Monday, September 8, 2014

Ungkapan Indah



Assalamulaikum
Terasa ingin berkongsi sesuatu. Sesuatu yang telah berjaya membuka mata dan hati aku tentang makna perpisahan. Dulu, bila sebut tentang perpisahan, yang aku terfikir adalah kita tak akan berjumpa lagi. Ya, itu betul. Aku juga terfikir, bila berpisah, seorang akan ke hulu seorang ke hilir. Bila berpisah, seorang akan ke utara, seorang akan ke selatan. Aku tak pernah terfikir tentang akhirat bila disebut perpisahan. Tapi kata2 ini telah membuka mata ku tentang makna sebenar perpisahan. 

" PERPISAHAN ITU BUKANLAH KERANA PERJALANAN YANG JAUH, ATAU KERANA DITINGGAL ORANG TERCINTA. BAHKAN KEMATIAN PUN BUKANLAH PERPISAHAN, SEBAB KITA PASTI AKAN BERTEMU DI AKHIRAT. PERPISAHAN ITU ADALAH JIKA SALAH SATU DIANTARA KITA DI SYURGA DAN YANG LAIN DI NERAKA . SEMOGA ALLAH SWT MENJADIKAN KITA SEMUA SEBAGAI PENGHUNI SYURGA"


Hakikatnya, perpisahan di dunia bukanlah sebenar-benar perpisahan......






Friday, July 18, 2014

MAS diduga lagi



Assalamualaikum

MH370 belum selesai, MAS diduga lagi dengan MH17 yg diberitakan terhempas di Ukraine. Ia dikatakan ditembak. Betul ke?? Masih dalam siasatan. Banyak nyawa yang terkorban. Aku pun tak berani nk sebarkan apa2 setakat ini. Tapi, berita ini memang mengejutkan. Selepas sahur tadi, sebelum solat subuh, kakak call. Pelik jugak kakak aku rajin call pagi2. Rupanya tetang berita ni.......Sabarlah wahai keluarga mangsa dan pihak MAS juga. Setiap kejadian telah ditetapkan olehNya....Ramadhan ini, hari ini, pagi ini kita masih bernafas....esok lusa entah bagaimana kehidupan kita.....di atas bumi atau di dalam bumi.....



Friday, July 11, 2014

Pray For Gaza



Assalamualaikum

Photo: Gaza dibedil berterusan tanpa henti oleh rejim Zionis sejak Isnin malam. Jumlah kematian dan kecederaan semakin meningkat.  Rumah-rumah dan bangunan sudah banyak yang musnah.

Atas rasa sikap bertanggungjawab, Aman Palestin telah melancarkan Tabung Kecemasan Gaza semalam dengan sasaran RM5 juta.

Adakah anda sanggup melabur jumlah yang besar untuk saham akhirat anda di sana kelak?

Ayuh berikan sumbangan anda sempena bulan Ramadhan ini melalui Aman Palestin. Usah bertangguh lagi kerana rejim Zionis tidak pernah menangguhkan hajat mereka memusnahkan bumi Gaza dan Palestin !!

----------

Akaun bank atas nama Aman Palestin Berhad ;

Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922

(JOM SHARE KE SELURUH PELUSUK ALAM termasuk group whatsapp, telegram, wechat, etc)

SMS pun boleh.  Taip Palestin 1 3 5 atau 10 dan send ke 39111   

Israel mengganas lagi!!..Ya, ketika satu dunia sibuk menyaksikan perlawanan bola sepak, penduduk Gaza diserang israel. Apa tindakan kita sebagai saudara seagama?? Berdoa?? Menderma?? Ikut berjihad??...   Persoalan ini sering bermain dalam fikiran aku setiap kali terdengar atau terbaca tentang serangan israel terhadap umat Islam. 

Photo: Marilah kita bersama-sama menyumbang untuk saudara kita di Gaza yang sedang diserang oleh Zionis Yahudi. IKIMfm menyokong usaha Aman Palestin untuk mengumpulkan dana membantu umat Islam di Gaza.

