Wednesday, September 19, 2012

Rezeki



Assalamualaikum
Aku hanya nk berkongsi kisah diri sendiri. Tentang rezeki dari segi wang ringgit. 
Sebelum Ramadhan yang lepas, aku memang dah berhajat nk hulur duit kat mak ayah untuk perbelanjaan hari raya. Walaupun tak banyak, tapi aku tetap nak hulur. Bukan apa, takut ni saja kesempatan yang ada untuk aku. Ramadhan dan Syawal tahun depan aku tak pasti lagi macam mana keadaan aku di dunia ni. Jadi sebelum Ramadhan, aku dah mula berjimat. Walaupun berjimat, aku masih ada baki duit gaji bulan sebelumnya bila dapat gaji yang baru. Walaupun duit ada sikit je dalam wallet, ake tetap boleh makanan, beli topup, isi minyak kereta.  
Lepas tu tiba bulan Ramadhan. Aku mula berangan-angan, mesti aku boleh lagi berjimat sebab tak beli makanan sangat. Beli makanan sehari sekali je. Berbanding sebelum ramadhan, kadang-kadang aku beli makanan sehari 2 kali. Siap belanja kawan2 lagi. Kadang-kadang aku share2 makanan aku tu. Aku belanja kawan, share makanan, tapi duit dan makanan aku sentiasa ada dan cukup.
Tapi rupa-rupanya jangkaan aku meleset. Bila tiba Ramadhan, rezeki duit aku jadi sempit. Bonus yang aku dapat pun habis aku gunakan. Aku pun tak pasti kemana duit aku mengalir. 
Lepas je Ramadhan dan raya, aku mula berfikir-fikir, bermuhasabah diri. Kenapa rezeki aku jadi macam tu. Padahal ketika Ramadhan, aku belanja duit untuk sekali makan je.Mustahil cepat sangat duit aku habis. 
Tiba-tiba aku terfikir kembali, rupa-rupanya ketika Ramadhan yang lepas aku sangat jarang beli makanan untuk di kongsi dengan kawan-kawan. Walaupun aku berbuka puasa beramai-ramai, tapi aku hanya beli makanan untuk aku seorang saja. Masa tu aku fikir, dah banyak sangat makanan yang kawan-kawan aku beli. So, kalau aku beli lagi, mesti akan membazir. Tapi rupa-rupannya aku silap. Dari situ aku mula nampak salah aku. Tak salah jika aku beli makanan lebih sikit untuk di kongsi-kongsi. Agaknya duit aku jadi tak cukup sebab keberkatan tu hilang, walaupun dalam bulan Ramadhan. Sebabnya aku tak berkongsi rezeki yang ALLAH dah bagi pada aku.
Pengajarannya, jangan lupa berkongsi setiap rezeki yang ALLAH bagi. Sebab tu semua kepunyaan ALLAH. Takkan habis pun kalau kita berkongsi......

Monday, August 6, 2012

Tahajjud...



Assalamualaikum
Minggu lepas aku ada beli sebuah buku. Almaklumla, sejak-sejak menjadi manusia bergaji ni, boleh la bershoping buku tiap bulan, hehe. Tajuknya '111 TIP UNTUK MUDAH BERTAHAJJUD' karya Muhammad Bin Soleh Abu Abdillah. Diterjemah oleh Ustaz Mohd. Suhail dan di semak oleh Dr. Muhammad Sabri Bin Sahrir. 
Seperti yang kita semua maklum, solat tahajjud ni adalah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau penghujung malam. Ustaz aku pernah bagitahu dulu, kalau nk buat solat tahajjud  mesti tidur dulu, walaupun sekejap. Kalau tak, tak jadi lah tahajjudnya. 
Selepas baca buku ni ( walaupun belum khatam), baru aku tahu, ada banyak galakan (ayat Al-Quran dan Hadith) yang mengajak kita (umat Islam) untuk mengerjakan solat tahajjud ni sebagai ibadat tambahan. Antaranya (aku senaraikan apa yang termampu) ;

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

1. " Wahai orang yang berselimut ( Muhammad )! Bangunlah (untuk melaksanakan solat) pada waktu malam hari, kecuali sedikit (darinya). (Iaitu) satu perduanya atau kurangkanlah dari satu perdua itu sedikit. Atau lebih dari satu perdua itu dan bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan."                                                                                                                           
(Al-Muzammil: 1-4)

