Assalamualaikum
Hari Jumaat lepas adalah hari yang paling sibuk dan penat sepanjang minggu lepas. Mana tak nya, hari Jumaat merupakan giliran guru-guru English bertugas. Kena kawal murid sebelum masuk kelas, waktu rehat dan waktu balik. Jadual agak full hari tu.
Masa aku bertugas pada waktu rehat tu, aku dan seorang lagi cikgu cina round-round kawasan kantin, tengok budak-budak makan. Tiba-tiba ada murid tahun satu datang ke arah kami sambil menangis....rupanya dia cari kakak dia...Mujur ada cikgu cina tu, kalau aku yang kena handle budak tu, ampuuuuuunnnnn..memang dia tak jumpa la kakak dia....aku tak paham apa yang budak tu cakap..huhu..... Lepas tu kami sambung lagi tugas kami. Aku berdiri menghadap kaunter kantin.....Tiba-tiba aku terus teringat. Aku ada satu tabiat. Kalau aku jalan melintasi kedai makan cina aku mesti tahan nafas dan jalan dengan cepat. Aku tak tahan dengan bau makanan kedai tu dan mula la terfikir haiwan yang satu tu, bab*....haha...Dan aku tak sangka rupanya ada beberapa orang lagi kawan aku yang sama tabiat macam aku...Antaranya Cik Mila.....Aku ingat lagi, pernah satu hari tu, aku, Cik Mila n ada lagi beberapa orang kawan (aku tak ingat sape) keluar pergi ke KOMTAR. Entah jalan mana yang kami lalu, tiba-tiba kami kena melalui kaki lima kedai makan cina. Aku pun apa lagi, praktik kan la tabiat tu. Nak tutup hidung risau kalau menyentuh sensitiviti kaum pulak (cewah). Tahan nafas n jalan cepat. Lepas je melintasi kedai tu, ada antara kami yang bersuara, bagitahu tabiat dorang tu. Adoi, tak sangka pulak, kami berkongsi tabiat yang sama....haha...ketawa la kami.....hmmmm, entah Cik Mila ingat lagi ke tak pasal ni ye????
Dan sekarang, aku tak sangka aku boleh berada di tengah-tengah kantin cina..What to do? Life must go on.
4 comments:
hehehehe..
senyum sorang2 ptg ni..
tabiat yg sama bermakna cara pemikiran pun sama..huhu
hehe....kdg2 menyimpang gak saya ni
tp amalan menahan nafas stil bertahan sampai skarang...
tang menyimpang tu ada gak la.. kdg org kata belok kiri, sy belok kanan..heheh
plg penting, jgn tahan nafas sepanjang kat kantin pulak, nt kang kecoh tc pengsan kat kantin sjkc tutttt....
haha...terpikir gak nk tahan nafas kt kantin tu
Post a Comment