Saturday, October 29, 2011

Rezeki masing-masing.....



Baru lepas online. Terjumpa ex-coursemates di Facebook. Macam-macam cerita ada. Ada yang dh kerja, jadi lecturer, kerja di bank, jadi pendidik, dh kawin, dh ada anak....Semua ada rezeki masing-masing.

Dulu sebelum grad, semua fikir macam-macam. Nk kerja apa dengan pointer yang x seberapa ni, nk sambung master ke tak, nak kawin bila (hehe, bg yg dah ada calon).......

Tapi tu semua rahsia Allah. Tak ada siapa yang tahu. Kita hanya perlu berusaha dan bertawakal......Ada yang kurang bernasib baik di U dulu, sekarang kerja biasa-biasa, tapi murah dengan rezeki suami/isteri dan anak. Ada yang memang bernasib baik di U, sekarang dh kerja bagus-bagus, tapi masih solo. 

Kesimpulannya, kita tak tahu apa yang menanti kita di masa hadapan. Kadangkala jalan kita dan dia sama, tapi destinasi akhirnya lain. Kadangkala jalan kita dan dia lain, tapi destinasi akhirnya sama. Fikir-fikirkan..... 


 

Friday, October 28, 2011

Jumaat...Sarawak



Assalamualaikum....
          Apa kena mengena Jumaat dengan Sarawak ni???Boleh bersatu macam ikan dan asam?? ?....Fikir-fikirkan.
      Today is Friday kan. Alhamdulillah, masih panjang umurku. Masih dapat menyesali perbuatan buruk semalam dan berazam serta berusaha untuk menjadi lebih baik pada hari ni, InsyaAllah.....

   "Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam"

               Semoga kita menjadi orang yang lebih baik dari semalam.
          
          Jadi, apa kena mengena dengan Sarawak pulak??? Pagi-pagi tadi aku dengar bising-bising di luar bilik. Rupanya ada sorang housemate yang nak ke Sarawak. Jadi yang lain sibuk kirim barang..hehehe...Aku pun apa lagi, tumpang mengirim jugak la...


          Back to my main question. Apa kena mengena Jumaat dengan Sarawak???? Jawapannya.....pagi-pagi Jumaat duit aku dah melayang ke Sarawak....~ PEACE ~

Thursday, October 27, 2011

Kosong...zero...



            Rasa macam nk tulis something. Tapi kosong ja dalam kepala ni. No isu. Lepas google, terjumpa ni kat blog seseorang. Walaupun dh tau tapi boleh la kan untuk ingatan diri sendiri.....

 Telah bersabda Rasulullah saw. “Perumpamaan teman yang baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium daripadanya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk." 

image from google

Wednesday, October 26, 2011

Trip to Kudat...!!!



25 Oktober 2011 with my housemates....




Kg Sumangkap....Gong making village
~perkampungan Rungus~








Rungus Long house







The Tip of Borneo - Tanjung simpang Mengayau
~ SubhanALLAH, so amazing, so beautiful ~









inside the sea...




the wave..

Pantai Bak-bak









Sunday, October 23, 2011

Miss my students.....



Assalamualaikum

           Baru siap kemaskan barang-barang (kertas sebenarnya) praktikum. Aku terjumpa worksheets dan hasil kerja seni murid-murid aku. Terasa rindu pulak bila tengok. Rasa tak sampai hati nak hantar untuk di recycle. Tapi apa boleh buat, aku tak dapat nk bawak balik semenanjung. Kalau la sekarang aku memang di semaenanjung, memang aku tak recycle kan hasil-hasil tu.....Mau nya aku bawak balik Perak.....=))
             Dalam banyak-banyak hasil tu, aku terjumpa sekeping kad perpisahan dari seorang pelajar Tahun 2....Dalam kad tu dia tulis.....'Walaupun muka cikgu nampak garang, tapi saya tahu cikgu baik hati'.....hehehe.....gelak sorang-sorang aku baca.....adoi, garang ke muka aku ni?????.....

Tuesday, October 18, 2011

Tabah lah wahai hati...



           Erk....kenapa tiba-tiba aku rasa jiwang, emo dan apa-apa yang seangkatan dengannya ni???? Saja nk luah perasaan. Aku penat, letih, geram dan nak cepat-cepat balik semenanjung. Kadang-kadang aku rasa penat, tak daya nk tempuh semua ni. Yang paling memenatkan adalah kerenah manusia. Manusia yang macam-macam perangai. Ada yang hanya tau fikir masalah sendiri ja tapi tak tahu dia membawa masalah kat orang lain, ada yang buat hal-hal yang tak sepatutnya dan keep saying 'Pandai makan pandai la simpan', kalau di tegur di katanya kita ustazah, ada yang memuji-muji 'sesuatu' padahal 'sesuatu' tu tak kena dalam agama <rasa nk pecah dada ni menahan marah>, ada yang konon nya tak nak ambil kisah sampai hal-hal yang tak sepatutnya berlaku pun boleh buat dek je.....Aku penat hidup dalam kelompok yang macam ni........Aku cuma nk kehidupan yang menenangkan jiwa....Aku tak lupa bahawa ALLAH jadikan manusia ni bermacam-macam jenis dan perangai. Entah aku ni jenis and perangai apa pun aku tak tahu, ada habit yang orang tak suka. Aku tak dapat nilai diri aku sendiri.........PEACE!!!!