2. " Pada sebahagian malam hari laksanakanlah solat tahajjud sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Rabbmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji."
(A-Isra': 79)

3. " Pada sebahagian dari malam, maka bersujudlah kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada bahagian yang panjang di malam hari. "
(Al-Insan: 26)

4. " Bertasbihlah kepada-Nya pada beberapa saat di malam hari dan di waktu terbenam bintang-bintang (di waktu fajar)."
(Ath-Thur: 49)

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :

1. " Rabb kita ( Allah ) Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi turun di setiap malam ke langit dunia pada satu pertiga malam terakhir. Dia berfirman, 'Barangsiapa berdoa kepada-Ku, pasti Aku kabulkan. Barangsiapa meminta kepada-Ku, pasti Aku penuhi. Barangsiapa memohon ampun kepada-Ku, pasti aku ampuni."
(HR. Bukhari dan Muslim)

2. " Solat paling utama setelah solat maktubah (wajib) adalah solat pada satu pertiga akhir malam, sedangkan  puasa paling utama setelah puasa Ramadhan adalah puasa pada bulan Muharram."
(HR. Muslim)

3. " Solat yang paling dicintai Allah adalah solatnya Nabi Daud a.s dan puasa yang paling dicintai Allah adalah puasanya Nabi Daud a.s. Dia tidur hingga pertengahan malam, lalu solat pada satu pertiganya kemudian tidur kembali pada satu perenam akhir malamnya. Dia juga berpuasa sehari dan berbuka sehari."
(HR. Al-Bukhari dan Muslim)

4. " Waktu paling dekat antara Rabb dengan seorang hamba adalah pada tengah malam terkahir. Oleh kerana itu, apabila kamu mampu menjadi sebahagian dari orang-orang yang berzikir kepada Allah (solat) pada waktu itu, maka lakukanlah."
(HR At-Tirmizi, An-nasa'i dan Al-Hakim)

5. " Dirikanlah solat malam kerana ia adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya solat malam dapat mendekatkan diri kepada Allah, menghalang dari dosa, menghapus kesalahan dan menolak penyakit dari badan."
(HR. At-Tirmizi, Al-Baihaqi dan Al-Hakim)

Jadi apa tunggu lagi, sempena bulan Ramadhan yang mulia ni mari lah kita sama-sama cuba untuk mengerjakan solat tahajjud!

Saturday, July 28, 2012

Trip to Bukit Tinggi, Pahang (pics)



Assalamualaikum

Sebelum puasa hari tu, aku dan kawan-kawan pergi ke Bukit Tinggi, jalan-jalan. Best jugak, bayaran masuk RM12 je untuk dewasa. Kanak-kanak kalau tak silap RM6. Orang macam aku ni suka la tempat macam ni, tak habis duit, hehe... Tengok keindahan alam je. Tapi makanan kat sana mahal. Aku beli ais krim 'solero' RM3 (sebab dahaga sangat). Biasanya tak sampai pun harga tu. Minuman 100 plus lagi la mahal, sampai mencecah RM6 setin (aku tak beli pun, tengok harga je). So, moral of the story, kalau nak 'budget' duit, jangan lupa bawa bekal minuman dan makanan....
























Tuesday, July 17, 2012

Feeling better....



