Tuesday, January 10, 2012

Finally...!!!



Assalamualaikum
Alhamdulillah..penantian menjadi kenyataan. Akhirnya aku tahu ke mana aku akan ditempatkan...SELANGOR.. Negeri yang tak pernah terlintas pun di kepala ni. Before ni terfikir negeri-negeri utara ja......Tapi aku belum tahu lagi, which school, daerah mana.... have to wait again. But at least i knew about my placement. 
Aku bersyukur. Dimana-mana pun aku bersyukur. Asalkan ada rezeki untuk aku.(Walaupun risau jugak ni nak ke tempat baru).
Most of my sabahan friends tak puas hati sebab dorang semua kena di hantar ke Johor. Nak je aku cakap macam ni "mesti ada hikmahnya kalau Tuhan letakkan korang kat situ"...Tapi nanti aku akan di 'cop' ustazah lagi...huhu
What to do??Hanya boleh simpan je ayat tu dalam hati. 

Wahai bakal guru sekalian, apabila kamu dah memilih untuk menjadi guru, terimalah tempat posting tu dengan hati yang terbuka. Ramai anak-anak bangsa memerlukan kamu. Bukan 1 negeri ja perlukan kamu.....

Sunday, January 8, 2012

posting oh posting



Assalamualaikum
Aku dah penat dengar khabar angin pasal penempatan sekolah @ posting. Sebelum ni macam-macam tarikh (dari khabar angin) yang dijangka akan keluar result posting ni. Sampai hari ni aku dah malas nk ambil tahu. Bukan aku nk berputus asa, tapi dah malas nk berharap, just be patience n wait. Tapi hari ni aku online FB tiba-tiba dorang (kawan-kawan) kata kemungkinan besar petang esok (9 jan 2012) kami semua akan tahu kemana kami akan di hantar. OK, aku tunggu. 
Sometimes i feel, alangkah bagusnya kalau aku dapat posting dekat-dekat rumah je, boleh duduk rumah je dengan mak ayah. Bila aku bagitahu dengan kawan-kawan aku, dorang kata aku anak manja. uuuww,who cares??...Kau tak kisah pun dorang cakap macam tu. Aku ada alasan aku sendiri. Tak perlu aku bagitahu the whole world about my excuses. 
Tapi kadang-kadang aku teringin pulak nk posting tempat lain, except sabah n sarawak (sori org sabah n sarawak ye). Bukan aku tak bersedia nak merentasi Laut China Selatan tu, tapi cukuplah 11 bulan aku di sana. Betapa payahnya aku rasa bila nak balik, kalau ada kecemasan memang aku tak boleh balik dengan segera. Itu ja alasan aku tak nak ke sana..**PEACE**...Aku teringin nak posting tempat lain sebab aku teringin nak hidup berdikari..hehe...Satu tu ja alasan aku nak posting tempat lain. Tapi alasan aku untuk posting dekat-dekat rumah lebih banyak....
Hakikatnya aku bersedia je untuk di'campak' ke mana pun. Kalau dah rezeki aku kena merentas laut lagi, aku terima dengan redha. Kalau rezeki aku di semenanjung, aku terima dengan senang hati. Mana-mana pun boleh. Ke mana pun aku di hantar, aku bersedia untuk berkhidmat dengan hati yang terbuka....


