Tuesday, March 18, 2014

Pencuri masa



Assalamualaikum

Ada satu ungkapan yang tergantung di koridor sekolah. "BERTANGGUH ITU PENCURI MASA".
Setiap kali tiba waktu balik, aku akan melalui koridor tu. Secara tak langsung aku akan terbaca ungkapan tu. Setiap kali itu jugak, ungkapan tu akan membuatkan aku terfikir. Adakah aku jadi pencuri masa hari ni???
Setiap hari aku ni konon-kononnya berazam, nak selesaikan kerja hari ni, pada hari ni jugak. Tak nak bertangguh. Tapi kadang2 terbabas jugak. Ada lagi satu ungkapan, "mengapa kita perlu tangguhkan sesuatu kerja tu, padahal kita boleh selesaikan hari ni"...Lebih kurang macam tu la bunyinya. Dulu aku selalu jugak main tangguh2 kerja ni..hehe....Akibatnya, kerja jadi semakin bertambah-tambah. Sampai rasa tak cukup dua tangan ni, tak cukup 24 jam sehari. Tapi sejak akhir2 ni, cuba berazam nk selesaikan kerja tanpa tangguh2. Entah sampai bila aku boleh berazam macam ni....hehehe....Harap2 berkekalan la azam ni....

Thursday, February 27, 2014

Kasih Ayah



Assalamualiakum
Kasih ayah. Tiba2 terasa rindu kat ayah. Tambahan pulak baru lepas baca majalah Solusi, tentang ayah. Kadang2 kita terlupa tentang ayah, kan? Asyik teringat mak. Terasa bersalah pulak. 
Bila dah teringat macam ni  mula lah teringat segala pengorbanan ayah. Dulu, kalau demam, ayah bawa aku pergi klinik, ayah ambil cuti. Aku masih ingat masa aku dapat 5A dalam UPSR. Aku nampak keseronokan mak dan ayah. Sejak hari tu, ayah lebih kerap pesan pada aku, 'rajin belajar'. Tapi, aku ni biasa lah, kadang2 lagha, tengok TV je kerja aku. Drama & filem cina hong kong memang favourite. 
Tingkatan 3, aku tak dapat straight A's. Aku nampak kekecewaan ayah. Aku rasa sedih, sebab nampak muka sedih ayah. Tak pe, aku cuba kuatkan semangat. 
Tingkatan 4, ayah suruh ambik sains tulen. That's mean, aku kena belajar subjek biologi. Walaupun aku tak suka n tak perform pun dalam subjek tu, ayah tetap bagi semangat suruh belajar. Aku tahu, ayah nk aku jadi doktor. 
Lepas keputusan SPM diumumkan, aku dapat masuk matrikulasi, sains tulen lagi. Aku kena jumpa biologi lagi. Aku nampak, ayah seronok sangat. On the way balik dari rumah ketua kampung untuk ambik cop, ayah sembang dengan aku atas motor. Lebih kurang macam ni, 'anak ayah dapat masuk matrik..anak _____ tak ada yang dapat'...Bukan niat ayah nk membanding, tapi ayah cuma nk gambarkan keseronokannya, aku tahu. Mungkin sebab ada yang memandang rendah pada anak2 ayah. Walaupun result biologi aku tak bagus sangat, aku dapat lagi subjek biologi. Masa pendaftaran ayah pesan lebih kurang macam ni, 'cuba belajar, mana tahu boleh ambil medic'...Aku diam, sebab aku rasa macam aku tak boleh. Aku tak berani berjanji dengan ayah....
Habis universiti, aku menganggur di rumah. Bila ada kawan2 yang dapat kerja, aku bagitahu mak. Sebenarnya aku tension, sebab masih menganggur. Mungkin mak bagitahu ayah hal ni, n tiba2 suatu petang ayah cakap lebih kurang macam ni dgn aku, 'nadiah jangan risau. rezeki tu ada. yang penting kita jangan putus asa, kena banyak doa'...Aku rasa macam nk menangis, tapi aku tahan je. 
Lepas tu ayah suruh apply GSTT. Ayah pernah cakap, kalau tak dapat jadi doktor, jadi lah cikgu. Lepas apply kt PPD, aku dapat jadi guru ganti. Then dapat pulak KPLI. Alhamdulillah, mudah urusan aku. Mungkin berkat doa mak dan ayah nak anak jadi cikgu. Alhamdulillah, sampai hari ni aku rasa Allah sentiasa tolong aku dalam setiap kerja aku. Redha Allah terletak pada keredhaan mak dan ayah......


