Tuesday, June 19, 2012

Dulu dan sekarang



Assalamualaikum

Dulu, sewaktu zaman belajar di USM, IPG Kampus Kent, setiap kali mak call, antara soalan-soalan yang sering mak tanya adalah

1. Dah makan?...Makan apa hari ni?
2. Tak ada kelas ke?
3. Cukup duit tak?
4. Tak keluar ke hari ni?
5. Bila nak balik?

Antara soalan-soalan dan pesanan yang sering ayah tanya dan bagi pulak adalah

1. Sihat?
2. Cukup duit tak?
3. Jangan lupa sembahyang, banyak zikir, banyak doa
4. Jangan keluar sorang (tapi anak ayah sorang ni selalu je ingkar pesanan yang satu ni, hehe)

Sekarang, bila dah kerja, mak selalu tanya

1. Tengah buat apa?

2. Pergi mana tadi? (kalau mak call, tapi aku tak sempat angkat)
3. Keluar dengan siapa? Balik pukul berapa?

4. Masak apa hari ni? (Anak mak sorang ni baru nak belajar masuk dapur, hehe)
5. Beli apa?
6. Tak keluar ke hari ni?
7. Dah bayar duit kereta? Bil broadband? sewa rumah?

Ayah pulak

1. Nadiah sihat?
2. Jangan lupa banyak zikir, baca ayat kursiy....

That's my mak and ayah.....:)

'KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA, KASIH AYAH SEPANJANG MASA'




Tuesday, June 12, 2012

KFC n McD




Assalamualaikum
Ahad lepas, aku sampai Klang pada waktu Zohor. Selesai angkat barang dari kereta ke dalam rumah, jiran sebelah ajak makan. Walaupun aku masih kenyang, tapi aku gagahkan diri jugak teman dia. Kesian pulak, nanti kelaparan dia. Aku cakap "Aku solat zohor dulu ye"....Lepas solat kami keluar. Kami terus ke Jusco Bukit Raja. Cari makan kat situ. Almaklumla la, kalau dh time macam tu susah nk cari nasi berlauk. So ke Jusco la kami, cari fast food yang memang 'fast'..hehe....

Amboi, ramai betul orang kat Jusco. McD penuh, KFC penuh, Nando's penuh, Kenny penuh...semua restoran Fast food penuh..."nk makan mana ni?"...aku bertanya......kami bergerak ke KFC...."Kita tunggu la, orang bangun kita duduk"..aku menambah...."Meh kita tgk kalau2 ada orang yang boleh kita 'halau',hehehe"...kawan aku membalas...Baru tunggu 5 minit, kawan aku ajak ke McD. 
Sebenarnya aku ni teringin nak makan KFC. Bukan teringin tahap mengidam, cuma aku dah bosan makan McD dan teringat kat kawan2 di Sabah dulu. Bila dapat je elaun atau baru lepas siap assigment yang berlonggok-longgok tu, kami mesti 'ziarah' KFC. Kononya nk rewards ourself la selepas penat menyiapkan assigment..hehehe..Tapi hakikatnya KFC je la yang ada kat pekan Tuaran yang kecil tu. McD, Pizza hut memang tak ada. Jadi KFC la yang menjadi pilihan. Kalau nak celebrate birthday pun kami ke KFC. Rindu saat-saat tu. Betul la orang cakap, waktu belajar memang best!

celebrate birthday Josie (tiga dari kanan)
<oopppssss...gambar blurrr sikit>

Saturday, June 9, 2012

Destinasi Cinta...



Assalamualaikum
Entah kenapa sejak akhir-akhir ni, hati ni menjadi kurang sensitif. Bukan sentitif a.k.a kecil hati yang aku maksudkan, tapi hati seolah-olah terasa gelap, hitam. Sebelum ni kalau aku ternampak apa-apa yang 'tak elok' berlaku di depan mata, hati ni cepat rasa marah. Lama-lama aku mula buat tak peduli dengan semua tu sebab hati ni rasa 'penat' dan nak ambil langkah tak nak jaga tepi kain orang lain. Dan inilah akibatnya. Rasa sensitif tu mulai hilang. Aku mula tak terasa apa-apa. Aduhai, bahayanya. Sebab apa? Sebabnya rasa peduli dan menjaga tepi kain orang tu perlu. Tapi biarlah bertempat, kena dengan ajaran agama kita. Supaya kita dapat mengamalkan amar maaruf nahi mungkar. Tapi aku bukan nk ceritakan tentang amar maaruf nahi mungkar kat sini. Terasa belum cukup ilmu untuk membicarakan soal itu, biarlah yang lebih arif mengulas tentang hal ni ye. 
Straight to the point, aku cuma terasa hati ni semakin hilang sensitif. Kenapa agak-agaknya? Hati ni mula terasa 'hitam' (aku yang rasa, sebab hati aku kan).... 

“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).”