Kadang2 aku geram bila membaca status2 di facebook. Bulan ramadhan ni, semua nk upload gambar makanan berbuka, makanan bersahur...Perlukah gambar2sebegitu???? Come on...upload lah sesuatu yang boleh di kongsi dan memberi manfaat kepada orang lain....upload la doa2 ke, berita2 tentang saudara seagama ke......
Bukan aku nk tunjuk bagus. maaf kalau ini sedikit poyo. Tapi kadang2 aku terfikir bahawa sebagai orang muda kita kena gunakan masa muda dan segala kemudahan dengan sebaiknya....Hari ni hari jumaat. Tak perlu la selfie gambar sendiri dan letak status 'Salam Jumaat'...Perlu ke diiringi dengan gambar sendiri tu????

Photo: The Palestinians are being bombarded with Israeli missiles.  

Please remember our brothers and sisters in your duas. May Allah protect, keep them out of harms way & grant them strength. Ameen

Wahai orang muda, peka lah dengan isu2 semasa. Bukan setakat peka dengan world cup, tapi peka lah dengan nasib saudara2 seagama kita yang ditindas. Jika tidak mampu menyumbangkan tenaga, cukup sekadar doa ketika selesai solat. Doakan keselamatan dan kemenangan umat Islam.

 

Monday, July 7, 2014

Bukan senang



Assalamualaikum
Dah lama tak menaip di sini....Dah lama jugak aku tak pedulikan blog sendiri ni....Lagipun dah lama aku tak 'blogwalking'...Jadi pada 9 Ramadhan yang mulia ni, pagi ni, rasa macam nk taip sesuatu. 
Tahun ni, tahun kedua aku di sekolah ni. Aku dapat mengajar kelas yang agak terkebelakang. Tambah pengalaman aku. Last year aku dapat kelas pertama dan kedua sahaja, jadi tak susah untuk aku menghabiskan sukatan pelajaran. Tapi tahun ni, aku rasa susah sikit nk cuba menghabiskan sukatan pelajaran. 
Setiap hari aku berfikir, macam mana nk mengajar budak2 ni dengan lebih berkesan. Mungkin cikgunya ini masih lemah dalam P&P yang berkesan...huhuhu
Bukan senang kan nak mengajar ni. Sabar perlu ditahap yang paling maksima. Kadang2 boleh hilang sabar dengan budak2 ni. Tapi aku tak la sampai naik tangan, hehe...Anak orang tu wei, mana aku berani. Berani membebel je....hihihi

Friday, May 23, 2014

Soalan seterusnya



Assalamualaikum

Selalu aku dapat soalan macam ni dari insan2 yang telah berkahwin dan beranak, 
dan insan2 yang lebih2 tua dari aku.
"eh, umur awak berapa?"
Lepas tu tau tak, apa soalan seterusnya?
Aku rasa kalau perempuan2 yang umurnya lebih 25 tahun dan belum berkahwin mesti boleh agak apa soalan seterusnya, kan...
"Bila nk kahwin?"
"Dah ada ke?"
Kadang2 aku buat muka petak je bila ada yang tanya " dah ada ke?"
Aku pun pretend2 bodoh la. * aku bijak, ok*
"ada apa?" Aku tanya balik.
Hmmm...Macam mana kalau aku balas macam ni
"Akak bila nak meninggal?"
Agak2 kurang ajar tak????
Sebenarnya soalan ni tak kurang ajar pun kalau kita fikir dari sudut yang +ve.
Sebab soalan "Bila nk kahwin?" dan "Akak bila nk meninggal?" tu mempunyai jawapan yang sama.
Allah saja yang tahu.
Bukankah semua tu dah ditentukanNya......


