Saturday, December 31, 2011

Terakhir...



Assalamualaikum
The last post for this year. Di penghujung tahun 2011 ni, aku teringat segala nikmat dan ujian yang diberikan Allah kepada aku. Pelbagai nikmat dan kegembiraan yang diberikanNya. Kalau nak senaraikan semua, memang tak mampu. Terlalu banyak!!

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang." (Surah an-Nahl : 18)

Walaupun pelbagai kesalahan, kesilapan yang aku buat akibat kelalaian dan nafsu sendiri, Allah masih sudi memberi nikmat, kesenangan dan kegembiraan kepada aku. Itulah manusia yang sentiasa tidak akan lari dari kesilapan. 
Pelbagai ujian juga telah aku tempuhi. Setiap kali ditimpa kesusahan barulah kita teringat kepada Allah. Itulah kita, bila susah baru nak ingat Tuhan. 

2 comments:

~An-Nur~ said...

banyaknya nikmat allah membuatkan kita lupa...
yang kita nampak selalunya kesusahan tp itu juga nikmat allah...

NadiaH NaDya said...

betul tu cik mila

Post a Comment