Assalamualaikum

Sudah 6 bulan mengajar di SJK(C). Dan sudah hampir 4 bulan aku mengajar kelas pemulihan. Aku dah mula serasi dengan sekolah tu dan pelajar-palajarnya. Aku mula nampak hikmahnya aku ditempatkan di sekolah tu dan mengajar pemulihan. 
Semasa aku mula-mula mengajar, aku seorang saja guru perempuan Islam dan Melayu bagi sesi petang (Cikgu Azreen belum ada time tu). Semua aku rasa serba tak kena. Pertama kali 'join' perhimpunan sekolah, aku rasa 'lost'. Aku tak faham satu perkataan pun. Kalau ada apa-apa hal yang penting, yang turut melibatkan aku, mujur ada cikgu yang sudi bagitahu aku. Walaupun kadang-kadang aku terlepas beberapa perkara penting (Aku pernah tak masuk meeting sebab tak diberitahu, huhu). Sekarang aku dah faham sikit-sikit kalau berada di perhimpunan. Yang simple2 tu aku faham la. Kadang-kadang aku boleh agak apa yang disampaikan. Mungkin sebab aku faham 2-3 patah perkataan. So aku buat la andaian sendiri, hehe....
Bila aku mengajar pemulihan, aku mula belajar buat 'filing'. Sebelum ni aku memang tak tahu apa-apa pasal fail. Bila kena handle kelas pemulihan, aku mula belajar. Walaupun tak banyak, tapi ada sesuatu yang aku dapat. Aku mula faham apa itu 'disleksia'. Dulu aku ingat ke cara nk kenal murid yang disleksia ni, just tengok tulisan je, tulis huruf terbalik. Tapi sebenarnya ada lagi ciri-ciri yang lain. Aku mula kenal kanak-kanak. Sucinya hati mereka. Aku marah macam mana pun, bila tiba waktu balik, masih sudi melambai-lambai di pintu pagar. 'Bye2 teacher', 'bye2 ckgu Nadiah', 'bye2 cikgu Siti'... (Touching kejap rasa, huhu)..
Bagi pelajar perempuan Islam pula, aku mula nampak perubahan. Ada seorang pelajar tahun 3. Dia memang pakai tudung ke sekolah. Tapi bila dalam kelas, dia buka tudung dan tudungnya dijadikan bahan untuk dimainkan oleh pelajar lelaki Cina. Bila aku masuk kelas tu, pe lagi, hangin la aku bila tengok. Aku suruh dia ambil tudung tu. Dengan muka yang masam dia ambil tudung tu. So aku boleh nampak tiap kali aku masuk kelas dia, dia macam rasa tak senang. Tapi lama-lama aku tengok dia dah jarang tanggalkan tudung dia. Kebetulan sekarang Cikgu Azreen mengajar dia. Jadi, adalah cikgu yang boleh tengokkan dia di dalam kelas. Cikgu Azreen pun ada ajar Pendidikan Jasmani. Mungkin budak tu tengok Cikgu Azreen jarang pakai baju lengan pendek. Kalau pakai baju lengan pendek, Cikgu Azreen akan pakai 'inner'. Baru-baru ni Cikgu Azreen ada bagitahu aku "hari tu budak tahun 3 tu tanya, 'pakai macam ni ok tak cikgu?'". Rupanya budak tu tunjuk, lengan dia yang dah berbalut dengan 'inner'. Baju sukan sekolah tu berlengan pendek, so budak tu pakai 'inner'. Kau mula terfikir, ada kemajuan budak ni, hehe.. Mungkin selama ni dia tak tau nak ambil contoh dari mana akibat ketiadaan guru perempuan Islam untuk sesi petang. Aku mula rasa semakin selesa dengan murid-murid sekolah tu. Walaupun kadang-kadang memang aku naik angin sebab dorang memang tak pandai hormat cikgu. Mungkin kerana dorang masih kanak-kanak, mak bapa yang sangat sibuk bekerja dan faktor didikan agama. Aku mula nampak betapa Islam itu adalah cara hidup....



Tuesday, June 19, 2012

Dulu dan sekarang



Assalamualaikum

Dulu, sewaktu zaman belajar di USM, IPG Kampus Kent, setiap kali mak call, antara soalan-soalan yang sering mak tanya adalah

1. Dah makan?...Makan apa hari ni?
2. Tak ada kelas ke?
3. Cukup duit tak?
4. Tak keluar ke hari ni?
5. Bila nak balik?

Antara soalan-soalan dan pesanan yang sering ayah tanya dan bagi pulak adalah

1. Sihat?
2. Cukup duit tak?
3. Jangan lupa sembahyang, banyak zikir, banyak doa
4. Jangan keluar sorang (tapi anak ayah sorang ni selalu je ingkar pesanan yang satu ni, hehe)

Sekarang, bila dah kerja, mak selalu tanya

1. Tengah buat apa?

2. Pergi mana tadi? (kalau mak call, tapi aku tak sempat angkat)
3. Keluar dengan siapa? Balik pukul berapa?

4. Masak apa hari ni? (Anak mak sorang ni baru nak belajar masuk dapur, hehe)
5. Beli apa?
6. Tak keluar ke hari ni?
7. Dah bayar duit kereta? Bil broadband? sewa rumah?