Aku mula berfikir tentang segala perbuatan aku, apa amalan aku. Kenapa 'rasa' tu telah hilang. Aku berfikir-fikir, mana aku nak dapatkan kembali 'rasa' tu. Aku mahukan 'rasa' tu kembali. 
Mungkinkah amalan aku semakin berkurangan (I guess so)? Mungkinkah pergaulan aku juga menjadi punca ( maybe)? Mungkinkah aku berteman dengan orang-orang yang tak sesuai dengan jiwa? 
Aku mahukan 'rasa' tu kembali....'Rasa' yang sukar untuk aku jelaskan kat sini. For those yang faham 'rasa' yang aku maksudkan, anda-anda semua mesti setuju kalau aku kata 'rasa' tu sangat indah kan. Aku cuba mencari 'rasa' yang pernah ada dalam hati ini, dan sekarang 'rasa' itu telah hilang. Aku MESTI cari balik 'rasa' tu. 
Tetiba teringat pulak lirik lagu "Destinasi cinta" dari Mestica, dan aku mula bersetuju dengan kata-kata dalam lirik tu.....


"Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi"














Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru



Assalamualaikum
Hari ni 16 Mei...Happy Teacher's Day kepada semua guru. 
Teringat pulak. Masa aku sekolah rendah dulu, memang excited nak bagi hadiah kat cikgu bila tiba Hari Guru. Dan insan yang selalu tolong aku pilih dan beli hadiah mestila mak aku. Tapi aku tak pernah pun bagi hadiah sempena Hari Guru kat MAK dan AYAH aku. Sedangkan mak dan ayah aku lah guru pertama aku sejak aku dapat melihat dunia ni..Mak yang ajar aku mengenal alif ba ta... Ayah yang ajar aku cara-cara nk sembahyang....Hmmmm......So mulai hari ni, tarikh ni, aku nak pesan. Kalau tiba je hari guru, dahulukan hadiah untuk mak dan ayah kita. Sebab mak dan ayah la guru pertama dalam hidup kita.....Selepas tu, boleh la fikirkan hadiah untuk cikgu-cikgu kita di sekolah. Bukan bermakna cikgu-cikgu di sekolah tu tak penting (marah cikgu2 kat aku nanti, huhu), tapi dahulukan lah mak dan ayah kita. Dalam apa-apa tindakan kita, jangan lupa minta pendapat mak ayah kita dulu. Sebab mereka tahu apa yang terbaik buat kita....

"Redha ALLAH terletak pada redha kedua ibu bapa, kemarahan ALLAH juga terletak pada kemarahan ibu bapa"

ps: Happy Teacher's Day to my mak n ayah, myself (ececeh, hehe) n cik mila.....






Friday, May 11, 2012

Is the way of life...



Assalamualaikum
Hari sabtu minggu lepas, aku ikut my housemate (kak wahida) n my future housemate (natrah) pergi ke masjid negeri. Ada ceramah. Lepas ceramah, aku n natrah merayap-rayap la di perkarangan masjid tu. Banyak gerai jualan, macam-macam ada (cewah...,hehe).... Tiba-tiba aku n natrah stop kat satu gerai tu. Ada jual jajan, Natrah pun bersuara 'budak-budak suka la ni'......'aah', aku jawab. Then kami ternampak ada jual sticker yang tampal-tampal kt cermin kereta tu...Hish, aku tak tau la orang lain panggil apa benda tu. Tapi aku panggil sticker je. Aku n natrah pun belek-belek la sticker tu. Mana tau ada yang berkenan. Aku cakap kat natrah, 'Mesti orang yang jual ni orang kelantan'...Natrah buat muka pelik, tak paham la tu maksud aku...'Ni ada sticker negeri kelantan ni'......'Ooooo' Natrah menangguk-angguk kepala. Sticker negeri lain  tak ada pulak, so memang boleh di terima la andaian aku tu kan3..... Tiba-tiba aku ternampak sticker yang tertulis 'Islam Is The Way OF Life'....Aiseh, cam terberkenan la pulop.....Eh, jap. Tetiba aku terfikir. Ayat ni sangat besar nilai dan maknanya. Kalau aku tampal sticker tu kat cermin belakang, for sure kereta yang di belakang aku boleh baca. Then, kalau aku bawak kereta macam hantu, tak ikut undang-undang, main suka hati ja masuk lorong tak bagi signal, sampai buat orang lain marah dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain, mesti aku kena 'bambu' dengan pengguna jalan raya yang lain. Mesti dorang kata 'Bukan main lagi sticker tu, tapi bawak kete macam hampeh'.....Oppppssss, aku rasa aku dah mencemarkan agama sendiri tu.....So aku tak jadi beli. Sebab apa? Sebab aku tak nak orang lain memandang serong pada agama aku hanya kerana pengikutnya (aku la tu salah sorangnya) yang tak mematuhi peraturannnya. Salah ke aku fikir macam tu??? Terpulang........

pssss..: always remember ----->> i'm a muslim.....


