Friday, December 28, 2012

Buku...



Asslamualaikum

Dah lama blog ni aku tinggalkan. Almaklumla, cuti sekolah, cuti sakan. Agaknya kalau fizikal blog ni macam rumah, dah lama cik lelabah buat rumah tumpangan, berhabuk, dan mungkin cik anai-anai pun sibuk nak check-in....
Tiba-tiba hari ni rasa rajin pula. Nak ceritakan sesuatu, nak luahkan sesuatu. Tentang buku.
Semalam aku ke kedai buku dengan 2 orang kawan, seorang Melayu dan Seorang Cina. Nak melepaskan gian, dh berapa bulan aku tak beli buku baru. Entah berapa kali aku khatam buku-buku yang ada di rak aku ni. Sebenarnya, aku ni bukannya cukup duit sangat. Tapi hati ni nak juga beli. Last-last aku terbeli juga buku, Bukan satu tau, tapi dua. (Melepaskan 'dendam' 2-3 bulan ni)..
Semasa di kedai buku, sebelum ke kaunter bayaran, aku menjenguk kawan-kawan aku tu. Saja nak tau barang apa yang dorang beli. Rupanya mereka tengah berbual pasal penulis-penulis buku-buku inggeris. Dorang berdua ni cikgu cikgi bahasa inggeris. Aku pasang telinga je, tak menyampuk. Sebab aku bukan kenal pun penulis-penulis mat salleh ni. Tiba-tiba aku tersenyum, tersenyum mengenangkan diri sendiri. Nama je aku ni guru Bahasa Inggeris, bukan main lagi mak ngah, opsyen bahasa inggeris kat IPG dulu. Teringat kata-kata mentor aku kepada kami sekelas 'You are TESLian'...haha...Tapi aku memang tak berminat langsung nak baca buku Bahasa Inggeris, selain buku berkaitan pendidikan. Dulu aku selalu terpikir, macam mana la aku boleh berani-berani apply subjek ni sebelum masuk IPG. Masa nak interview dulu, aduhai, sabar je la hati ni. Berdegup kencang dalam bilik interview, kena interview dalam bahasa inggeris, fully English..Dengan muka yang konon-konon confident, speaking english. Aku pun tak tahu betul ke tak. Betul la kot agaknya kan, dah lulus interview tu..hihi...Dah jadi cikgu pun sekarang, Alhamdulillah, rezeki yang diberikan-Nya.

ni lah buku2 yang aku beli semalam.
bukan buku berbahasa inggeris ye...

Wednesday, November 7, 2012

Cuti Sekolah..



Assalamualaikum

Tinggal beberapa hari lagi cuti sekolah akan bermula...yeeehhaaa....Mood nk pergi sekolah tinggal separuh je..hehe....Kadang-kadang terfikir. Bestnya jadi budak sekolah. Dh akhir tahun macam ni, exam dah habis, buku teks dah kutip, boleh ponteng sekolah..hehe..Tapi jadi cikgu sekolah tak boleh ponteng sekolah. Akhir2 tahun macam ni la sibuk nk siapkan kerja. Selesaikan apa yang belum selesai...Mungkin orang nampak aku macam relaks je kat sekolah. Sampai kena sindir2 positif oleh cikgu2 lain..hehe..Tapi dorang tak tahu kerja aku.
Aku ada masa sendiri untuk buat kerja aku. Sama macam aku ajar kelas pemulihan..Orang kata tu kerja senang...Tak banyak kelas....(ye la tu tak banyak kelas)...Tu apa yang mereka nampak. Macam mana pula dengan apa yang mereka tak nampak?...Kesabaran di dalam hati aku?? (sabar ke aku??..hihi)...Bukan senang nak ajar murid yang tak tahu apa. Murid yang sentiasa fikir dia tak pandai. Perlu motivasikan budak2 ni. Jadi next year, sama ada aku ajar pemulihan atau tak aku akan menghargai dan menghormati guru2 yang mengajar pemulihan...






