Tuesday, December 20, 2011

Perancangan hidup



Assalamualaikum
Dah dua tiga hari aku terfikir pasal ni. Kena mula buat Life Planning. Sebelum ni aku dah ada perancangan macam ni. Alhamdulillah, apa yang aku rancang aku dah dapat sekarang. Walaupun agak lambat sikit, tapi aku tetap bersyukur, sekurang-kurangnya aku berjaya. ALHAMDULILLAH, aku dah ada degree dan diploma sekarang. Bab belajar dah selesai. Tapi hakikatnya menuntut ilmu takkan pernah selesai.

"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap muslim. Baik lelaki mahupun perempuan".

Macam mana pula dengan bab kerja?? INSYALLAH tak lama lagi penempatan untuk posting akan keluar.

So, apa lagi lepas ni? Aku kena rancang sesuatu yang lebih jauh. Sesuatu untuk melengkap kan kitaran hidupku.

**Entah kenapa sejak akhir-akhir ni,ayat ni sering berlegar dalam kepala ni JAGALAH ALLAH, ALLAH PASTI MENJAGAMU.......

Saturday, December 17, 2011

Nak kongsi....Oley!!



Tuesday, December 13, 2011

Nak Kongsi.....Facebooking n Siapa di hatimu????



Assalamualaikum...
Dah 2 minggu aku di rumah. Rutin aku tiap hari adalah 'facebooking'. Tapi tak la kerap sangat. Kadang aku chat dengan kawan yang sama nasib dengan aku, yg menunggu result posting. 
Ada sesuatu yang aku nk kongsi kn. Lepas baca terpulang la pada penilaian masing-masing. Ni aku 'copy' dari facebook ja, dari syahirul.com....<aku tak ubah apa-apa pun, original resepi..:)>

'Dia seorang gadis Melayu yang memegang tangan teman lelakinya dan bercium hangat. Tapi bila diminta mengadakan hubungan seks oleh teman lelakinya, dia menolak kerana ingin menjaga maruahnya. Dia takut berdosa besar dengan Tuhannya. Dia takut memalukan diri dan ibu bapanya. Dia takut hilang daranya pada yang bukan suaminya. Dia meninggalkan lelaki itu dan masih bercium dengan teman lelaki seterusnya. Dia mengetuk pintu Neraka tapi tak mahu masuk ke dalamnya. Dan dia mengatakan dia Muslim, dengan bangganya.'





Ramai la yang komen status tersebut, di facebook. Ada yang bagi pendapat. Ada yang bertanya balik pada tuan empunya facebook, apakah pengajarannya. Ni jawapan dari beliau...

' org islam tak buat semua ni. dalam cerita di atas si wanita tahu malu bila diminta berbuat maksiat zina berat, tetapi zina tahap pertengahan (pegang + cium) dia masih buat tanpa terfikir bahawa apa yg dia buat itu salah. perbuatannya itu ibarat mengetuk pintu neraka, tetapi manusia mana nak masuk neraka bukan? dan perempuan tu mengaku dia islam, walaupun dia dengan rela melakukan maksiat zina terang-terangan..'

Pendapat aku sendiri, sebagai perempuan dan yang paling mustahak sebagai seorang yang beragama Islam, pandai-pandai lah kita menjaga diri. Sentiasa ingat bahawa ada malaikat di kiri dan kanan kita yang ditugaskan oleh Allah untuk mencatat segala amalam kita. Memang kita hanya manusia yang tak lepas dari melakukan dosa,termasuk diri aku sendiri. Tapi berusaha lah untuk menghindarkan diri dari perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Allah Yang Maha Esa, Yang Maha Melihat segala perbuatan kita. Semoga aku, keluarga ku, dan keturunanku tidak terjebak dengan perbuatan seperti di atas atau yang seangkatan dengannya. Kalau terbabas cepat-cepat la memohon ampun. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. 
(Peringatan utk diri sendiri)

Ada sikit lagi yang aku nk kongsi. Ustazah di IPG pernah cakap lebih kurang macam ni. "Kalau kamu nk tau apa ada dalam hati orang tu, cuba dengar kalau dia terkejut apa yang di sebut. Kalau dia sebut 'Allah', bermakna Allah lah yang ada dalam hati dia."
So kawan-kawan, kalau seseorang tu terkejut dan sebut nama si polan, si polan la yang dalam hati dia...hehe...
Mulai hari ni, tempatkan Allah di hatimu....:)


** Seperti biasa...image is from google n kristikislami.blogspot.com..)






Wednesday, December 7, 2011

Coffee n me....



Assalamualaikum


Aku rasa macam aku ni dh addicted dh dgn kopi. Sejak aku kt U, kopi dh jadi minuman rutin aku. Tiap pagi n petang aku minum kopi.
Macam2 brand kopi aku try. Time jadi penganggur terhormat dulu, bila 'ziarah' supermarket, mak mesti cakap cam ni...'Nadi nk kopi pe? ambik la'...hehe...MAK, U'R SOOOO UNDERSTANDING...kopi yang jadi pilihan aku mestilah yang 3in1...cepat n mudah...:)
Bila dh fly ke Sabah, tabiat tu aku bawak sekali. Lagi la aktif tabiat aku yg satu ni. Almaklumla, tinggal dgn kawan2, ada water heater je kat rumah, 3in 1 la yg paling mudah. Di Sabah aku mula kenal kopi tenom, kopi yang wangi baunya. Time busy ngan assignment, ramai2 kenduri kopi. Konon nya tak nak tidur la, nk buat kerja. Tapi biasa la, terbabas jugak..hehe...Tak berkesan la kopi tu..
Ni dh balik dari Sabah, still addicted dgn kopi. Sampai kakak tegur...'hang ni nadi, byk minum kopi la'...apa boleh buat, dah jadi macam rutin plak, walaupun aku tahu kopi tak bagus sangat untuk kesihatan (tu apa yg aku jumpa dalam internet la, entah betul ke tidak). Tapi ok la sikit sekarang, boleh 'puasa' kopi dalam sehari....
Ni aku nk kongsi sikit kesan kopi2 'terpilih' kat diri aku. Tapi kat orang lain aku tak tahu la apa kesannya...


