Tuesday, January 8, 2013

Kalau dan Kalau...



Assalamualaikum



Dalam hidup ini, setiap kali kita ditimpa kesusahan, ditimpa masalah, ditimpa kesedihan, setiap kali tu juga mesti terdetik di dalam hati kita 'kalau la aku....'. Walaupun kita sedar, perkataan 'kalau' tu dapat membuka ruang kepada syaitan untuk menghembuskan bisikan-bisikan negatif kepada kita, tetapi kita masih memikirkan 'kalau' tu.......Betul tak?
Sepatutnya kita kena sedar, setiap dugaan yang datang akan dapat mendewasakan kita. Mungkin kesannya masih kabur, tetapi percayalah ianya berguna untuk masa depan kita. Sebab tu kita sering dengar orang-orang yang lebih tua cakap macam ni ' aku lebih dulu makan garam'......Tak ada satu perkara pun yang ALLAH jadikan tanpa sebab. 

" Tidak ada sesuatu perkara yang keluar dari diri kita, melainkan ada takdir ALLAH bersama di dalamnya"

Saturday, January 5, 2013

Jawapan yang Tulus...



Assalamualaikum
Minggu pertama persekolahan untuk tahun ini dah berakhir. Minggu hadapan dah masuk minggu kedua. Hari pertama persekolah merupakan pengalaman pertama aku melihat kerenah pelajar-pelajar tahun 1. Tahun lepas, aku tak sempat tengok, sebab pertengahan Januari baru aku ditempatkan ke sekolah.
Macam-macam kerenah yang aku tengok, ada yang menangis walaupun dah pernah masuk tadika, ada yang mejanya dalam kelas tapi kerusi di luar kelas, ada yang asyik2 tanya aku 'cikgu, lambat lagi ke nak balik', macam-macam....
Kemudian, masuk hari kedua dan ketiga bilangan pelajar yang menangis dah berkurang. Mungkin dah jumpa kawan baru, rasa seronok berada dalam kelas. Belang masing-masing pun dah mula nampak, hehe.... Aku dah mula 'spot' pelajar-pelajar yang tersangat 'baik' dalam kelas. Bukan apa, untuk kemudahan masa hadapan aku.
Sekarang, Program Transisi masih berjalan. Jadi aku belum mula mengajar Tahun 1. Masuk kelas, have fun sikit-sikit, bagi 'hand-out' untuk mereka buat. Ada jugak yang baik, rajin, cepat je siap. Ada yang seronok sangat dapat kawan baru, berbual sampai tak ingat dunia...Alahai, macam-macam.
Tapi kat sini aku nak kongsikan tentang perbualan aku dengan pelajar-pelajar ni. Ada juga perbualan cikgu-cikgu lain dengan pelajar-pelajar ni yang boleh mengundang ketawa aku.

Cerita 1 :Ada seorang pelajar lelaki, mintak izin dengan aku  untuk ke tandas. Tapi aku tak benarkan lagi sebab dah ada 2 orang pelajar yang pergi. Aku pun bagitahu dia 'Tunggu sekejap ye, dah ada 2 orang kawan kamu yang ke tandas'. Tau tak apa yang dia balas balik dekat aku 'cikgu, kat tandas tu kan ada banyak toilet'...OOppppsss,terdiam sebentar aku...hihi....Memang benar anak didik ku, memang banyak toilet....

Cerita 2 : Hari Jumaat, ada seorang pelajar lelaki tak pakai unifom sekolah. Dia pakai baju Melayu warna putih. Mungkin baju sekolah agama dia. Guru yang bertugas pun tahan dia dan tanya ' Abang, kenapa abang pakai baju ni?'....Dia jawab 'Semestinya la'....hehe, rasa nk ketawa guling-guling aku kat situ. Lain yang di tanya, lain yang di jawab dengan begitu yakin.

Itulah bentuk-bentuk jawapan yang diberikan oleh anak-anak yang hatinya masih suci dan bersih. Menjawab dan bertanya dengan berterus-terang tanpa ada apa-apa yang terselindung.....:)

Monday, December 31, 2012

Selamat Tinggal 2012...