Kematian yang menghidupkan



Assalamualaikum

Aku dah selesai baca buku 'Cerita Cinta Ahmad Ammar'.. Siapakah AHMAD AMMAR? Aku rasa satu Malaysia kenal siapa dia kan. Bila dh selesai setiap coretan ahli keluarga dah sahabat beliau, aku rasa kagum dengan akhlak beliau. Mana nak cari anak muda seperti itu pada zaman sekarang. Ketika membaca setiap coretan tersebut, terasa beruntung dan bertuahnya ibu dan bapa beliau, dikurniakan anak seperti itu. Bila membaca coretan daripada kakak2 beliau, terasa betapa beruntungnya kakak2 nya mempunyai adik seperti itu. Bila membaca coretan dari teman2 beliau, terasa bertuahnya mereka mempunyai sahabat seperti itu.
Ahmad Ammar, ketika hayatnya tidak dikenali. Setelah dia diambil Illahi, satu Malaysia mengenali siapa Ahmad Ammar. Kematiannya telah menghidupkannya......


Sunday, February 16, 2014

Buku Yang Tertangguh



Assalamualaikum

Lantaran kesibukan kerja, ada beberapa buah buku yang masih belum habis dibaca. Ada jugak yang belum mula dibaca. Bukankah semua manusia ada 24 jam sehari?? Kadangkala 24 jam itu tidak terasa langsung. Entah apa yang aku sibukkan. Hari minggu ni mula muhasabah diri, 'sibuk sangatkah aku? Apa yang aku sibukkan? Urusan apakah itu? Adakah urusan itu mendekatkan aku dengan Allah atau dengan manusia?'.........


Sunday, January 26, 2014

Kerjaan di hujung minggu



Assalamualaikum

siap pun jadual tugas kelas :)
   
macam nk tampal dalam kelas, tapi macam sayang la pulak :p
                                     
nak tampal dalam kelas, supaya senang budak2 ingat spelling 
                                     
sesuai untuk kelas aku, budak2 tahun 1 :)
                                 
tujuan sama, supaya mudah ingat spelling 



Sunday, January 19, 2014

Berjimat, Kedekut Atau Berkira????



Assalamualaikum
Hamboi ko, 2 entry ye hari ni??? Banyak sangat ke masa ko hari ni?? Mengadap laptop je dari pagi sampai petang ni..hehehe....Macam banyak masa je hari ni kan...Aku bukan suka2 je kat depan laptop ni... Mencari material a.k.a mendownload lagu untuk action song. Tak lama lagi latihan dah kena start. 

Back to our main discussion (cewahhh)...berkenaan tajuk kat atas tu. Tiba2 aku terpikir. Aku ni kategori yang mana satu ye???..Kalau dipikir secara mendalam, aku rasa tiga2 tu memang kena setepek kat muka aku ni. Tapi ikut keadaan la. Kalau time tak ada duit, aku jadi penjimat. Kalau teringin nak beli benda2 yang tak perlu, aku jadi kedekut. Kalau aku kena keluarkan duit sendiri di tempat yang tak sepatutnya memang aku berkira la weiii... Aku rasa bukan aku je, orang lain pun sama kan. Nak2 pulak dalam keadaan sekarang. Barang mahal dow......

Kerja Sebagai Satu Ibadah



Assalamualaikum


Wah, pagi2 Ahad ni terfeeling ustajah plak.hehehe
Just nk share, Khamis lepas aku ada LADAP. Ada penceramah dari YPEIM datang bagi talk di sekolah. Tajuknya 'Kerja Sebagai Satu Ibadah'....Macam mana kita nak jadikan kerja sebagai ibadah??..Bunyi macam senang kan...Meh kita check..

1. Niat yang ikhlas.
Sebelum mula kerja tu, niat kan dalam hati "sahaja aku bekerja kerana Allah"...InsyaAllah, apa yang kita nak lakukan, kita akan sentiasa ingat, ada yang memerhatikan kita. 

2. Pekerjaan itu tidak melanggar hukum-hukum Allah.
Pastikan pekerjaan kita tu halal. Tak ada unsur syubhah dalam pekerjaan. Semasa bekerja pulak, jangan la buat perkara2 yang Allah larang. Contohnya menipu.

3. Melaksanakan kerja dengan tekun dan amanah.
Perkara paling berat adalah amanah. Dah elok2 kerja kita tu halal, bekerja lah dengan tekun dan amanah. Buat kerja dengan bersungguh-sungguh. Jangan curi tulang, nanti gaji tak berkat, hehehe

4. Tidak meninggalkan ibadah asas dan segala perintah Allah.
Dah ada kerja yang halal, tekun buat kerja, tapi jangan sampai kita meninggalkan ibadah asas. Terutamanya solat. Jangan leka sangat bekerja, konon2 nak jadi pekerja contoh, tapi tinggalkan solat. Tak guna jugak tu kan. Kena jaga hubungan kita dengan Allah.

5. Bersyukur kepada Allah diatas segala kurnia dan nikmat-Nya.
Lastly, bersyukur la dengan apa yang kita dapat. Lebih atau kurang, itulah yang paling layak untuk kita.