Aku adalah Aku



Assalamualaikum

Terasa macam nk cerita sikit pasal diri aku. Aku rasa macam aku telah berubah menjadi orang yang lain. *mungkib sebab dulu aku rasa aku baik kot, cittttt*.
Agaknya sebelum ni atau dulu2, sikap ni kurang terserlah dari diri ni. Sekarang baru perasan sikap tu. 
Dulu bila aku ke tempat baru, pasti aku ada rapat dengan seseorang. 
Alah, macam kawan baik la. 
Tapi sekarang bila umur dah lebih 25 tahun ni, aku rasa malas nk berkawan baik sangat. 
Contohnya sekarang, aku so-so je dengan rakan2 sekerja. 
Tak ada lah teman baik gilos ke, kawan baik ke, teman sejati ke, teman se hidup se mati ke, BFF ke....
Kadang2 aku fikir bagus jugak aku jadi macam ni.
Sebab bila kita bekerja ni, kadang2 kita kena jadi ketua dalam sesuatu projek or whatsoever la.
So, kena la jadi bossy sikit kan.
Aku plak jenis kalau orang tu kawan baik, rasa lain macam sikit nak suruh buat itu ini.
Macam tak sampai hati nk suruh buat kerja la.
Nak2 pulak kalau orang tu lagi tua dari aku.
So, bila aku so-so je dengan semua orang, aku rasa sampai hati nak arahkan itu ini. *___*
Lagi satu aku rasa perangai negatif aku kadang2 terserlah pulak. * macam la selama ni ko baik sangat kan*
Kalau aku kata A, jadi maksudnya A la....Kalau ada sesiapa nk tukar jadi A-, sila berikan alasan yang logik pada aku ye. 
Kalau tak, A- anda tidak akan diterima. 
Kalau ko baik sekali dengan aku, 2 kali aku akan cuba baik dengan ko.
Tapi kalau ko ada perli2 setepek kat muka aku, aku ingat sampai bila2.
Dan 10 kali aku tak kan baik dengan ko.



Monday, April 7, 2014

Arjuna Beta - Fynn Jamal



Assalamualaikum
Arjuna Beta....Kali pertama dengar lagu ni terus jatuh cinta..Mungkin sebab lagu ni unik dan rare....Teringin plak nk ada anak bila dengar lagu ni...hihihi

Takkanku biarkan walau ribut
Menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur
Nyamanlah Arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa
Kan ada satu ketika
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul anakanda
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri
Hiduplah Arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhan mu ada
Takkan engkau tercela
Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda
Hiduplah Arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela
Nyamanlah Arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa


Thursday, April 3, 2014

Ujian atau rezeki???



Assalamualaikum

Terasa nk meluahkan sesuatu. Tentang apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Semalam aku gembira dengan kejayaan pasukan Action Song yang mendapat tempat ke peringkat daerah. Namun hari ini, aku sedih dan menangis. Kenapa? Kerana sukarnya untuk memenuhi permintaan hati semua orang. Kadangkala mereka tak tahu dan tak faham apa yang sebenarnya berlaku. Jadi, terkeluarlah kata2 'pujian' yang begitu 'enak' berlagu di dinding telinga. Ya, mereka tak tahu apa yang benar2 berlaku. Tapi adilkah 'pujian' sebegitu terlontar dari bibir mereka. 'Pujian' yang berjaya mengguris hati ini. Apabila terjadi hal sebegini, air mata tidak dapat dibendung, mencurah2 umpama hujan yang lebat. Namun, bila fikiran ini waras kembali, aku mula terfikir. Adakah aku pernah memberi 'pujian' yang sama atau hampir sama kepada sesiapa sebelum ini? Mungkin ada, mungkin tiada. Adakah 'pujian' itu teguran atas kesilapan aku yang dulu atau ianya ujian untuk mendidik jiwa agar lebih tabah dan kental menempuh hidup ini?? Entah, aku tak tahu. Walau apa pun yg telah terjadi, hidup tetap perlu diteruskan. Kita tak tahu bila kita akan mati, kita juga tak tahu sampai bila kita akan mampu bernafas di muka bumi ini.........

