Thursday, May 10, 2012

Pandai....tapi tak ada back-up



Assalamualaikum
Semalam, waktu rehat aku dan Azreen sempat berbual-bual dengan Ustaz sebelum ustaz balik (ustaz masuk sekolah pukul 10pg, balik pukul 4 ptg).
Entah apa topik yang kami bertiga bual kan (aku pun dh lupa), tiba-tiba aku tanya ustaz, 'Si ***** tu pandai mengaji tak ustaz?'....Menyibuk je aku ni tanya pasal pelajar ustaz kan. Tapi oleh kerana 6 orang je cikgu Islam di sekolah tu, dan pelajar Islam adalah golongan minoriti di situ, aku sengaja menyibukkan diri ambil tahu pasal budak-budak yang seagama dengan aku tu. Bukan apa, aku rasa macam aku juga menggalas tanggungjawab yang sama dengan ustaz. Bukan aku je rasa macam tu, rakan-rakan guru Islam yang lain juga rasa macam tu. 
Ustaz kata, 'Si **** tu boleh mengaji. Tapi yang sorang lagi tu tak berapa (tak lancar sangat membaca). Budak-budak ni sebenarnya pandai. Tapi cuma tak ada back-up. Kelas agama seminggu 2 hari je.'
Aku yang tak paham ni tanya ustaz balik ' Tak ada back-up? Maksud ustaz?'
Ustaz jawab 'Macam ni, budak SK dan SJKC ni lain. Yang kat SK tu, walaupun tak berapa pandai tapi dorang ada back-up, iaitu sekolah agama (waktu petang/pagi). Jadi,dorang jadi pandai. Budak kat SJKC ni, dorang pandai (kalau ajar apa-apa memang cepat dapat), tapi dorang tak ada back-up. Mak bapak tak hantar pergi sekolah agama.'...Macam tu la kurang lebih penjelasan ustaz...Ooooo, baru aku faham. Tapi tak di nafikan, ada juga di kalangan budak-budak ni yang pergi sekolah agama lepas habis sekolah kebangsaan. Tapi mungkin tak ramai. Isu pandai dan tak pandai dalam entry aku ni merujuk pada ilmu agama budak-budak ni- pandai mengaji ke tak. Aku tak maksudkan dengan keputusan akademik ya. 
Bagi aku, bukan isu sekolah agama ke tak. Kalau mak ayah boleh ajar anak di rumah dengan ilmu agama yang cukup, tak hantar anak ke sekolah agama pun tak pe. Tapi kalau mak ayah rasa tak mampu nak ajar anak (mungkin sibuk kerja), lebih baik hantar je anak ke sekolah agama. Itu adalah HAK seorang anak untuk mendapat pendidikan yang secukupnya.


2 comments:

~An-Nur~ said...

mak ayah cikgu/ustaz/ustazah di rumah....

mak ayah main peranan utama

NadiaH NaDya said...

betul3 cik mila

Post a Comment