Saturday, October 13, 2012

Orang beriman dan orang kafir



Assalamualaikum
Semalam aku ada kelas (kelas kecik je). Dalam kelas tu antaranya membincangkan tentang amalan orang yang beriman dan orang kafir. Kenapa amalam orang kafir tidak di terima Allah. Kerana walau sebanyak mana pun amalan baik yang mereka lakukan, tujuan mereka bukan untuk mendapatkan keredaan ALLAH, bukan kerana mengikut perintah ALLAH. Aku tertarik dengan kisah yang aku baca (sorry, tak pasti tajuk dan penulisnya). Selepas baca kisah ni, aku lebih faham perkara ni, insyaALLAH..

Seorang lelaki masuk ke dalam sebuah kebun yang luas yang bukan miliknya. Kemudian dia mendapati di dalamnya terdapat buah-buahan dan pelbagai jenis makanan dan minuman. Lalu dia pun makan dan meminumnya. Selepas itu dia melakukan kerja di dalam kebun itu, ada pokok yang dicabutnya dan ada yang ditanam. Kemudian seorang lelaki lain masuk ke dalam kebun itu, dia berkata pada dirinya: " Aku tidak akan melakukan sesuatu di dalam kebun ini sehingga aku bertemu pemilik kebun atau wakilnya ".
Dia terus mencari orang tersebut. Apabila wakil pemilik kebun menemui kedua-dua lelaki tadi, dia menegur kerja-kerja yang dilakukan oleh lelaki pertama, tetapi lelaki itu tidak mengendahkan teguran tersebut. Dia terus melakukan kerja di kebun itu tanpa mendapat kebenaran pemiliknya. Lelaki kedua pula mendengar segala arahan wakil pemilik kebun itu dan melakukan kerja mengikut arahan yang diberikan. Sekarang, siapakah yang berhak menerima upah?
Adakah orang yang masuk ke dalam kebun tanpa kebenaran dan melanggar arahan pemilik yang dibawa oleh wakilnya layak menerima upah? Adakah dia layak menerima upah walaupun ada kerja baik yang dilakukannya di dalam kebun itu?
Tidak syak lagi setiap yang berakal akan menjawab, upah akan diberikan kepada orang yang mengikut segala arahan pemilik kebun. Orang yang menceroboh dan melakukan kerja mengikut kemahuan sendiri tanpa kebenaran pemilik walaupun ada orang yang melarangnya, tentu tidak layak menerima upah walaupun sebahagian daripada kerja yang dilakukannya adalah baik.
Begitulah alam ini dan segala isinya. Ia adalah milik Allah. Manakala para rasul-Nya adalah utusan dan wakil Allah Taala. Orang yang beriman adalah orang yang melakukan amalan berpandukan petunjuk Tuhannya. Manakala orang kafir adalah orang yang menggunakan segala milik Allah tanpa keizinan dan petunjuk-Nya serta pada masa yang sama menentang para rasul-Nya...

Wednesday, October 10, 2012

Baik vs tak baik?





Assalamualaikum

Siapakah orang baik? Siapa pula orang tak baik? 
Aku baik ke? Aku tak rasa aku baik...
Sebab? Sebab aku tau la, diri aku kan (aku banyak dosa tau)
Aku jahat ke? Apa pula definisi jahat?
Mereka kata aku budak baik..
Aku tak pernah sekali pun mengaku aku baik (atau aku perlu buat press conference mengaku aku jahat???)
Aku baik sebab aku begitu, begini???
Aku begitu begini sebab aku memang begitu begini 
Mereka kata aku berpura-pura?
Terpulang...aku sudah penat melayan orang sebegitu
Teruskan berfikir bahawa aku berpura-pura, teruskan
Aku tidak marah
Sebab...Tak guna aku marah-marah
Nanti muka berkedut, cepat nampak tua...hehehe

