Thursday, September 15, 2011

'Tuhan....Berikan aku Cinta...'




*video From youtube.com

Monday, September 5, 2011

LaKsa Sarawak....



   Hari ni 1st time aku makan Laksa saraWak.....Pergghhh, sedap!!!...Tak sangka aku, rupa-rupanya sedap laksa sarawak tu....Boleh la aku katakan ni laksa yang ke-2 sedap lepas laksa yang MAK aku buat. Laksa yang mak buat memang tak ada tandingan..(5 kilo ikan mak beli untuk buat kuah laksa raya tahun ni)...hehe....Adui, masih terasa rasa laksa sarawak kat mulut ni.....Tak kenal maka tak cinta.....:)


Image from Google

Sunday, August 21, 2011

Hampir berlalu pergi...



          Sedar tak sedar dh 21 hari kita berada dalam bulan Ramadhan. Honestly, Ramadhan kali ini la aku rasa paling pendek, walaupun jumlah harinya sama ja dengan Ramadhan2 yang lepas. Mungkin kali ni aku sibuk dengan praktikum, every night busy with my lesson plan and teaching aids. Setiap hari hanya terpikir tentang lesson plan- apa nk ajar, apa aktiviti yang menarik untuk pelajar, nk siapkan BBM, cara nk handle pelajar, worksheet yang sesuai untuk remedial activity, ah macam2 lagi!

            Kalau dibandingkan dengan tahun lepas, aku berada di rumah sepanjang Ramadhan. Setiap hari dapat berbuka dan bersahur dengan mak, ayah dan dikna. Tolong mak buat tempahan kuih raya, tolong siapkan air untuk bersahur dn berbuka, panaskan lauk untuk bersahur, tolong mak beli juadah berbuka di bazar, tolong mak beli barang2 di kedai. What a precious moments! Tapi dulu aku tak pandai hargai semua tu. 
            Berbeza dengan tahun ni, sekali pun masih belum pernah berbuka dan bersahur dengan mak dan ayah. Selalu ja aku teringat kata-kata ayah dlu ketika aku jadi penganggur terhormat di rumah. Setiap kali aku dapat tahu kawan2 dapat kerja, mmg terasa sedih. Ayah seolah-olah faham. Kata ayah " Sekarang ni la masa kak Nadi nk duduk rumah puas2. Nanti kalau dh kerja memang dh tak rasa macam ni".....Kini, kata-kata ayah dh terbukti. I miss my mak n ayah! 

   

Saturday, August 20, 2011

soalan @ ayat yang biasa aku dapat dari murid2....



1." Teacher, finished" - tanda kerja dh siap
2. "Teacher, esok PSV nk bawak apa?"- soalan dari murid tahun 3
3. "Cikgu, hari 5 bawak pensel warna jak?"-soalan dari murid tahun 2
4. "Cikgu,saya x bawa pensel warna"- dari tahun 2
5. "Cikgu sudah kahwin?"- aduh,soalan dari tahun 2
6. "Teacher, may I go to the toilet?"- dari murid tahun 3
7. "Cikgu tinggal di mana?"- soalan dari murid tahun 2
8. "Teacher, saya!saya!saya!"-tahun 3 nk jawab soalan...hehe
9. "Selamat pagi cikgu"-pagi2 kalau berselisih dgn murid2

Tapi ada 1 ayat yang sampai sekarang aku tak dapat dngar dari murid2 ku sepanjang praktikum ni.............

10. "Assalamualaikum cikgu"

Saturday, July 30, 2011

New word...



Minggu pertama di Sk Pukak...makan-makan di Prasekolah...

Encik kerani : Makan punti ni Siti..
Aku             : ya...<smbil mengangguk...padahal tak tahu pun punti tu apa>
Encik kerani : tau tak punti tu apa?
Aku             : hehe..<senyum ja>...tak tahu..
Encik kerani : ni ha punti..
Aku             : ooo.....<pisang rupanya>...hehe

*punti=pisang, dalam bahasa dusun

Moral of the story: malu bertanya sesat jalan....hehe


Saturday, July 16, 2011

(pic) Sk Pukak....



  welcome to Sk Pukak



 Bilik Guru + pejabat


  Kelas


 Kelas


Kelas

Saturday, July 9, 2011

Macam-macam rasa ada...




"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah al-Rum, ayat 21) 

Hari ini (9 Julai 2011) my best friend a.k.a Nurul Azlyn Azmi bertunang. Tahniah Lyn,jodoh ang dah sampai.Semoga ang dapat jodoh yang beriman. I'm happy for U =)


Tapi aku rasa sedih jugak. Tak lama lagi Lyn dh nk jadi isteri orang. Dah tak boleh nk lepak2 dgn dia <lepak dgn Fasuhada je la lepas ni>. Dh tak boleh nk gila2 cam dulu2,huhu.

Aduh, terasa macam baru semalam kami bertiga pergi sekolah sesama, naik basikal balik sekolah sesama, buat ujian lisan BM n BI sesama, singgah kedai sesama....rindunya time tu...what a precious moment!...<mood:sedih + hepy>


*p/s: Cik Fasuhada n Cik Mila, jangan tinggal daku....huhu