Kopi Radix :: bila aku minum ni badan memang lambat letih. Kaki n tangan ni lincah je buat kerja, walaupun otak ni dah tak larat, tapi kaki n tangan still boleh bekerja. But at the end, badan memang tersangat letih. Tidur jadi berjam-jam.


Kopi super power 3in1 kacip Fatimah :: minum kopi ni memang segar je mata ni....sampai pagi mata ni boleh bertahan.

Kopi tenom 3in1 :: aku lupa brand apa. Tapi kopi tu pun kesannya kat aku sama macam 2 kopi di atas, segar je mata ni.

Lain-lain kopi macam nescafe regular 3in1, nescafe breakfast body partner, dan kopi2 3in1 yang lain bagi aku  kesannya biasa ja, tak la macam 3 kopi di atas (setakat ni la, esok2 tak tau la kan).

Tapi Kopiko brown coffee memang aku tak boleh minum, aku tak tahan rasa nya, cannot go. Satu lagi kopi, power root, bau nya pun aku tak boleh tahan, nak minum apatah lagi.....

**p/s --> all images are from Google

11 Muharram 1433H

Monday, December 5, 2011

'Tuaransick'



Assalamualaikum...
Alhamdulillah....Dah 10 hari aku berada di rumahku@kampung, bermakna dah 10 hari juga aku balik dari Sabah. Walaupun dah lebih seminggu, ingatan pada kawan-kawan ketika di Sabah masih berlegar-legar di minda. Masih teringatkan suasana di IPG, gelagat kawan-kawan sekelas yang ada macam-macam ragam, pekan Tuaran dan rumah sewa...:)
Aku sangat bersyukur aku di'campak' ke Sabah, walaupun time mula-mula sampai dulu aku memang rasa tak tahan tinggal kt sana...(rasa kelakar bila ingat balik,hehe).. Benarlah kata pepatah, Tak kenal maka tak cinta..
Di sana aku berkawan dengan insan yang datang dari pelbagai background, aku mula mengenal 'hidup', aku mula mengenal pelbagai kerenah manusia yang tak pernah aku jumpa time di U dulu, aku mula belajar cara nak hidup bermasyarakat, aku mula menghargai apa yang aku ada, aku mula menghargai segala didikan mak ayah, aku mula menghargai diri sebagai seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, dan aku mula menghargai diri sendiri......Walaupun hanya lebih kurang 10 bulan, tapi apa yang aku dapat tak ternilai harganya....Aku sangat menghargai persahabatan yang telah terjalin...semoga ia kekal berpanjangan....

9 Muharram 1433H

Friday, November 11, 2011

Jumaat....Sabah



Assalamualaikum.....
Alhamdulillah...Masih panjang umurku di pagi Jumaat ni.
Lebih kurang 2 minggu lagi aku akan berada di bumi Sabah ni. Tak lama lagi berakhir lah kursus aku kat sini. Sebelum ni tak sabar-sabar nk habis course, rasa betul-betul tak larat dengan assignment semua bagai. Tapi sekarang rasa berat hati pun ada nk tinggalkan bumi Sabah ni...hehe...
Sekarang masih dalam exam week. 2 paper dah habis, English Studies. Tinggal 1 paper ja lagi, Ilmu Pendidikan. Aduhai, banyak lagi belum cover. Lepas ni ada lagi hal-hal yang perlu di fikirkan. Manusia tak pernah habis dengan macam-macam hal. Jangan mengeluh..!!

* Let's go to IP. Ada taklimat modul KSSR untuk final year students.....

Monday, November 7, 2011

Oh Encik Exam....



Assalamualaikum..............
Lagi 2, 3 hari Encik Exam akan muncul...Jadi macam mana dengan persediaan diri sendiri??...Pendek kata memang tengah berusaha, Nak cuba dapat result yang bagus. Nak tebus apa-apa yang tak bagus ketika di U dulu, InsyaALLAH...
Tapi dalam saat-saat sibuk macam ni, sempat lagi aku 'berlari' ke IPG semalam. Ada buat korban sikit. Mula-mula memang tak nak join korban tu, just nak pergi solat raya ja. Tapi selepas sembahyang raya and jamuan, kami berempat terlebih rajin tolong membasuh pinggan mangkuk di surau. Lepas tu pulak ada korban lembu, tak kan nk balik rumah pulak kan, 'terkorban' la kami berempat menolong orang-orang surau memotong daging.
Tapi hakikatnya, aku tak rugi apa-apa pun. Sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman menyambut aidiladha di sini, dapat rasa suasana raya di IPG ni. Ramai juga students yang tak balik. Dapat juga aku belajar potong daging,hehehe....Almaklumla, mana aku pernah memotong daging di rumah, aku ni jenis culas sikit nk masuk dapur....:)....