Tuesday, March 18, 2014

Pencuri masa



Assalamualaikum

Ada satu ungkapan yang tergantung di koridor sekolah. "BERTANGGUH ITU PENCURI MASA".
Setiap kali tiba waktu balik, aku akan melalui koridor tu. Secara tak langsung aku akan terbaca ungkapan tu. Setiap kali itu jugak, ungkapan tu akan membuatkan aku terfikir. Adakah aku jadi pencuri masa hari ni???
Setiap hari aku ni konon-kononnya berazam, nak selesaikan kerja hari ni, pada hari ni jugak. Tak nak bertangguh. Tapi kadang2 terbabas jugak. Ada lagi satu ungkapan, "mengapa kita perlu tangguhkan sesuatu kerja tu, padahal kita boleh selesaikan hari ni"...Lebih kurang macam tu la bunyinya. Dulu aku selalu jugak main tangguh2 kerja ni..hehe....Akibatnya, kerja jadi semakin bertambah-tambah. Sampai rasa tak cukup dua tangan ni, tak cukup 24 jam sehari. Tapi sejak akhir2 ni, cuba berazam nk selesaikan kerja tanpa tangguh2. Entah sampai bila aku boleh berazam macam ni....hehehe....Harap2 berkekalan la azam ni....

Thursday, February 27, 2014

Kasih Ayah



Assalamualiakum
Kasih ayah. Tiba2 terasa rindu kat ayah. Tambahan pulak baru lepas baca majalah Solusi, tentang ayah. Kadang2 kita terlupa tentang ayah, kan? Asyik teringat mak. Terasa bersalah pulak. 
Bila dah teringat macam ni  mula lah teringat segala pengorbanan ayah. Dulu, kalau demam, ayah bawa aku pergi klinik, ayah ambil cuti. Aku masih ingat masa aku dapat 5A dalam UPSR. Aku nampak keseronokan mak dan ayah. Sejak hari tu, ayah lebih kerap pesan pada aku, 'rajin belajar'. Tapi, aku ni biasa lah, kadang2 lagha, tengok TV je kerja aku. Drama & filem cina hong kong memang favourite. 
Tingkatan 3, aku tak dapat straight A's. Aku nampak kekecewaan ayah. Aku rasa sedih, sebab nampak muka sedih ayah. Tak pe, aku cuba kuatkan semangat. 
Tingkatan 4, ayah suruh ambik sains tulen. That's mean, aku kena belajar subjek biologi. Walaupun aku tak suka n tak perform pun dalam subjek tu, ayah tetap bagi semangat suruh belajar. Aku tahu, ayah nk aku jadi doktor. 
Lepas keputusan SPM diumumkan, aku dapat masuk matrikulasi, sains tulen lagi. Aku kena jumpa biologi lagi. Aku nampak, ayah seronok sangat. On the way balik dari rumah ketua kampung untuk ambik cop, ayah sembang dengan aku atas motor. Lebih kurang macam ni, 'anak ayah dapat masuk matrik..anak _____ tak ada yang dapat'...Bukan niat ayah nk membanding, tapi ayah cuma nk gambarkan keseronokannya, aku tahu. Mungkin sebab ada yang memandang rendah pada anak2 ayah. Walaupun result biologi aku tak bagus sangat, aku dapat lagi subjek biologi. Masa pendaftaran ayah pesan lebih kurang macam ni, 'cuba belajar, mana tahu boleh ambil medic'...Aku diam, sebab aku rasa macam aku tak boleh. Aku tak berani berjanji dengan ayah....
Habis universiti, aku menganggur di rumah. Bila ada kawan2 yang dapat kerja, aku bagitahu mak. Sebenarnya aku tension, sebab masih menganggur. Mungkin mak bagitahu ayah hal ni, n tiba2 suatu petang ayah cakap lebih kurang macam ni dgn aku, 'nadiah jangan risau. rezeki tu ada. yang penting kita jangan putus asa, kena banyak doa'...Aku rasa macam nk menangis, tapi aku tahan je. 
Lepas tu ayah suruh apply GSTT. Ayah pernah cakap, kalau tak dapat jadi doktor, jadi lah cikgu. Lepas apply kt PPD, aku dapat jadi guru ganti. Then dapat pulak KPLI. Alhamdulillah, mudah urusan aku. Mungkin berkat doa mak dan ayah nak anak jadi cikgu. Alhamdulillah, sampai hari ni aku rasa Allah sentiasa tolong aku dalam setiap kerja aku. Redha Allah terletak pada keredhaan mak dan ayah......


