Wednesday, March 14, 2012

Andainya ku tahu..-beruntungnya menjadi umat Muhammad



Assalamualaikum
Kisah ni aku ingin kongsikan dengan anda-anda-anda semua. Aku ambil dari http://syahirul.com

KISAH ALLAH MENCIPTAKAN JIBRAIL A.S


Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa, “Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.
Setelah memandang dirinya yang tampak begitu indah dan sempurna, maka malaikat Jibrail pun berkata kepada Allah, “Wahai Rabbku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku?” Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan malaikat Jibrail, “Tidak”. Mendengar jawapan Allah, maka malaikat Jibrail pun berdiri dan melakukan solat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah. Pada setiap rakaat solat yang dikerjakan oleh malaikat Jibrail, dia menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya.
Setelah malaikat Jibrail selesai melaksanakan solatnya, kemudian Allah pun berfirman kepadanya, “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembahKu seperti ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.
Seandainya mereka mengerjakan solat dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang, dengan pikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai daripada solatmu. Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan solat itu atas perintahKu sedangkan solat kamu bukan atas perintahKu”.
Setelah mendengar hal tersebut, Jibrail pun kembali bertanya kepada Allah, “Ya Rabbku, apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepadaMu?” Maka Allah berfirman yang ertinya, “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal mereka”. Malaikat Jibril kemudian meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa tersebut.
Setelah Allah memberikan izin kepadanya, maka malaikat Jibrail pun mengembangkan sayapnya dan terbang menuju syurga Ma’waa. Satu hayunan sayap malaikat Jibrail adalah sama dengan jarak perjalanan selama 3000 tahun. Maka terbanglah malaikat Jibrail selama beberapa lama perjalanan, malaikat Jibrail akhirnya kepenatan dan turun untuk singgah dan berteduh di bawah sebuah pohon. Di sana ia bersujud kepada Allah lalu berkata, “Ya Rabbku, apakah aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke syurga Ma’waa?”
Maka Allah pun berfirman, “Wahai Jibrail, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan”.
Sabda Rasulullah, “Sebelah kanan sayap Jibrail terdapat gambar syurga berserta dengan segala isinya termasuk bidadari-bidadari, istana, pelayan dan sebagainya manakala sayapnya yang sebelah kiri terdapat gambar neraka dan segala isinya yang terdiri daripada beberapa macam ular yang cukup bisa, kala jengking dan neraka yang bertingkat-tingkat serta penjaganya yang terdiri daripada malaikat yang garang dan ganas yakni malaikat Zabaniyah“.
Kata Rasulullah lagi, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang kecil pada badan manusia kemudian mereka akan menarik rohnya dari kedua telapak kaki hingga lutut dan mereka pun keluar. Setelah itu datang lagi sekumpulan malaikat masuk menarik roh dari lutut ke perut. Begitulah seterusnya dari perut ke dada dan dada ke kerongkongnya. Itu saat nazak seseorang”.
“Kalau orang yang nazak itu orang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang itu dapat melihat kedudukannya di syurga sehingga terlupa orang-orang di sekelilingnya. Jika orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap sebelah kiri untuk menunjukkan tempatnya di neraka sehinnga ia menjadi sangat takut serta lupa kepada keluarganya”, kata Rasulullah.
Kita sebagai umat Islam mesti mengakui kebenaran ini dan ia adalah sama seperti kita beriman kepada perkara ghaib. Tidaklah mustahil bagi Allah untuk menciptakan segala sesuatu kerana Dia maha pencipta. Cukuplah sekadar kita melihat langit yang tidak bertiang, bukankah ia perkara mustahil bagi manusia untuk membuatnya?
Rujukan: Himpunan kisah-kisah teladan
Dalam surah Ar-Rahman sebanyak 31 kali Allah bertanya kepada manusia dan makhluknya dengan pertanyaan, “Maka nikmat Tuhanmu yang mana satukah yang kamu dustakan?”

Saturday, March 10, 2012

10 Mac...



Assalamualaikum
Ada apa dengan 10 Mac?? Hari ni bertambah lagi setahun umur aku....hehe...(bukan nk promote birthday sendiri ye)..... Sebenarnya cuma nk kabor kan, esok teman nk balik kampung...Tu je,hehe...Yipppiiiii......SCHOOL HOLIDAY.... School holiday penting untuk orang macam aku ni (perasan jap).....Nak tenangkan diri n otak ni, cari tempoh bertenang.....
Wahai Nadiah, umur semakin bertambah. Amalan macam mana???

Thursday, March 8, 2012

Nasihat buat diriku....