Thursday, January 5, 2012

Alam baru



Assalamualaikum
Sesi persekolahan 2012 dah bermula. Adik bongsu aku dah melangkah ke alam baru, alam sekolah menengah. Abg chik @ Kudin pun dah masuk prasekolah walaupun baru 5 tahun. Comel betul dia dengan pakaian prasekolah dia tu!!..hehe
Diam tak diam dh besar adik bongsu aku tu, dah 13 tahun. Aku tetap rasa dia kecik. Macam-macam pesanan aku bg kat dia sebelum pergi sekolah (ala-ala kakak mithali la pulak,hehe). Aku pesan:
'belajar elok-elok'
'jangan kawan dengan org tak tentu hala'
ah, macam-macam lagi. Entah-antah dia pun boring..haha.
Aku risau sebenarnya. Alam sekolah menengah dulu tak macam sekarang. Cabarannya lain. Perbezaan umur aku dengan adik bongsu aku pun agak jauh, lebih 10 tahun. Aku sangat risau dengan dia, risau kalau dia jauh dari pengawasan family. Sekarang dah ada macam-macam. Handphone, Facebook (yang paling famous), youtube, twitter n etc. Semua tu membuatkan dunia ni makin sempit, dunia tanpa sempadan. Pergaulan semakin bebas. Aku sentiasa risau dengan semua tu. 
Zaman aku dulu mana aku reti semua tu. Nak sentuh keyboard komputer pun takut,haha.....Time kelas komputer, serious takut bila nk belajar. Takut nak tekan button keyboard, takut lain pulak jadinya. Kalau diingat balik memang boleh gelak sorang-sorang..:p...
Budak-budak sekarang dah tak heran dengan semua ni, semua tu senang je untuk dorang. Kadang-kadang aku pun tak terkejar dengan semua tu. Setakat akaun FB tu aku ada la. Twitter dan lain-lain aku memang tak ada. Aku tak rasa aku ada keperluan untuk yang lain-lain tu.
Let's imagine the world after 10 years...Mesti cabarannya lagi besar. Kadang-kadang aku terfikir, mesti susah nk mendidik generasi akan datang dengan dunia yang semakin mencabar. Tapi ia takkan susah jika kita terapkan agama dalam jiwa mereka kan. Jadi peranan ibu bapa n guru-guru sangat penting.(macam buat karangan pulak ayat last tu...:p)

Monday, January 2, 2012

Khas buat mu...



Assalamualaikum


Mak
Betapa gigihnya kau membesarkan kami
Segala perhatian dan kasih sayang kau limpahi
Betapa beraninya kau menjaga kami
Segala bahaya dan dugaan kau tempuhi
Betapa lembutnya kau membelai kami
Segala kasih dan cinta dapat kami rasai

Ayah
Betapa gigihnya kau membesarkan kami
Segalanya sanggup kau lalui demi sesuap nasi
Betapi beraninya kau mempertahankan kami
Segala onak dan cabaran sanggup  kau tempuhi
Betapa sabarnya kau mendidik kami
Segala teguran dan nasihat sering kami dengari




Saturday, December 31, 2011

Terakhir...



Assalamualaikum
The last post for this year. Di penghujung tahun 2011 ni, aku teringat segala nikmat dan ujian yang diberikan Allah kepada aku. Pelbagai nikmat dan kegembiraan yang diberikanNya. Kalau nak senaraikan semua, memang tak mampu. Terlalu banyak!!

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang." (Surah an-Nahl : 18)

Walaupun pelbagai kesalahan, kesilapan yang aku buat akibat kelalaian dan nafsu sendiri, Allah masih sudi memberi nikmat, kesenangan dan kegembiraan kepada aku. Itulah manusia yang sentiasa tidak akan lari dari kesilapan. 
Pelbagai ujian juga telah aku tempuhi. Setiap kali ditimpa kesusahan barulah kita teringat kepada Allah. Itulah kita, bila susah baru nak ingat Tuhan. 

Wednesday, December 28, 2011

Jom solat subuh



Assalamualaikum

Syaitan melilit seseorang antara kalian dengan tiga lilitan ketika dia tidur. Dengan setiap lilitan syaitan membisikkan : ‘Nikmatilah malam yang panjang ini’. Apabila dia bangun lalu mengingati Allah, maka terlepaslah lilitan itu. Apabila dia berwuduk, lepaslah lilitan yang kedua. Kemudian apabila ia soalt, lepaslah lilitan ketiga, sehingga dia menjadi bersemangat. Tetapi kalau tidak, dia akan terbawa lembap dan malas.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Aku nak kongsi sikit tentang kelebihan solat subuh, karangan Ust Pahrol Mohamad Juoi. Ni aku ambil dari majalah Solusi, isu no.36. Aku beli majalah ni agak lewat, sebelum balik Perak. Time aku beli majalah ni, isu no.37 dah keluar. Time aku nak bayar tu, tuan punya kedai tanya aku, “isu 37 dh ada ke?”. Mungkin dia pelik kot tengok aku beli isu no 36, tak beli isu no. 37. Aku senyum dan geleng. Aku jawab “tak pe, saya nak yang ni”…. Aku tertarik dengan tajuk isu yang satu ni,  CAHAYA DALAM KEGELAPAN SUBUH…. Kalau ikutkan hati memang aku nak beli dua-dua isu tu, tapi duit tak cukup pulak (kat Sabah 12 ringgit senaskah). So aku terpaksa pilih yang betul-betul hati aku nak, isu no.36 jadi pilihan hati..hehe
Aku kongsikan secara ringkas saja ye, kalau nak yang panjang, kenalah beli majalah ni (promot Solusi sikit…:D).