Assalamualaikum
Tahun 2012 hampir melabuhkan tirai. Lagi beberapa jam tahun 2013 akan menjelma.
Apa yang aku harapkan untuk tahun 2013 ini?? Entahlah, aku menerima sahaja segala apa yang telah ditetapkanNya. Yang pastinya umur aku semakin bertambah setahun..hihi
Tahun 2012 adalah tahun yang sangat mencabar aku rasa setakat ini. Macam-macam perkara dh berlaku, perkara yang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi untuk menghadapinya. Namun begitu, aku tak nafikan masih banyak perkara-perkara yang menggembirakan telah menjelma dalam hidup aku sepanjang tahun ini. Tapi, entah kenapa, yang pahit itu lebih kuat melekat di fikiran berbanding yang manis. Mungkin yang pahit itu menjadi perkara penutup untuk tahun ini. Semestinya aku sentiasa memohon kepada Allah untuk dikuatkan hati ini......


Wajarkah jika kita hanya mengharapkan datangnya pelangi tanpa berusaha?

Friday, December 28, 2012

Buku...



Asslamualaikum

Dah lama blog ni aku tinggalkan. Almaklumla, cuti sekolah, cuti sakan. Agaknya kalau fizikal blog ni macam rumah, dah lama cik lelabah buat rumah tumpangan, berhabuk, dan mungkin cik anai-anai pun sibuk nak check-in....
Tiba-tiba hari ni rasa rajin pula. Nak ceritakan sesuatu, nak luahkan sesuatu. Tentang buku.
Semalam aku ke kedai buku dengan 2 orang kawan, seorang Melayu dan Seorang Cina. Nak melepaskan gian, dh berapa bulan aku tak beli buku baru. Entah berapa kali aku khatam buku-buku yang ada di rak aku ni. Sebenarnya, aku ni bukannya cukup duit sangat. Tapi hati ni nak juga beli. Last-last aku terbeli juga buku, Bukan satu tau, tapi dua. (Melepaskan 'dendam' 2-3 bulan ni)..
Semasa di kedai buku, sebelum ke kaunter bayaran, aku menjenguk kawan-kawan aku tu. Saja nak tau barang apa yang dorang beli. Rupanya mereka tengah berbual pasal penulis-penulis buku-buku inggeris. Dorang berdua ni cikgu cikgi bahasa inggeris. Aku pasang telinga je, tak menyampuk. Sebab aku bukan kenal pun penulis-penulis mat salleh ni. Tiba-tiba aku tersenyum, tersenyum mengenangkan diri sendiri. Nama je aku ni guru Bahasa Inggeris, bukan main lagi mak ngah, opsyen bahasa inggeris kat IPG dulu. Teringat kata-kata mentor aku kepada kami sekelas 'You are TESLian'...haha...Tapi aku memang tak berminat langsung nak baca buku Bahasa Inggeris, selain buku berkaitan pendidikan. Dulu aku selalu terpikir, macam mana la aku boleh berani-berani apply subjek ni sebelum masuk IPG. Masa nak interview dulu, aduhai, sabar je la hati ni. Berdegup kencang dalam bilik interview, kena interview dalam bahasa inggeris, fully English..Dengan muka yang konon-konon confident, speaking english. Aku pun tak tahu betul ke tak. Betul la kot agaknya kan, dah lulus interview tu..hihi...Dah jadi cikgu pun sekarang, Alhamdulillah, rezeki yang diberikan-Nya.

ni lah buku2 yang aku beli semalam.
bukan buku berbahasa inggeris ye...

Wednesday, November 7, 2012

Cuti Sekolah..



Assalamualaikum

Tinggal beberapa hari lagi cuti sekolah akan bermula...yeeehhaaa....Mood nk pergi sekolah tinggal separuh je..hehe....Kadang-kadang terfikir. Bestnya jadi budak sekolah. Dh akhir tahun macam ni, exam dah habis, buku teks dah kutip, boleh ponteng sekolah..hehe..Tapi jadi cikgu sekolah tak boleh ponteng sekolah. Akhir2 tahun macam ni la sibuk nk siapkan kerja. Selesaikan apa yang belum selesai...Mungkin orang nampak aku macam relaks je kat sekolah. Sampai kena sindir2 positif oleh cikgu2 lain..hehe..Tapi dorang tak tahu kerja aku.
Aku ada masa sendiri untuk buat kerja aku. Sama macam aku ajar kelas pemulihan..Orang kata tu kerja senang...Tak banyak kelas....(ye la tu tak banyak kelas)...Tu apa yang mereka nampak. Macam mana pula dengan apa yang mereka tak nampak?...Kesabaran di dalam hati aku?? (sabar ke aku??..hihi)...Bukan senang nak ajar murid yang tak tahu apa. Murid yang sentiasa fikir dia tak pandai. Perlu motivasikan budak2 ni. Jadi next year, sama ada aku ajar pemulihan atau tak aku akan menghargai dan menghormati guru2 yang mengajar pemulihan...






