Assalamualaikum
Hari sabtu minggu lepas, aku ikut my housemate (kak wahida) n my future housemate (natrah) pergi ke masjid negeri. Ada ceramah. Lepas ceramah, aku n natrah merayap-rayap la di perkarangan masjid tu. Banyak gerai jualan, macam-macam ada (cewah...,hehe).... Tiba-tiba aku n natrah stop kat satu gerai tu. Ada jual jajan, Natrah pun bersuara 'budak-budak suka la ni'......'aah', aku jawab. Then kami ternampak ada jual sticker yang tampal-tampal kt cermin kereta tu...Hish, aku tak tau la orang lain panggil apa benda tu. Tapi aku panggil sticker je. Aku n natrah pun belek-belek la sticker tu. Mana tau ada yang berkenan. Aku cakap kat natrah, 'Mesti orang yang jual ni orang kelantan'...Natrah buat muka pelik, tak paham la tu maksud aku...'Ni ada sticker negeri kelantan ni'......'Ooooo' Natrah menangguk-angguk kepala. Sticker negeri lain tak ada pulak, so memang boleh di terima la andaian aku tu kan3..... Tiba-tiba aku ternampak sticker yang tertulis 'Islam Is The Way OF Life'....Aiseh, cam terberkenan la pulop.....Eh, jap. Tetiba aku terfikir. Ayat ni sangat besar nilai dan maknanya. Kalau aku tampal sticker tu kat cermin belakang, for sure kereta yang di belakang aku boleh baca. Then, kalau aku bawak kereta macam hantu, tak ikut undang-undang, main suka hati ja masuk lorong tak bagi signal, sampai buat orang lain marah dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain, mesti aku kena 'bambu' dengan pengguna jalan raya yang lain. Mesti dorang kata 'Bukan main lagi sticker tu, tapi bawak kete macam hampeh'.....Oppppssss, aku rasa aku dah mencemarkan agama sendiri tu.....So aku tak jadi beli. Sebab apa? Sebab aku tak nak orang lain memandang serong pada agama aku hanya kerana pengikutnya (aku la tu salah sorangnya) yang tak mematuhi peraturannnya. Salah ke aku fikir macam tu??? Terpulang........
pssss..: always remember ----->> i'm a muslim.....
4 comments:
betul tu..dalam masa kita bangga kita ni muslim takut juga kita cemarkan nama baik islam tu..
tapi sedih juga bila ada juga yang lebih terang2 menghina agama dengan perlakuan yang benar2 salah..:( orang lain pun lebih pandang serong dna menghina kita...contohnya macam hal terrorist tu...
mudah mudahan allah beri kekuatan pada kita untuk selalu bersikap baik..agar kita dapat tunjuk islam ni memang sebenarnya yang baik baik saja..amin
RULZA
I'ALLAH...amin
Kadang2 ada yg takut bertudung labuh pun sbb itu jgk.. Huhuhu~
Post a Comment