Ayah pulak

1. Nadiah sihat?
2. Jangan lupa banyak zikir, baca ayat kursiy....

That's my mak and ayah.....:)

'KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA, KASIH AYAH SEPANJANG MASA'




Tuesday, June 12, 2012

KFC n McD




Assalamualaikum
Ahad lepas, aku sampai Klang pada waktu Zohor. Selesai angkat barang dari kereta ke dalam rumah, jiran sebelah ajak makan. Walaupun aku masih kenyang, tapi aku gagahkan diri jugak teman dia. Kesian pulak, nanti kelaparan dia. Aku cakap "Aku solat zohor dulu ye"....Lepas solat kami keluar. Kami terus ke Jusco Bukit Raja. Cari makan kat situ. Almaklumla la, kalau dh time macam tu susah nk cari nasi berlauk. So ke Jusco la kami, cari fast food yang memang 'fast'..hehe....

Amboi, ramai betul orang kat Jusco. McD penuh, KFC penuh, Nando's penuh, Kenny penuh...semua restoran Fast food penuh..."nk makan mana ni?"...aku bertanya......kami bergerak ke KFC...."Kita tunggu la, orang bangun kita duduk"..aku menambah...."Meh kita tgk kalau2 ada orang yang boleh kita 'halau',hehehe"...kawan aku membalas...Baru tunggu 5 minit, kawan aku ajak ke McD. 
Sebenarnya aku ni teringin nak makan KFC. Bukan teringin tahap mengidam, cuma aku dah bosan makan McD dan teringat kat kawan2 di Sabah dulu. Bila dapat je elaun atau baru lepas siap assigment yang berlonggok-longgok tu, kami mesti 'ziarah' KFC. Kononya nk rewards ourself la selepas penat menyiapkan assigment..hehehe..Tapi hakikatnya KFC je la yang ada kat pekan Tuaran yang kecil tu. McD, Pizza hut memang tak ada. Jadi KFC la yang menjadi pilihan. Kalau nak celebrate birthday pun kami ke KFC. Rindu saat-saat tu. Betul la orang cakap, waktu belajar memang best!

celebrate birthday Josie (tiga dari kanan)
<oopppssss...gambar blurrr sikit>

Saturday, June 9, 2012

Destinasi Cinta...



Assalamualaikum
Entah kenapa sejak akhir-akhir ni, hati ni menjadi kurang sensitif. Bukan sentitif a.k.a kecil hati yang aku maksudkan, tapi hati seolah-olah terasa gelap, hitam. Sebelum ni kalau aku ternampak apa-apa yang 'tak elok' berlaku di depan mata, hati ni cepat rasa marah. Lama-lama aku mula buat tak peduli dengan semua tu sebab hati ni rasa 'penat' dan nak ambil langkah tak nak jaga tepi kain orang lain. Dan inilah akibatnya. Rasa sensitif tu mulai hilang. Aku mula tak terasa apa-apa. Aduhai, bahayanya. Sebab apa? Sebabnya rasa peduli dan menjaga tepi kain orang tu perlu. Tapi biarlah bertempat, kena dengan ajaran agama kita. Supaya kita dapat mengamalkan amar maaruf nahi mungkar. Tapi aku bukan nk ceritakan tentang amar maaruf nahi mungkar kat sini. Terasa belum cukup ilmu untuk membicarakan soal itu, biarlah yang lebih arif mengulas tentang hal ni ye. 
Straight to the point, aku cuma terasa hati ni semakin hilang sensitif. Kenapa agak-agaknya? Hati ni mula terasa 'hitam' (aku yang rasa, sebab hati aku kan).... 

“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).”

Aku mula berfikir tentang segala perbuatan aku, apa amalan aku. Kenapa 'rasa' tu telah hilang. Aku berfikir-fikir, mana aku nak dapatkan kembali 'rasa' tu. Aku mahukan 'rasa' tu kembali. 
Mungkinkah amalan aku semakin berkurangan (I guess so)? Mungkinkah pergaulan aku juga menjadi punca ( maybe)? Mungkinkah aku berteman dengan orang-orang yang tak sesuai dengan jiwa? 
Aku mahukan 'rasa' tu kembali....'Rasa' yang sukar untuk aku jelaskan kat sini. For those yang faham 'rasa' yang aku maksudkan, anda-anda semua mesti setuju kalau aku kata 'rasa' tu sangat indah kan. Aku cuba mencari 'rasa' yang pernah ada dalam hati ini, dan sekarang 'rasa' itu telah hilang. Aku MESTI cari balik 'rasa' tu. 
Tetiba teringat pulak lirik lagu "Destinasi cinta" dari Mestica, dan aku mula bersetuju dengan kata-kata dalam lirik tu.....


"Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi"