasa....

ESOK
Esok aku akan ke PPD, ambil memo dan terus ke sekolah. Entah macam mana keadaan aku esok. Semoga mudah segala urusan.....

Saturday, October 29, 2011

Rezeki masing-masing.....



Baru lepas online. Terjumpa ex-coursemates di Facebook. Macam-macam cerita ada. Ada yang dh kerja, jadi lecturer, kerja di bank, jadi pendidik, dh kawin, dh ada anak....Semua ada rezeki masing-masing.

Dulu sebelum grad, semua fikir macam-macam. Nk kerja apa dengan pointer yang x seberapa ni, nk sambung master ke tak, nak kawin bila (hehe, bg yg dah ada calon).......

Tapi tu semua rahsia Allah. Tak ada siapa yang tahu. Kita hanya perlu berusaha dan bertawakal......Ada yang kurang bernasib baik di U dulu, sekarang kerja biasa-biasa, tapi murah dengan rezeki suami/isteri dan anak. Ada yang memang bernasib baik di U, sekarang dh kerja bagus-bagus, tapi masih solo. 

Kesimpulannya, kita tak tahu apa yang menanti kita di masa hadapan. Kadangkala jalan kita dan dia sama, tapi destinasi akhirnya lain. Kadangkala jalan kita dan dia lain, tapi destinasi akhirnya sama. Fikir-fikirkan..... 


 

Friday, October 28, 2011

Jumaat...Sarawak



Assalamualaikum....
          Apa kena mengena Jumaat dengan Sarawak ni???Boleh bersatu macam ikan dan asam?? ?....Fikir-fikirkan.
      Today is Friday kan. Alhamdulillah, masih panjang umurku. Masih dapat menyesali perbuatan buruk semalam dan berazam serta berusaha untuk menjadi lebih baik pada hari ni, InsyaAllah.....

   "Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam"

               Semoga kita menjadi orang yang lebih baik dari semalam.
          
          Jadi, apa kena mengena dengan Sarawak pulak??? Pagi-pagi tadi aku dengar bising-bising di luar bilik. Rupanya ada sorang housemate yang nak ke Sarawak. Jadi yang lain sibuk kirim barang..hehehe...Aku pun apa lagi, tumpang mengirim jugak la...


          Back to my main question. Apa kena mengena Jumaat dengan Sarawak???? Jawapannya.....pagi-pagi Jumaat duit aku dah melayang ke Sarawak....~ PEACE ~

Thursday, October 27, 2011

Kosong...zero...



            Rasa macam nk tulis something. Tapi kosong ja dalam kepala ni. No isu. Lepas google, terjumpa ni kat blog seseorang. Walaupun dh tau tapi boleh la kan untuk ingatan diri sendiri.....

 Telah bersabda Rasulullah saw. “Perumpamaan teman yang baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium daripadanya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk." 

image from google

Wednesday, October 26, 2011

Trip to Kudat...!!!



25 Oktober 2011 with my housemates....




Kg Sumangkap....Gong making village
~perkampungan Rungus~








Rungus Long house







The Tip of Borneo - Tanjung simpang Mengayau
~ SubhanALLAH, so amazing, so beautiful ~









inside the sea...




the wave..

Pantai Bak-bak









Sunday, October 16, 2011

Kenapa????Why???



        Kenapa mereka tak boleh terima kesalahan yang orang lain buat? Lupakah mereka bahawa manusia memang tak dapat lari dari melakukan kesilapan? Janganlah hanya kerana kesalahan yang kecil, kedamaian bertukar menjadi peperangan, putih menjadi hitam, kawan menjadi musuh, hati yang besar menjadi kecil. 
         Janganlah cepat merasa cemburu dengan rezeki orang lain. Kerana setiap orang telah ditetapkan rezeki masing-masing oleh Yang Maha Esa. Kita hanya perlu berusaha untuk mencapai apa yang kita nak. Tapi kalau masih juga gagal, harus ingat bahawa gagal sekali bukan gagal selamanya. Bertawakallah setelah berusaha. Bergembiralah dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepada orang di sekeliling kita. Kita takkan rugi apa-apa jika kita meraikan kejayaan/rezeki orang lain. Tak salah jika kita cemburu, tapi jadikan cemburu itu satu semangat untuk kita terus berusaha. 

< Hanya ingatan buat diri sendiri>

Sunday, September 18, 2011

WelCoMe To KundaSaNg



         Akhirnya hajat aku n housemates nk pergi Kundasang tercapai. Walaupun kami pergi satu hari ja, tapi tu dah cukup best buat kami semua. Kami bergerak dari Tuaran jam 8.30 pagi. Tak sampai 2 jam kami dh nampak Kundasang yang cantik, Subhanallah. Pemandangan dalam perjalanan dan tempat-tempat kat sana sangat cantik. Tak dapat nk digambarkan dengan kata-kata atau gambar. Apa yang dilihat dengan mata sendiri tak sama dengan apa yang tengok dalam gambar, berganda-ganda cantiknya. Itulah alam ciptaan Allah, Subhanallah.
         Oleh kerana kami pergi hanya satu hari, kami hanya sempat melawat beberapa tempat ja - Kundasang War Memorial, Desa Dairy Farm, Mesilau Nature Park, Kinabalu Park, gerai-gerai sayur di Pekan Kundasang dan dalam perjalanan balik kami sempat singgah di Pekan Nabalu. Alhamdulillah, cuaca elok ketika kami di sana. Walaupun matahari agak terik, tapi kami tak rasa panas, berpeluh pun tidak. Angin yang bertiup sangat sejuk. Itulah istimewanya ciptaan Allah. 
       Walaupun sekejap, bagi aku tu dah cukup sebagai kenangan sebelum balik semenanjung. Nanti kalau ada orang semenanjung tanya pasal Kundasang, ada jugak bahan yang boleh aku ceritakan.....hehehe.
So, our next destination - Manukan Island.........


Kundasang Memorial Park



Desa Dairy Farm (adui, rasa macam dekat New Zealand 
<wlpun x pernah jejak ke NZ>)

Mesilau Nature Park

Gerai sayur

Kinabalu Park



Kemegahan rakyat Sabah

Saturday, July 9, 2011

Macam-macam rasa ada...




"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah al-Rum, ayat 21) 

Hari ini (9 Julai 2011) my best friend a.k.a Nurul Azlyn Azmi bertunang. Tahniah Lyn,jodoh ang dah sampai.Semoga ang dapat jodoh yang beriman. I'm happy for U =)


Tapi aku rasa sedih jugak. Tak lama lagi Lyn dh nk jadi isteri orang. Dah tak boleh nk lepak2 dgn dia <lepak dgn Fasuhada je la lepas ni>. Dh tak boleh nk gila2 cam dulu2,huhu.

Aduh, terasa macam baru semalam kami bertiga pergi sekolah sesama, naik basikal balik sekolah sesama, buat ujian lisan BM n BI sesama, singgah kedai sesama....rindunya time tu...what a precious moment!...<mood:sedih + hepy>


*p/s: Cik Fasuhada n Cik Mila, jangan tinggal daku....huhu