Kematian yang menghidupkan



Assalamualaikum

Aku dah selesai baca buku 'Cerita Cinta Ahmad Ammar'.. Siapakah AHMAD AMMAR? Aku rasa satu Malaysia kenal siapa dia kan. Bila dh selesai setiap coretan ahli keluarga dah sahabat beliau, aku rasa kagum dengan akhlak beliau. Mana nak cari anak muda seperti itu pada zaman sekarang. Ketika membaca setiap coretan tersebut, terasa beruntung dan bertuahnya ibu dan bapa beliau, dikurniakan anak seperti itu. Bila membaca coretan daripada kakak2 beliau, terasa betapa beruntungnya kakak2 nya mempunyai adik seperti itu. Bila membaca coretan dari teman2 beliau, terasa bertuahnya mereka mempunyai sahabat seperti itu.
Ahmad Ammar, ketika hayatnya tidak dikenali. Setelah dia diambil Illahi, satu Malaysia mengenali siapa Ahmad Ammar. Kematiannya telah menghidupkannya......


Sunday, February 16, 2014

Buku Yang Tertangguh



Assalamualaikum

Lantaran kesibukan kerja, ada beberapa buah buku yang masih belum habis dibaca. Ada jugak yang belum mula dibaca. Bukankah semua manusia ada 24 jam sehari?? Kadangkala 24 jam itu tidak terasa langsung. Entah apa yang aku sibukkan. Hari minggu ni mula muhasabah diri, 'sibuk sangatkah aku? Apa yang aku sibukkan? Urusan apakah itu? Adakah urusan itu mendekatkan aku dengan Allah atau dengan manusia?'.........


Sunday, January 26, 2014

Kerjaan di hujung minggu



Assalamualaikum

siap pun jadual tugas kelas :)
   
macam nk tampal dalam kelas, tapi macam sayang la pulak :p
                                     
nak tampal dalam kelas, supaya senang budak2 ingat spelling 
                                     
sesuai untuk kelas aku, budak2 tahun 1 :)
                                 
tujuan sama, supaya mudah ingat spelling 



Sunday, January 19, 2014

Berjimat, Kedekut Atau Berkira????



Assalamualaikum
Hamboi ko, 2 entry ye hari ni??? Banyak sangat ke masa ko hari ni?? Mengadap laptop je dari pagi sampai petang ni..hehehe....Macam banyak masa je hari ni kan...Aku bukan suka2 je kat depan laptop ni... Mencari material a.k.a mendownload lagu untuk action song. Tak lama lagi latihan dah kena start. 

Back to our main discussion (cewahhh)...berkenaan tajuk kat atas tu. Tiba2 aku terpikir. Aku ni kategori yang mana satu ye???..Kalau dipikir secara mendalam, aku rasa tiga2 tu memang kena setepek kat muka aku ni. Tapi ikut keadaan la. Kalau time tak ada duit, aku jadi penjimat. Kalau teringin nak beli benda2 yang tak perlu, aku jadi kedekut. Kalau aku kena keluarkan duit sendiri di tempat yang tak sepatutnya memang aku berkira la weiii... Aku rasa bukan aku je, orang lain pun sama kan. Nak2 pulak dalam keadaan sekarang. Barang mahal dow......

Kerja Sebagai Satu Ibadah



Assalamualaikum


Wah, pagi2 Ahad ni terfeeling ustajah plak.hehehe
Just nk share, Khamis lepas aku ada LADAP. Ada penceramah dari YPEIM datang bagi talk di sekolah. Tajuknya 'Kerja Sebagai Satu Ibadah'....Macam mana kita nak jadikan kerja sebagai ibadah??..Bunyi macam senang kan...Meh kita check..

1. Niat yang ikhlas.
Sebelum mula kerja tu, niat kan dalam hati "sahaja aku bekerja kerana Allah"...InsyaAllah, apa yang kita nak lakukan, kita akan sentiasa ingat, ada yang memerhatikan kita. 

2. Pekerjaan itu tidak melanggar hukum-hukum Allah.
Pastikan pekerjaan kita tu halal. Tak ada unsur syubhah dalam pekerjaan. Semasa bekerja pulak, jangan la buat perkara2 yang Allah larang. Contohnya menipu.

