Assalamualaikum...
Alhamdulillah....Dah 10 hari aku berada di rumahku@kampung, bermakna dah 10 hari juga aku balik dari Sabah. Walaupun dah lebih seminggu, ingatan pada kawan-kawan ketika di Sabah masih berlegar-legar di minda. Masih teringatkan suasana di IPG, gelagat kawan-kawan sekelas yang ada macam-macam ragam, pekan Tuaran dan rumah sewa...:)
Aku sangat bersyukur aku di'campak' ke Sabah, walaupun time mula-mula sampai dulu aku memang rasa tak tahan tinggal kt sana...(rasa kelakar bila ingat balik,hehe).. Benarlah kata pepatah, Tak kenal maka tak cinta..
Di sana aku berkawan dengan insan yang datang dari pelbagai background, aku mula mengenal 'hidup', aku mula mengenal pelbagai kerenah manusia yang tak pernah aku jumpa time di U dulu, aku mula belajar cara nak hidup bermasyarakat, aku mula menghargai apa yang aku ada, aku mula menghargai segala didikan mak ayah, aku mula menghargai diri sebagai seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, dan aku mula menghargai diri sendiri......Walaupun hanya lebih kurang 10 bulan, tapi apa yang aku dapat tak ternilai harganya....Aku sangat menghargai persahabatan yang telah terjalin...semoga ia kekal berpanjangan....
9 Muharram 1433H
2 comments:
welcome home!!!!!!
yap...thnx cik mila...moga cepat sembuh...:)
Post a Comment