Thursday, January 12, 2012

Pemakanan sihat



Assalamualaikum
Pagi tadi sambil-sambil aku mengadap laptop ni, telinga ni masih alert dengan rancangan di tv tu.Rancangan apa? HALAL BIO -Pemakanan Sihat, Astro Oasis. Tajuk rancangan tu yang buat aku tertarik. Adoi, nampak sangat aku jenis excited dengan makanan.


Dalam rancangan tu, ada bagitahu tentang jenis makanan yang baik untuk kesihatan tubuh badan dan mental,penyakit kanser dan rahsia sesetengah kaum yang dapat hidup sampai lebih daripada 100 tahun.
Mengikut kajian (lupa pulak kajian dari mana), Jepun adalah negara yang paling rendah bilangan pesakit kanser, maksudnya tak ramai orang Jepun yang kena kanser. Dan kebanyakan orang Jepun jangka hayatnya panjang. Rahsianya??Mereka makan makanan mentah.


Ada lagi satu puak di Pakistan (alamak, tak pasti nama puak tu), jangka hayat mereka lebih daripada 100 tahun. Umur 104 tahun pun masih bekerja, SUBHANALLAH. Mereka pun tak pernah dengar pasal penyakit kanser. Maksudnya kehidupan mereka ni jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup asli mereka. 
Sama juga macam orang Eskimo. Tiada seorang pun dari mereka yang menghidapi kanser. Tapi bila, kebanyakan dari mereka mula berpindah ke bandar dan makan makanan bandar, makanan segera, mereka mula menghidapi kanser. Rahsianya adalah cara hidup mereka. Mereka mula meninggalkan cara hidup dan cara pemakanan asal mereka.

Dalam rancangan tu juga ada menerangkan tentang beberapa makanan para cendekiawan Islam, makanan yang baik untuk kesihatan fizikal dan mental. Iaitu

  1. Madu
  2. kismis
  3. susu segar
  4. telur - terutamanya kuning telur, ayam kampung
  5. daging ayam
  6. herba tongkat ali
  7. halia
  8. pegaga
  9. labu - disyorkan untuk masukkan labu dalam setiap masakan
  10. bunga cengkih
  11. bunga kobis
Hakikatnya, segala kesihatan dan penyakit tu datang dari Allah. Tapi kita juga perlu berusaha untuk mengekalkan kesihatan kita. Ingat, Allah yang berkuasa memberi segala kesihatan dan kesembuhan. 


0 comments:

Post a Comment