Thursday, May 10, 2012

Pandai....tapi tak ada back-up



Assalamualaikum
Semalam, waktu rehat aku dan Azreen sempat berbual-bual dengan Ustaz sebelum ustaz balik (ustaz masuk sekolah pukul 10pg, balik pukul 4 ptg).
Entah apa topik yang kami bertiga bual kan (aku pun dh lupa), tiba-tiba aku tanya ustaz, 'Si ***** tu pandai mengaji tak ustaz?'....Menyibuk je aku ni tanya pasal pelajar ustaz kan. Tapi oleh kerana 6 orang je cikgu Islam di sekolah tu, dan pelajar Islam adalah golongan minoriti di situ, aku sengaja menyibukkan diri ambil tahu pasal budak-budak yang seagama dengan aku tu. Bukan apa, aku rasa macam aku juga menggalas tanggungjawab yang sama dengan ustaz. Bukan aku je rasa macam tu, rakan-rakan guru Islam yang lain juga rasa macam tu. 
Ustaz kata, 'Si **** tu boleh mengaji. Tapi yang sorang lagi tu tak berapa (tak lancar sangat membaca). Budak-budak ni sebenarnya pandai. Tapi cuma tak ada back-up. Kelas agama seminggu 2 hari je.'
Aku yang tak paham ni tanya ustaz balik ' Tak ada back-up? Maksud ustaz?'
Ustaz jawab 'Macam ni, budak SK dan SJKC ni lain. Yang kat SK tu, walaupun tak berapa pandai tapi dorang ada back-up, iaitu sekolah agama (waktu petang/pagi). Jadi,dorang jadi pandai. Budak kat SJKC ni, dorang pandai (kalau ajar apa-apa memang cepat dapat), tapi dorang tak ada back-up. Mak bapak tak hantar pergi sekolah agama.'...Macam tu la kurang lebih penjelasan ustaz...Ooooo, baru aku faham. Tapi tak di nafikan, ada juga di kalangan budak-budak ni yang pergi sekolah agama lepas habis sekolah kebangsaan. Tapi mungkin tak ramai. Isu pandai dan tak pandai dalam entry aku ni merujuk pada ilmu agama budak-budak ni- pandai mengaji ke tak. Aku tak maksudkan dengan keputusan akademik ya. 
Bagi aku, bukan isu sekolah agama ke tak. Kalau mak ayah boleh ajar anak di rumah dengan ilmu agama yang cukup, tak hantar anak ke sekolah agama pun tak pe. Tapi kalau mak ayah rasa tak mampu nak ajar anak (mungkin sibuk kerja), lebih baik hantar je anak ke sekolah agama. Itu adalah HAK seorang anak untuk mendapat pendidikan yang secukupnya.


Sunday, May 6, 2012

Kehendak manusia



Assalamualaikum

Hari ni aku rasa sangat bosan. Melepak je kat rumah. Nak tengok tv, tV9 je yang betul-betul 'clear' kat rumah ni. Kalau petang tu, tak ada dah cerita lain, kartun3.... kalau aku ni budak-budak, tv9 tu memang dah jadi favourite channel aku dah. 
Aku call mak. Saja je aku call mak. Mak tanya, banyak ke beli buku semalam (i went to pesta buku yesterday)?... Aku jawab, ada la jugak. Kejap je pergi. Kalau lama2 kat sana memang lagi banyak la duit habis......Hehehe,ketawa mak aku...... Aku tanya mak lagi, mak, nak beli phone baru boleh?....ikut hang la, duit hang..... hehe, saja ja aku mintak kebenaran mak.....Tapi hakikatnya, aku nak bagitau mak yang aku teringin nk phone baru indirectly...hihi....
Kenapa nak beli phone baru? Biasa la, aku kan manusia biasa + perempuan. Bila ada duit sikit mula la teringin macam-macam. Eh, kenapa aku salahkan 'manusia biasa + perempuan' pulak?? Sebab manusia ni memang sinonim dengan nafsu dan kehendak. Tak pernah rasa cukup dengan apa yang ada..Kalau ada satu, nak dua. Bila dah ada dua, nak tiga... Betul tak?
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud ;
"Sekiranya manusia memiliki dua buah lembah harta sekalipun, nescaya mereka akan mencari lembah yang ketiga. Dan tidak dapat dipenuhi perut manusia melainkan tanah dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat". (Riwayat Ahmad).
Tapi tu bukan bermaksud kita harus ikut je kehendak dan nafsu kita. Oh, mentang-mentang manusia memang dijadikan begitu sifatnya, jadi kita ikut je hati kita ye.... Jangan macam tu.... Lupa ke Allah juga berikan akal kepada kita supaya kita dapat berfikir. Bukan setakat akal, Allah juga berikan agama pada kita sebagai panduan supaya kita tidak sesat di dunia ni. 
Jadi, jangan salah kan sifat yang ada dalam diri kita jika diri sendiri tidak pandai menilai kebaikan dan keburukan.