Sunday, October 16, 2011

Jom solat AWAL waktu...



            Dah lama aku mencari artikel ni. Last aku baca dalam sebuah paper. Aku ada tampal artikel ni dalam bilik aku di rumah. Entah ada lagi ke tak kat rumah tu.....Ni aku jumpa artikel yang di cari-cari di http://www.zuraidin.com


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur
dan dicerap melalui perubahan warna alam. Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.



Sebagai contoh, pada waktu subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini keranatenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat subuhnya sebenarnya sudahmendapat tenaga yang tidak optimum lagi..


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zuhur. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu iniamat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Kenapa????Why???



        Kenapa mereka tak boleh terima kesalahan yang orang lain buat? Lupakah mereka bahawa manusia memang tak dapat lari dari melakukan kesilapan? Janganlah hanya kerana kesalahan yang kecil, kedamaian bertukar menjadi peperangan, putih menjadi hitam, kawan menjadi musuh, hati yang besar menjadi kecil. 
         Janganlah cepat merasa cemburu dengan rezeki orang lain. Kerana setiap orang telah ditetapkan rezeki masing-masing oleh Yang Maha Esa. Kita hanya perlu berusaha untuk mencapai apa yang kita nak. Tapi kalau masih juga gagal, harus ingat bahawa gagal sekali bukan gagal selamanya. Bertawakallah setelah berusaha. Bergembiralah dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepada orang di sekeliling kita. Kita takkan rugi apa-apa jika kita meraikan kejayaan/rezeki orang lain. Tak salah jika kita cemburu, tapi jadikan cemburu itu satu semangat untuk kita terus berusaha. 

< Hanya ingatan buat diri sendiri>

Friday, October 14, 2011

Dah lama tertangguh...........



                       Apa yang dah lama tertangguh ni?????....Dah lama aku beli novel 'Bumi Cinta' karya Habiburrahman, tapi sampai sekarang aku belum habis baca lagi. Baru baca 2,3 page, lepas tu aku tinggal. Bukan sebab cerita tu tak best, tapi aku yang busy sangat. Kalau just baca tapi tak dapat hayati buat apa kan. So harap-harap cuti hujung minggu ni dapat la aku habiskan baca novel tu....
****adesh - Assignment BM belum siap lagi.....


*image from Google

Saturday, October 8, 2011

Bookmark wau kucing...Gud bye Sk Pukak



              Semalam hari terakhir aku di Sk Pukak. Sedih juga rasa. Tapi aku tak la sampai menitiskan air mata, boleh control lagi...hehe....Ada jugak pelajar aku yg menangis, sampai basah tudung aku...:)....Akhirnya aku dapat jugak memenuhi hajat pelajar tahun 2 yang nk sangat  buat wau kucing. Tapi bukan dorang yg buat, aku yg buat dan hadiahkan bookmark wau kucing sebagai kenangan. Walaupun aku buat tak la cantik, tapi aku puas hati dapat penuhi permintaan budak-budak tu....
             Sebelum budak-budak sekolah tu balik semalam, ada yang sempat ucap 'wo ai ni, cikgu'...hehe...aku rasa macam nk ketawa. Mentang-mentang la praktikummate aku ada ajar dorang bahasa mandarin dalam kelas semalam. Betul-betul dorang aplikasikan apa yang dorang belajar...hehe....Untuk pelajar-pelajarku, belajar rajin-rajin dan semoga kita dapat berjumpa lagi.....

Bookmark Wau kucing

Tahun 3 

Tahun 2 
      

Tuesday, October 4, 2011

Chikaro....



Tarikh              : 30 September 2011
Hari                 : Jumaat
Kelas              : Tahun 2
Mata pelajaran: Pendidikan Seni Visual

Clayver : Cikgu, cikgu tahu ka apa itu 'chikaro'?
Aku      : [Tergamam sekejap].....Tahu.....mana kamu dengar perkataan tu?
Clayver : Adnan Sempit la cikgu
Aku      : [Pengaruh filem]
image from google




Saturday, October 1, 2011

Wau KucinG...



Koleksi Wau

                            Wau kucing??kenapa tiba-tiba timbul pasal wau kucing??....Tiba-tiba teringat dgn pelajar tahun 2 yang excited sangat dgn wau....Aku pun tak tahu kenapa. Tak pernah pulak aku tanya budak-budak tu. Sebelum ni aku pernah ajar budak-budak ni buat wau, Wau Bulan. Tapi guna kertas ja la, just lakar ,gunting and buat corak. At that time, sibuk dorang tanya boleh tak nk buat wau kucing. Tapi aku kata nanti kita buat. Inilah padahnya berjanji dgn budak-budak, dorang tuntut janji. 
                          Sayangnya minggu depan dh last week aku praktikum. Mana sempat aku nk buat Wau kucing lagi dgn budak-budak tu. Sedih pulak bila terfikir nk tinggalkan budak-budak tu. Walaupun semua jajal @ nakal, tapi memang tu lah resmi budak. Bak kata pensyarah aku, 'tu la perangai budak-budak'..<Cikgu mintak maaf, cikgu tak sempat nk ajar buat wau kucing...:(...>.......


Pelajar tahun 2