Saturday, October 13, 2012

Orang beriman dan orang kafir



Assalamualaikum
Semalam aku ada kelas (kelas kecik je). Dalam kelas tu antaranya membincangkan tentang amalan orang yang beriman dan orang kafir. Kenapa amalam orang kafir tidak di terima Allah. Kerana walau sebanyak mana pun amalan baik yang mereka lakukan, tujuan mereka bukan untuk mendapatkan keredaan ALLAH, bukan kerana mengikut perintah ALLAH. Aku tertarik dengan kisah yang aku baca (sorry, tak pasti tajuk dan penulisnya). Selepas baca kisah ni, aku lebih faham perkara ni, insyaALLAH..

Seorang lelaki masuk ke dalam sebuah kebun yang luas yang bukan miliknya. Kemudian dia mendapati di dalamnya terdapat buah-buahan dan pelbagai jenis makanan dan minuman. Lalu dia pun makan dan meminumnya. Selepas itu dia melakukan kerja di dalam kebun itu, ada pokok yang dicabutnya dan ada yang ditanam. Kemudian seorang lelaki lain masuk ke dalam kebun itu, dia berkata pada dirinya: " Aku tidak akan melakukan sesuatu di dalam kebun ini sehingga aku bertemu pemilik kebun atau wakilnya ".
Dia terus mencari orang tersebut. Apabila wakil pemilik kebun menemui kedua-dua lelaki tadi, dia menegur kerja-kerja yang dilakukan oleh lelaki pertama, tetapi lelaki itu tidak mengendahkan teguran tersebut. Dia terus melakukan kerja di kebun itu tanpa mendapat kebenaran pemiliknya. Lelaki kedua pula mendengar segala arahan wakil pemilik kebun itu dan melakukan kerja mengikut arahan yang diberikan. Sekarang, siapakah yang berhak menerima upah?
Adakah orang yang masuk ke dalam kebun tanpa kebenaran dan melanggar arahan pemilik yang dibawa oleh wakilnya layak menerima upah? Adakah dia layak menerima upah walaupun ada kerja baik yang dilakukannya di dalam kebun itu?
Tidak syak lagi setiap yang berakal akan menjawab, upah akan diberikan kepada orang yang mengikut segala arahan pemilik kebun. Orang yang menceroboh dan melakukan kerja mengikut kemahuan sendiri tanpa kebenaran pemilik walaupun ada orang yang melarangnya, tentu tidak layak menerima upah walaupun sebahagian daripada kerja yang dilakukannya adalah baik.
Begitulah alam ini dan segala isinya. Ia adalah milik Allah. Manakala para rasul-Nya adalah utusan dan wakil Allah Taala. Orang yang beriman adalah orang yang melakukan amalan berpandukan petunjuk Tuhannya. Manakala orang kafir adalah orang yang menggunakan segala milik Allah tanpa keizinan dan petunjuk-Nya serta pada masa yang sama menentang para rasul-Nya...

Wednesday, October 10, 2012

Baik vs tak baik?





Assalamualaikum

Siapakah orang baik? Siapa pula orang tak baik? 
Aku baik ke? Aku tak rasa aku baik...
Sebab? Sebab aku tau la, diri aku kan (aku banyak dosa tau)
Aku jahat ke? Apa pula definisi jahat?
Mereka kata aku budak baik..
Aku tak pernah sekali pun mengaku aku baik (atau aku perlu buat press conference mengaku aku jahat???)
Aku baik sebab aku begitu, begini???
Aku begitu begini sebab aku memang begitu begini 
Mereka kata aku berpura-pura?
Terpulang...aku sudah penat melayan orang sebegitu
Teruskan berfikir bahawa aku berpura-pura, teruskan
Aku tidak marah
Sebab...Tak guna aku marah-marah
Nanti muka berkedut, cepat nampak tua...hehehe

********************************** PEACE NO FIGHT ******************************