Monday, February 20, 2012

Dia pakai stokin....



Assalamualaikum
Selepas Maghrib tadi, housemate aku ajak aku keluar makan. Kebetulan aku memang tengah lapar, bagai orang mengantuk di sorongkan bantal, aku pun setuju ja. Kami pergi 7 orang, dengan 2 buah kereta, kereta housemate aku n kereta kawan dia. Mula-mula housemate aku follow kereta kawan dia, tiba-tiba kereta kawan dia hilang. Kami tertinggal di belakang. Sesi calling2 pun bermula, n akhirnya kami berjumpa semula di depan kedai mamak. Dari jauh aku nampak ada sorang tak bertudung, aku salah tengok ke? Aku toleh lagi, oh...rupa-rupanya dia....First time aku jumpa dia bertudung, ni tak pulak. Aku buat-buat tak tahu ja walaupun terkejut jugak....Then lepas kami semua dah order makanan, tiba-tiba yang tak bertudung tu merungut, "ish,banyak nyamuk la"...aku duduk berhadapan dengan dia, tapi kenapa tak rasa nyamuk pun? Lepas tu ada sorang yang jawab, "dah ko pakai baju hitam"... dan ada sorang lagi berkata, "eh,dia tak kena gigit nyamuk pun",sambil menunjuk ke arah aku...aku diam je, tak menjawab. Tiba-tiba ada sorang yang menambah, "dia pakai stokin"...semua menoleh kearah aku...Aku???Tak tahu nak senyum ke apa bila semua tengok aku macam tu, segan pun ada. Then, aku terpikir...apa yang nak disegan kan...aku cuma pakai stokin, bukan aku buat benda yang tak elok...
Apa yang aku nk 'highlight' kan kat sini, bukan masalah bertudung (walaupun bertudung tu wajib) atau nyamuk...Tapi tentang stokin tu. Seolah-olah ia sesuatu yang asing bila pakai stokin. Semua tengok aku seolah-olah aku salah bila pakai stokin. Bukankah seluruh anggota wanita tu aurat, kecuali tapak tangan n muka???


Sunday, February 19, 2012

Cik mila..so sweeeetttttt......



Saturday, February 18, 2012

Naik angin...



Assalamualaikum
Semalam aku naik angin dalam kelas...haha...Kalau ingat2 balik memang kelakar rasanya. Tapi sekarang aku yang rasa cuak. Kenapa? Sebab semalam aku dah tampar seorang budak lelaki. Naya aku kalau mak bapak dia datang cari aku kat sekolah,huhu....Tapi at the other side, aku pikir budak tu memang patut kena tampar. Sebab dia 'mengeluarkan' perkataan yang tak elok kat aku. Mentang-mentang selama ni aku diam je bila dorang semua bising tahap gaban dalam kelas, dorang ingat aku lemah ke dengan tak bersuara? Agaknya dorang berani buli aku sebab perbezaan kaum, warna kulit. Then, sebab perbezaan kaum tu, dapat la dia merasa penampar sulung aku. 
Sebenarnya aku BUKAN jenis yang suka marah2 orang, menyakitkan fizikal orang. Sebab aku tau, sakitnya kalau dipukul. Aku memang tak sanggup nak pukul orang, even adik-adik aku pun aku tak pukul. Paling-paling dasyat pun aku membebel ja, dan adik-adik aku paham apa yang aku bebelkan. But, pelajar-pelajar aku tak paham apa yang aku bebelkan, apa yang mulut aku katakan. So biarlah tangan aku yang berkata-kata.......
Setiap hari aku cuba cari semangat untuk mengajar, nak cuba berikan yang terbaik untuk pelajar-pelajar aku. Walaupun tak sama agama, tapi aku tau tanggungjawab aku sebagai seorang guru. Aku tau nilai setiap ringgit yang aku dapat. Aku nak kan keberkatan dalam setiap rezeki aku. Aku tak nak jadi seorang guru yang mengajar sekadar ala kadar je, cukup sekadar melepaskan tanggungjawab, aku bukan orang yang macam tu..
Tapi susahnya pelajar aku nak paham (memang la dorang tak paham, dah namanya budak-budak)....

Thursday, February 16, 2012

This is your journey!



Assalamualaikum
Entah kenapa, petang semalam aku rasa sangat 'down', putus asa, nak menangis. Aku dah jadi putus asa nk mengajar budak-budak tu. Baru sebulan, aku dah rasa macam ni. Macam mana aku nk bertahan untuk 35 tahun lagi??...Aku rasa tertekan mengajar rakyat Malaysia yang tak paham BI n BM. So bahasa apa yang aku nk guna? Aku rasa gagal, aku tak dapat kawal budak-budak tu. Senang cakap,  my class control fail!!
So, balik dari sekolah petang semalam, aku kembali bermuhasabah tentang diri aku. Mana hilangnya rasa hormat pelajar pada aku? Kadang-kadang terfikir jugak, apa hikmahnya ALLAH tempatkan aku di sini? Aku rasa tertekan, stress....
Tiba-tiba tengah aku dok fikir-fikir tu, aku terpandangkan wallpaper PC housemate aku... Ada ayat yang menyuntik sedekit ketenangan dalam jiwa ni....Lebih kurang macam ni la ayat tu: THIS IS YOUR JOURNEY. IT'S HIS PLAN. YOU HAVE TO CARRY ON AND TRUST HIM........
After that, aku mula berfikir kembali. Jangan persoalkan apa yang telah Dia tetapkan. Just carry on and pray. Remember, He is always with U!!


Tuesday, February 7, 2012

Bunga-bunga cinta



Sunday, February 5, 2012

Kejadian semalam..



Assalamualaikum
Semalam, selepas menunaikan solat Maghrib, aku terdengar bunyi bising di luar rumah. Aduh, mengganggu ketenteraman awam betul. Dengan masih bertelekung aku menjenguk ke bawah di bahagian koridor menjemur pakaian. Rupa-rupanya ada seorang nyonya yang tak puas hati, sebab ada penghuni bahagian atas rumah aku membuang air ke bawah, dan terkena kepala nyonya tu. Mula-mula dia sangka hujan, tapi rupa-rupanya air kotor. Apalagi, marah la nyonya tu. Penghuni lain pun keluar dan menjenguk-jenguk, nak tahu apa yang berlaku. Dari perbualan nyonya tu dengan seorang penghuni lain, aku dapat tahu bahawa yang membuang air ke bawah tu adalah seorang Melayu. Kalau dah melayu tu, tidak syak lagi, memang Islam la dia. Melayu tu senyap je dalam rumah, didn't say 'sorry' at all. 
Sebagai seorang Melayu dan beragama Islam, aku malu dengan kejadian tu. Memang memalukan. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Tidak ada salahnya kalau dia cakap 'maaf' dengan nyonya tu. Mungkin dia fikir, waktu Maghrib tu  tak ada orang yang lalu lalang di bawah, jadi dia pun buang air. Tapi kalau air tu dah terkena orang di bawah, dia harus mintak maaf. Tak kira lah terkena siapa pun, orang Melayu atau bukan Melayu, orang Islam atau bukan Islam.
Sebagai seorang Islam, kita harus cuba mencontohi akhlak Rasulullah. Baginda sentiasa berbuat baik, walaupun kepada orang bukan Islam sehingga mereka tertarik untuk memeluk Islam. 
Lepas tu mak aku call. Aku pun cerita lah kejadian tu. Ketawa mak aku. Mak kata "Baru hang tau macam mana rasa duk rumah flat. Sebelum ni duk rumah bawah ja,hehehe"...
P/S::Prinsip aku senang je, aku akan layan seseorang tu dengan baik selagi dia baik...~PEACE~ 

Saturday, February 4, 2012

Seperti persahabatan Rasulullah dan Saidina Abu Bakar...



Assalamualaikum
Aku sangat kagum dengan kisah persahabatan Baginda Rasulullah dan Saidina Abu Bakar. Kalau baca boleh sampai menitiskan air mata, air mata terharu dan air mata gembira. Betapa hebatnya persahabatan tersebut. Kalau boleh aku pun nak persahabatan yang macam tu. Susah senang bersama.
Sejak dari dulu, kalau aku akan pindah ke tempat baru, aku sering berdoa supaya aku mendapat kawan dan sahabat yang baik akhlak dan agamanya. Alhamdulillah, Allah sentiasa berikan sahabat yang baik kat aku. Di matrikulasi, Usm, IPG Kent, dan sekarang di Klang....
Memang kadang-kadang aku jumpa jugak dengan kawan-kawan yang pelik-pelik perangainya. Tapi setakat ni Alhamdulillah, aku tak terikut dengan 'kepelikan' tu. Aku anggap tu sebagai satu pengalaman hidup, bertemu dan berkenalan dengan hamba Allah yang mempunyai 1001 macam perangai dan tabiat.