Assalamualaikum
Aku rasa macam aku ni dh addicted dh dgn kopi. Sejak aku kt U, kopi dh jadi minuman rutin aku. Tiap pagi n petang aku minum kopi.
Macam2 brand kopi aku try. Time jadi penganggur terhormat dulu, bila 'ziarah' supermarket, mak mesti cakap cam ni...'Nadi nk kopi pe? ambik la'...hehe...MAK, U'R SOOOO UNDERSTANDING...kopi yang jadi pilihan aku mestilah yang 3in1...cepat n mudah...:)
Bila dh fly ke Sabah, tabiat tu aku bawak sekali. Lagi la aktif tabiat aku yg satu ni. Almaklumla, tinggal dgn kawan2, ada water heater je kat rumah, 3in 1 la yg paling mudah. Di Sabah aku mula kenal kopi tenom, kopi yang wangi baunya. Time busy ngan assignment, ramai2 kenduri kopi. Konon nya tak nak tidur la, nk buat kerja. Tapi biasa la, terbabas jugak..hehe...Tak berkesan la kopi tu..
Ni dh balik dari Sabah, still addicted dgn kopi. Sampai kakak tegur...'hang ni nadi, byk minum kopi la'...apa boleh buat, dah jadi macam rutin plak, walaupun aku tahu kopi tak bagus sangat untuk kesihatan (tu apa yg aku jumpa dalam internet la, entah betul ke tidak). Tapi ok la sikit sekarang, boleh 'puasa' kopi dalam sehari....
Ni aku nk kongsi sikit kesan kopi2 'terpilih' kat diri aku. Tapi kat orang lain aku tak tahu la apa kesannya...
Kopi Radix :: bila aku minum ni badan memang lambat letih. Kaki n tangan ni lincah je buat kerja, walaupun otak ni dah tak larat, tapi kaki n tangan still boleh bekerja. But at the end, badan memang tersangat letih. Tidur jadi berjam-jam.
Kopi super power 3in1 kacip Fatimah :: minum kopi ni memang segar je mata ni....sampai pagi mata ni boleh bertahan.
Kopi tenom 3in1 :: aku lupa brand apa. Tapi kopi tu pun kesannya kat aku sama macam 2 kopi di atas, segar je mata ni.
Lain-lain kopi macam nescafe regular 3in1, nescafe breakfast body partner, dan kopi2 3in1 yang lain bagi aku kesannya biasa ja, tak la macam 3 kopi di atas (setakat ni la, esok2 tak tau la kan).
Tapi Kopiko brown coffee memang aku tak boleh minum, aku tak tahan rasa nya, cannot go. Satu lagi kopi, power root, bau nya pun aku tak boleh tahan, nak minum apatah lagi.....
**p/s --> all images are from Google
11 Muharram 1433H
0 comments:
Post a Comment