Assalamualaikum
Baru lepas masak maggi, untuk bawak bekal ke sekolah. Tiba-tiba tengok Hp ada miscalls. Oh, ayah telefon rupanya. Aku call ayah balik. Ayah kerja di Taiping hari ni. Ayah tanya sihat ke tak? Duit cukup ke tak?...Oh no, aku dah rasa nak menangis. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab aku agak stress minggu ni. Banyak betul hal berlegar-legar dalam kepala ni. Sampai kn tengah mengaji pun  fikiran masih di awang-awangan. I have to relax......
Tu just intro ayah je, aku tau tu. Sebenarnya mesti ada hal lain yang ayah nak cakap dengan aku. Ayah tanya lagi, kerja macam mana. Aku jawab 'macam tu la' dengan nada yang sedih. Mesti mak ada bagitau ayah apa yang dah jadi dengan aku,huhu....
Pesan ayah....
- banyak sabar
- kerja tempat baru memang macam tu. tambahan lagi aku orang baru
- bila dah kerja kena ada azam : cuba untuk berkuasa, supaya kita berada di atas
 Syukran ayah.........

Monday, March 5, 2012

Kelas Pemulihan



Assalamualaikum
Sabtu lepas, aku di arahkan untuk mengajar pemulihan after semester break, bukan lagi Bahasa Inggeris. Alasan yang diberi sangat tak boleh diterima oleh akal aku, sebab aku tau apa yang berlaku di sebaliknya. Alasan yang diberi hanya untuk mengaburi mata aku, dan sebenarnya untuk menyelamatkan diri dorang. Aku betul-betul rasa teraniaya...... Rasa sedih sangat, balik dari sekolah aku menangis selepas solat maghrib. Aku mengadu pada-Nya......  Dan aku sering teringat ayat ni yang menjadi sumber kekuatan......

                    " Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya......"
Al-Baqarah:286

Selepas aku cuba bagi macam-macam alasan untuk mempertahankan jadual aku (mengajar Bahasa Inggeris), aku masih gagal.... Dan di waktu ini, aku cuba berfikiran positif untuk memujuk hati. Aku cuba menyenaraikan segala kebaikan dan keburukan kalau aku mengajar pemulihan (eh, macam buat karangan pulak,hehe)... Hmmmm, nampaknya keburukannya lebih banyak berbanding kebaikan. Kebaikannya hanya satu, dan keburukannya lebih dari satu. Tapi kebaikan yang satu tu telah dapat memujuk hati aku ni.....

Kebaikannya: Masuk sekolah awal dapat balik awal dan tak perlu terkejar-kejar untuk solat zohor dan asar. Dapat solat dengan tenang....



Thursday, March 1, 2012

wah..banyaknya!!



Assalamualaikum
Tadi tiba-tiba ada seorang cikgu cina tanya aku...
"cikgu ajar class 2H?"
Aku angguk...dia tanya lagi.

"2K?"
Aku iyakan juga...

"saya nak tukar waktu hari sabtu nanti dengan cikgu boleh?"
Aku pun tanya sambil tunjuk jadual aku.
"pukul berapa tu cikgu?"
Lepas dia tengok jadual aku, huh baru dia terkejut.
"wah, banyak ni. Cikgu boleh tahan ke macam ni?....kalau sini boleh?"..Sambil tunjuk waktu pertama 1.25pm-1.55pm...
Aku pun  jawab..
"Sini tak boleh, saya nak sembahyang time ni."
"Oh, tak apa lah kalau macam tu"...dia balas..
Fuh, nasib baik aku tak kena tukar. Sebenarnya aku tak kisah kalau dorang mintak tukar-tukar waktu ni. Hari ni hari dorang. Entah-entah esok hari aku pulak. Tapi tu la, jadual aku sangat 'full'. Waktu free yang ada ngam-ngam untuk sembahyang je. 
Aku terfikir, dia terkejut tengok jadual aku. Agak-agak jadual dia macam mana ye?'Full' macam aku ke? Nak je aku intai-intai jadual dorang...huhu
Jadi, siapa kata jadi cikgu ni senang? Ingat goyang kaki, hujung bulan tunggu gaji je? You are WRONG! Penat berurusan dengan manusia ni, macam-macam kerenah. Dari yang tua sampai ke yang muda, Dari yang kecik sampai ke yang besar. Bukan senang nak mengajar orang kenal ABC, bukan senang nak mengajar YES NO.

Thursday, February 23, 2012

Hot meh??



Assalamualaikum
Tadi semasa aku dalam kelas 3K, aku asyik lap je muka ni..Rasa macam berpeluh. Tiba-tiba ada seorang pelajar perempuan tanya aku,
"teacher, U hot meh?"...dalam pelat cina.
Then, I asked her....(mungkin dia nampak aku asyik lap muka je)
"why?"
She replied...
"U wear a long skirt"
Dan aku jawab...
"No"
Then, dia dengan kawan-kawan dia terkejut dengan jawapan aku...
"hah????"
Aku pakai baju kurung je pun tadi. Mungkin bagi dia, bila aku berbaju kurung, bertudung, aku akan rasa panas. Padahal aku panas sebab penat menjerit-jerit kat dorang suruh salin exercise...huhu..