3. Melaksanakan kerja dengan tekun dan amanah.
Perkara paling berat adalah amanah. Dah elok2 kerja kita tu halal, bekerja lah dengan tekun dan amanah. Buat kerja dengan bersungguh-sungguh. Jangan curi tulang, nanti gaji tak berkat, hehehe

4. Tidak meninggalkan ibadah asas dan segala perintah Allah.
Dah ada kerja yang halal, tekun buat kerja, tapi jangan sampai kita meninggalkan ibadah asas. Terutamanya solat. Jangan leka sangat bekerja, konon2 nak jadi pekerja contoh, tapi tinggalkan solat. Tak guna jugak tu kan. Kena jaga hubungan kita dengan Allah.

5. Bersyukur kepada Allah diatas segala kurnia dan nikmat-Nya.
Lastly, bersyukur la dengan apa yang kita dapat. Lebih atau kurang, itulah yang paling layak untuk kita.




Tuesday, January 7, 2014

Bila si Bujang menjadi guru kelas Tahun 1



Assalamualaikum

Sesi persekolah 2014 telah bermula. Minggu ni dah minggu ke dua. Sekali lagi, aku a.k.a si Bujang dinobatkan menjadi guru kelas tahun 1 Daisy. Kalau tahun lepas aku mula jadi guru kelas pada pertengahan tahun 2013, tapi tahun ni, aku mula pada awal tahun, pada hari pendaftaran tahun 1. Huru-hara sekejap hidup aku menguruskan segala dokumen tahun 1 yang banyak tu. Pengalaman tak ada, inilah jadinya.
Hari pertama persekolahan, beberapa orang murid kelas aku menangis. Aduh, apa aku nak buat ni. Nak marah? Nak tunjuk muka garang? Erk, tak boleh buat semua tu. Terpaksa la aku pujuk. Aksi pujuk-memujuk tak menjadi. Kemudian diikuti dengan aksi tarik-menarik sebab budak tu nak lari keluar kelas. Aku rasa kalau ada yang rakam aksi tu, mesti aku nampak sangat kelakar. Bila ingat balik pun aku mesti ketawa. Kemudian waktu balik, sekali lagi ada murid menangis sebab mama dia belum datang. Semua cikgu tanya 'Anak siapa ni????'..Maksudnya siapa guru kelasnya...Erk,sekali lagi, akulah guru kelasnya....Kena pujuk lagi ke?..Aduh, macam mana nak pujuk?..Aku call mama dia, tak berjawab. Aku pun bawa murid tu ke lobi sekolah, tunggu mama dia di situ. Tiba-tiba kak Roza datang. Dia nampak pelik dengan kaki budak tu. Rupanya, kasut budak tu dua-dua kiri. Mana kanannya???..Nampak sangat aku tak alert dengan budak tu. Punyala lama aku dengan budak tu, Kak Roza jugak yang perasan kasut budak tu tak betul. Ni la situasinya bila aku jadi guru kelas tahun 1.
Semalam, hari Isnin, hari ketiga persekolahan. 2-3 orang murid aku masih menangis. Ada yang tanya aku 'Kau ni garang sangat kot dalam kelas?'....Budak tu masih dengan ibu bapa masing-masing, tak nak berbaris untuk ke kelas. Cikgu yang lain suruh aku pergi ambil budak tu dan pujuk..Erk, rasa macam tak reti je nk pujuk...Cikgu-cikgu lain dah gelak-gelakkan aku....
Selepas waktu rehat, ada seorang murid lelaki nak ke tandas, buang air. Dia suruh aku buka kan tali pinggang. Aku pun cuba buka. Cuba kali pertama, tak berjaya. Kali kedua, tak berjaya jugak. Kali ketiga, masih tak berjaya. Tiba-tiba Kak Wan melintas di depan aku. Aku pun apa lagi, minta la kak Wan bukakan. Sekali je, dia dah berjaya buka. 
Berdasarkan pengalaman, guru yang telah berkahwin lebih penyayang, tahu menguruskan budak, dan tahu pujuk budak...hihihi  

                                                      

**image from yahoo.com