Assalamualaikum...
Dah 2 minggu aku di rumah. Rutin aku tiap hari adalah 'facebooking'. Tapi tak la kerap sangat. Kadang aku chat dengan kawan yang sama nasib dengan aku, yg menunggu result posting.
Ada sesuatu yang aku nk kongsi kn. Lepas baca terpulang la pada penilaian masing-masing. Ni aku 'copy' dari facebook ja, dari syahirul.com....<aku tak ubah apa-apa pun, original resepi..:)>
'Dia seorang gadis Melayu yang memegang tangan teman lelakinya dan bercium hangat. Tapi bila diminta mengadakan hubungan seks oleh teman lelakinya, dia menolak kerana ingin menjaga maruahnya. Dia takut berdosa besar dengan Tuhannya. Dia takut memalukan diri dan ibu bapanya. Dia takut hilang daranya pada yang bukan suaminya. Dia meninggalkan lelaki itu dan masih bercium dengan teman lelaki seterusnya. Dia mengetuk pintu Neraka tapi tak mahu masuk ke dalamnya. Dan dia mengatakan dia Muslim, dengan bangganya.'
Ramai la yang komen status tersebut, di facebook. Ada yang bagi pendapat. Ada yang bertanya balik pada tuan empunya facebook, apakah pengajarannya. Ni jawapan dari beliau...
' org islam tak buat semua ni. dalam cerita di atas si wanita tahu malu bila diminta berbuat maksiat zina berat, tetapi zina tahap pertengahan (pegang + cium) dia masih buat tanpa terfikir bahawa apa yg dia buat itu salah. perbuatannya itu ibarat mengetuk pintu neraka, tetapi manusia mana nak masuk neraka bukan? dan perempuan tu mengaku dia islam, walaupun dia dengan rela melakukan maksiat zina terang-terangan..'
Pendapat aku sendiri, sebagai perempuan dan yang paling mustahak sebagai seorang yang beragama Islam, pandai-pandai lah kita menjaga diri. Sentiasa ingat bahawa ada malaikat di kiri dan kanan kita yang ditugaskan oleh Allah untuk mencatat segala amalam kita. Memang kita hanya manusia yang tak lepas dari melakukan dosa,termasuk diri aku sendiri. Tapi berusaha lah untuk menghindarkan diri dari perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Allah Yang Maha Esa, Yang Maha Melihat segala perbuatan kita. Semoga aku, keluarga ku, dan keturunanku tidak terjebak dengan perbuatan seperti di atas atau yang seangkatan dengannya. Kalau terbabas cepat-cepat la memohon ampun. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.
(Peringatan utk diri sendiri)
Ada sikit lagi yang aku nk kongsi. Ustazah di IPG pernah cakap lebih kurang macam ni. "Kalau kamu nk tau apa ada dalam hati orang tu, cuba dengar kalau dia terkejut apa yang di sebut. Kalau dia sebut 'Allah', bermakna Allah lah yang ada dalam hati dia."
So kawan-kawan, kalau seseorang tu terkejut dan sebut nama si polan, si polan la yang dalam hati dia...hehe...
Mulai hari ni, tempatkan Allah di hatimu....:)
** Seperti biasa...image is from google n kristikislami.blogspot.com..)
7 comments:
baca dengan penuh perasaan word by word arini..
takutttt.....
ayat tuan empunya fb, 'perbuatannya itu ibarat mengetuk pintu neraka' asyk berlegar2 dlm kepala ni....byknya perbuatan ibarat mengetk pntu neraka ni..:(
mengetuk pintu neraka?
takutnye nad.....
sometimes kita x sedar apa yg kita buat..termasuk diriku sendri...:(
yup...bnyk kali sgt dah mengetuk pintu neraka..
tu yang rasa takut + sedih
p/s : touching plak tgok final solehah mlm td.
yup.....rasa mnyesal pun ada
jwpn p/s:sy x tgk solehah...channel lain yg jadi pilihan mlm tu...:)
hehe..saja ingatkan tengok
Post a Comment