Tuesday, February 21, 2012

Apa agama mu..??



Assalamualaikum
Tujuan aku menceritakan situasi di bawah ini bukan utk menceritakan keburukan orang lain. Sekadar nak kongsi pengalaman.

Situasi 1
Semua murid dan guru sekolah aku perlu ke sekolah pada hari sabtu 2 minggu yang lepas, sebab ada sekolah ganti. Tapi P&P digantikan dengan aktiviti yang lain, jadi murid sesi petang perlu datang pada waktu pagi. Dorang ada aktiviti kat dewan. Then, waktu rehat, semua murid dapat makanan free, burger. Lepas aku tolong cikgu agihkan makanan tu, hati ni tergerak nak cari murid melayu tahun 2 yang aku ajar kelas dia, Effendy dan Izzat. Aku pun cari la, aku tak dapat cari Effendy, aku rasa dia tak datang. Fuhhh,selamat seorang. Then, aku cari Izzat. Oppssss, aku nampak dia tengah makan burger tu. Tujuan aku cari dorang sebab aku cuba nk bagitau, jangan makan burger tu. Tapi, dah terlambat. Izzat tengan makan burger tu. Hmmmm....apa lagi yang boleh aku buat???

Situasi 2
Baru terjadi hari ni, di sekolah, waktu zohor. Aku pergi ke bilik agama untuk solat. Kebetulan ada ustaz tengah mengajar dalam bilik tu, baru mula kelas. So aku terus menuju ke bilik kecik dalam bilik agama tu. Aku terdengar perbualan ustaz dengan murid tahun 1 (I guess).

Ustaz: ash hadu alla ila ha illallah... (menyanyi lagu Raihan).....

Lepas nyanyi ustaz tanya budak-budak tu

Ustaz: pernah dengar lagu ni??
murid tahun 1: tak....
ustaz: tak pernah???
murid tahun 1: tak....
ustaz: ok, siapa kat sini orang Islam? Angkat tangan...

Ada murid yang jawab, 'saya Islam', ada yang jawab 'ENTAH, TAK TAHU'...

ustaz: kita semua orang Islam. Orang Islam kena tau Rukun Iman, Rukun Islam......

Lepas tu ustaz meneruskan kelas dia....Kemudian ustaz ajar budak-budak tu mengucap 2 kalimah syahadah. Terkial-kial budak-budak tu ikut. Terpaksa ustaz ajar sikit-sikit n slow2. 
Aduh, sedihnya aku rasa. Seolah-olah kalimah tu sangat asing bagi budak-budak tu. Seolah-olah dorang memang tak pernah dengar sebelum ni. Bila ustaz tulis dalam bahasa Arab, dorang tak dapat baca. So, ustaz tulis pula dalam Rumi. 
Aku terfikir, pandai sembahyang ke budak2 ni, pandai mengaji ke dorang ni? Tapi kalau dah agama sendiri pun tak tahu, macam mana nk sembahyang n mengaji kan???????

Situasi 3
Lepas rehat, aku terus nak masuk kelas. Tiba-tiba cikgu Mack (orang Iban) pelawa aku sambil ketawa. 'Siti, tak mau ka nasi tu?'...hehehe, aku gelak je. Sebab aku tau dia bergurau, nasi tu orang Cina yang masak. Ada lebihan lagi dalam polistrin. Dia tau aku takkan ambik nasi tu, coz dia paham jugak sikit2 halal haram dalam Islam. Kemudian, ada sorang cikgu perempuan Cina tanya aku sekali lagi bila aku tolak pelawaan cikgu Mack. Cikgu perempuan tu kata, 'You tak mau ke?Nasi tu ada ayam je', lebih kurang macam tu la ayat dia...Hehehe...aku senyum dan jawab, 'Tak pe la cikgu'. Kemudian cikgu Mack menyampuk, 'Dia tak boleh makan tu. Walaupun ayam je, tapi kuali yang masak tu tak tau goreng apa lagi'.....Hehe, TQ cikgu Mack. Then aku follow belakang cikgu Mack, nak masuk kelas. Kemudian dia toleh belakang n cakap dengan aku macam ni....'Budak-budak Melayu sini, dorang makan je apa yang dijual di kantin tu. Kadang-kadang saya nampak dorang makan mee, saya kata 'awak tak boleh makan mee tu', tapi dorang makan juga, apa boleh buat'.....

Kesimpulan
Salah siapakah semua ini???