********************************** PEACE NO FIGHT ******************************


Tuesday, October 2, 2012

Orang yang baik



Assalamualaikum
Sepanjang 25 tahun aku bernafas di atas muka Bumi Allah ini, baru kini kali pertama aku rasa sakitnya di khianati, di tikam dari belakang. Apa maksudnya tu? Dengan kata lainnya, kawan makan kawan. Sakitnya, sedihnya hanya Allah yang tahu. Sakit dan sedih kerana ditikam oleh kawan sendiri. Aku menangis, menangis dan menangis....
Kenapa aku menangis? Bukan aku yang sepatutnya menangis kerana bukan aku yang menikam. Ya, aku menangis kerana dia adalah kawan, sahabat aku sendiri. 
Ooopppppssss.....mungkin aku tak patut menggunakan perkataan 'sahabat' itu lagi. Terlalu istimewa bunyinya, cukup la sekadar aku gunakan perkataan 'kawan'. Lebih umum bunyinya kan....
Kita hanya manusia. Sekilas ikan di air, kita masih tak tahu jantan betina nya. Sebab ilmu kita terbatas. Begitu juga dalam menilai manusia. Luarannya nampak baik, bagus....Hakikatnya tegarnya hati mengkhianati kawan sendiri. 
Apabila berdepan dengan situasi begini, aku mula teringat kata-kata ayah dulu. JANGAN KATA SESEORANG ITU BAIK SELAGI DIA TIDAK BERPEGANG DENGAN ISLAM.....

Wednesday, September 19, 2012

Rezeki



Assalamualaikum
Aku hanya nk berkongsi kisah diri sendiri. Tentang rezeki dari segi wang ringgit. 
Sebelum Ramadhan yang lepas, aku memang dah berhajat nk hulur duit kat mak ayah untuk perbelanjaan hari raya. Walaupun tak banyak, tapi aku tetap nak hulur. Bukan apa, takut ni saja kesempatan yang ada untuk aku. Ramadhan dan Syawal tahun depan aku tak pasti lagi macam mana keadaan aku di dunia ni. Jadi sebelum Ramadhan, aku dah mula berjimat. Walaupun berjimat, aku masih ada baki duit gaji bulan sebelumnya bila dapat gaji yang baru. Walaupun duit ada sikit je dalam wallet, ake tetap boleh makanan, beli topup, isi minyak kereta.  
Lepas tu tiba bulan Ramadhan. Aku mula berangan-angan, mesti aku boleh lagi berjimat sebab tak beli makanan sangat. Beli makanan sehari sekali je. Berbanding sebelum ramadhan, kadang-kadang aku beli makanan sehari 2 kali. Siap belanja kawan2 lagi. Kadang-kadang aku share2 makanan aku tu. Aku belanja kawan, share makanan, tapi duit dan makanan aku sentiasa ada dan cukup.
Tapi rupa-rupanya jangkaan aku meleset. Bila tiba Ramadhan, rezeki duit aku jadi sempit. Bonus yang aku dapat pun habis aku gunakan. Aku pun tak pasti kemana duit aku mengalir. 
Lepas je Ramadhan dan raya, aku mula berfikir-fikir, bermuhasabah diri. Kenapa rezeki aku jadi macam tu. Padahal ketika Ramadhan, aku belanja duit untuk sekali makan je.Mustahil cepat sangat duit aku habis. 
Tiba-tiba aku terfikir kembali, rupa-rupanya ketika Ramadhan yang lepas aku sangat jarang beli makanan untuk di kongsi dengan kawan-kawan. Walaupun aku berbuka puasa beramai-ramai, tapi aku hanya beli makanan untuk aku seorang saja. Masa tu aku fikir, dah banyak sangat makanan yang kawan-kawan aku beli. So, kalau aku beli lagi, mesti akan membazir. Tapi rupa-rupannya aku silap. Dari situ aku mula nampak salah aku. Tak salah jika aku beli makanan lebih sikit untuk di kongsi-kongsi. Agaknya duit aku jadi tak cukup sebab keberkatan tu hilang, walaupun dalam bulan Ramadhan. Sebabnya aku tak berkongsi rezeki yang ALLAH dah bagi pada aku.
Pengajarannya, jangan lupa berkongsi setiap rezeki yang ALLAH bagi. Sebab tu semua kepunyaan ALLAH. Takkan habis pun kalau kita berkongsi......