Antara ganjaran bagi mereka yang mendirikan solat subuh:

1.       Waktu yang diagungkan Allah
Allah sangat mengagungkan waktu subuh dan tidak pernah bersumpah dalam Al-Quran dengan waktu solat kecuali solat subuh dan asar.
“Demi fajar, dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).”
 (Surah al-Fajr 89:1-2)
“Dan dirikanlah pula solat subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan oleh malaikat.”
(Surah al-Isra’ 17:78)

2.       Pahala beribadah satu malam penuh
Rasulullah telah bersabda,
“Sesiapa yang solat isyak berjemaah, maka seolah-olah dia telah solat separuh malam. Sesiapa yang solat subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah solat malam satu malam penuh.”
(Riwayat Ahmad, Muslim, dan Ibn Hibban)

3.       Berada dalam perlindungan Allah
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Sesiapa yang menunaikan solat subuh, maka ia berda dalam jaminan (perlindungan) Allah. Maka jangan cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Sesiapa yang membunuh orang yang menunaikan solat subuh, Allah akan menuntutnya sehingga Dia membenamkan mukanya ke dalam neraka.”
(Riwayat Muslim)

4.       Dikurniakan cahaya pada hari kiamat
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Berikanlah khabar gembira kepada orang yang banyak berjalan dalam kegelapan menuju ke masjid dengan cahaya yang sangat terang pada hari kiamat.”
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

5.       Dapat melihat wajah Allah
Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Jarir bin Abdulllah yang berkata dengan maksudnya:
“Kami sedang bersama Rasulullah s.a.w ketika melihat bulan purnama. Beliau berkata: ‘Sungguh, kalian akan melihat Rab kalian sebagaimana kalian melihat bulan yang tidak terhalang dalam melihatnya. Apabila kalian mampu, jangan kalian menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari (subuh) dan solat sebelum terbenam matahari (asar), maka lakukanlah. “

Oleh itu, marilah kita sama-sama mendirikan solat subuh, dan solat-solat fardhu yang lain. Sesungguhnya solat itu kan tiang agama. Jika tidak solat runtuh la agama.


Sunday, December 25, 2011

Pesan ayah



Assalamualaikum
Hari ini aku berpeluang menjenguk-jenguk ke akaun facebook ku, setelah beberapa hari sibuk dengan macam-macam hal. Kebetulan hari ni 25 disember, bersamaan dengan hari krismas. Jadi ramai status kawan non-muslim aku (terutamanya yang beragama kristian) 'berbau' tentang krismas. Almaklumla, itu kan perayaan mereka. Aku hanya membaca tanpa perasaan status sebegitu. Nak komen??? Oh, tidak!!..Aku tak kan komen status begitu dengan komen yang begini "merry christmas ______". Kenapa?? Sebab itu kan perayaan agama mereka. Sebagai seorang Islam kita dilarang meraikan perayaan agama lain kan. Tapi aku pelik, ada orang yang dengan gembiranya menyambut perayaan seumpama itu. Dengan alasan, Malaysia ni ada pelbagai bangsa dan agama. 
Huh, aku jelek mendengar alasan yang sebegitu! Tapi aku tak nafikan, ada sesetengah orang yang tak tahu hukum menyambut perayaan seumpama itu. 
Aku masih ingat pesan ayah time aku kecil dulu. Lebih kurang macam ni, 
"kita tak boleh sambut hari krismas, berdosa".
Jadi aku, kakak dan adik yang tak tahu apa-apa ni tanya ayah balik
"kenapa?".
Ayah jawab
"sebab tu perayaan agama, bukan kaum. Kalau raya cina boleh la".
Ayah bagi jawapan yang ringkas je, sesuai dengan otak kami time tu,hehehe.
Sejak tu, tiap kali hari deepavali ke, hari wesak ke, tahun baru cina ke, dan raya apa-apa, aku mesti selidik dulu, tu perayaan agama ke perayaan kaum. 
Bila dah besar sikit, aku mula mencari kenapa kita sebagai orang Islam tak boleh sambut/raikan perayaan agama lain. Alhamdulillah, sekarang aku tahu kenapa.
Sampai hari ni, kalau tahun baru cina aku berani lah wish kat kawan-kawan non-muslim. Tapi kalau perayaan agama aku tak berani. Aku sentiasa ingat pesan ayah tu dan sebab-sebabnya.

"Barang siapa meniru sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian daripada mereka"

"Jagalah Allah, Allah pasti menjaga mu"