Monday, August 6, 2012

Tahajjud...



Assalamualaikum
Minggu lepas aku ada beli sebuah buku. Almaklumla, sejak-sejak menjadi manusia bergaji ni, boleh la bershoping buku tiap bulan, hehe. Tajuknya '111 TIP UNTUK MUDAH BERTAHAJJUD' karya Muhammad Bin Soleh Abu Abdillah. Diterjemah oleh Ustaz Mohd. Suhail dan di semak oleh Dr. Muhammad Sabri Bin Sahrir. 
Seperti yang kita semua maklum, solat tahajjud ni adalah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau penghujung malam. Ustaz aku pernah bagitahu dulu, kalau nk buat solat tahajjud  mesti tidur dulu, walaupun sekejap. Kalau tak, tak jadi lah tahajjudnya. 
Selepas baca buku ni ( walaupun belum khatam), baru aku tahu, ada banyak galakan (ayat Al-Quran dan Hadith) yang mengajak kita (umat Islam) untuk mengerjakan solat tahajjud ni sebagai ibadat tambahan. Antaranya (aku senaraikan apa yang termampu) ;

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

1. " Wahai orang yang berselimut ( Muhammad )! Bangunlah (untuk melaksanakan solat) pada waktu malam hari, kecuali sedikit (darinya). (Iaitu) satu perduanya atau kurangkanlah dari satu perdua itu sedikit. Atau lebih dari satu perdua itu dan bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan."                                                                                                                           
(Al-Muzammil: 1-4)

2. " Pada sebahagian malam hari laksanakanlah solat tahajjud sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Rabbmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji."
(A-Isra': 79)

3. " Pada sebahagian dari malam, maka bersujudlah kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada bahagian yang panjang di malam hari. "
(Al-Insan: 26)

4. " Bertasbihlah kepada-Nya pada beberapa saat di malam hari dan di waktu terbenam bintang-bintang (di waktu fajar)."
(Ath-Thur: 49)

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :

1. " Rabb kita ( Allah ) Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi turun di setiap malam ke langit dunia pada satu pertiga malam terakhir. Dia berfirman, 'Barangsiapa berdoa kepada-Ku, pasti Aku kabulkan. Barangsiapa meminta kepada-Ku, pasti Aku penuhi. Barangsiapa memohon ampun kepada-Ku, pasti aku ampuni."
(HR. Bukhari dan Muslim)

2. " Solat paling utama setelah solat maktubah (wajib) adalah solat pada satu pertiga akhir malam, sedangkan  puasa paling utama setelah puasa Ramadhan adalah puasa pada bulan Muharram."
(HR. Muslim)

3. " Solat yang paling dicintai Allah adalah solatnya Nabi Daud a.s dan puasa yang paling dicintai Allah adalah puasanya Nabi Daud a.s. Dia tidur hingga pertengahan malam, lalu solat pada satu pertiganya kemudian tidur kembali pada satu perenam akhir malamnya. Dia juga berpuasa sehari dan berbuka sehari."
(HR. Al-Bukhari dan Muslim)

4. " Waktu paling dekat antara Rabb dengan seorang hamba adalah pada tengah malam terkahir. Oleh kerana itu, apabila kamu mampu menjadi sebahagian dari orang-orang yang berzikir kepada Allah (solat) pada waktu itu, maka lakukanlah."
(HR At-Tirmizi, An-nasa'i dan Al-Hakim)

5. " Dirikanlah solat malam kerana ia adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya solat malam dapat mendekatkan diri kepada Allah, menghalang dari dosa, menghapus kesalahan dan menolak penyakit dari badan."
(HR. At-Tirmizi, Al-Baihaqi dan Al-Hakim)

Jadi apa tunggu lagi, sempena bulan Ramadhan yang mulia ni mari lah kita sama-sama cuba untuk mengerjakan solat tahajjud!